Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah dah selesai amanah Ramadan yang kita lalui bersama .

Cik lin seperti biasa balik ke Kota Tinggi, Johor beraya dengan mak abah dan semua adik beradik. Seronok sangat tambahan bila melihat mak abah yang tak putus-putus tersenyum melihat kerenah anak cucu yang penuh seisi rumah.

Alhamdulillah walau pun kedua  mak abah dah berusia hampir 80 tahun namun mereka masih kuat dan mampu untuk menyediakan pelbagai juadah dan melayan semua tetamu yang hadir.


Cik lin memang rasa puas melihat semuanya dapat berkumpul kali ini bersama. Eratkan silaturahim dan ziarah pula keluarga yang tua di sekitar kampong.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin yea.



Thursday, June 22, 2017

Kenapa Cik Lin pilih eScooter Mobot Flexi?

Ramai yang bertanya tentang kelebihan eScooter Mobot Flexi ni.

Dari segi keselamatan dan keyakinan ia :-
1. mempunyai palang berbentuk X yang lebih kemas untuk menampung berat pengguna sepenuhnya dan kurang tinggi jika terjatuh ke bawah
2. Tempat letak kaki yang lebih selesa
3. Handle lebih panjang, boleh dilaras ketinggiannya mengikut kesesuaian pengguna
4. Bahagian hadapan memudahkan untuk melalui ruang yang sempit.
seperti laluan pesakit di PPUM (antara tempat turun penumpang ke tempat makan)
5. 3 tayar agak lebar dan besar memudahkan melepasi ruang antara ruang contoh untuk keluar masuk lift.
6. Boleh di isi angin tambahan.
7. Tidak memerlukan ruangan yang besar contoh dalam lift
8. Sangat mudah dikendalikan walau baru pertama kali menggunakannya.
9. Dalam keadaan tertentu mobot ini boleh berfungsi sebagai troli untuk mengangkut barang pesakit/pengguna.
Actually banyak lagi kelebihan eScooter mobot ni.
Nak tahu lebih banyak, komen ' mobot' diruangan komen di bawah ye.


Sunday, June 18, 2017

Terima keadaan kita seadanya...

Cik lin faham perasaan ibu muda ni, dulu dia seorang yang aktif , semua benda boleh buat sendiri, tanpa bantuan orang sekeliling tapi sejak bersalinkan anak sulong beliau disahkan lemah anggota dari pinggang ke kaki (bukan lumpuh).

Kalau nak ikutkan perasaan memang murung tapi tak kan nak habiskan hidup dengan meratapi nasib.


Dia kuatkan semangat demi untuk anak comelnya.
Dia mahu anaknya punya ibu yang boleh bawa dia jalan-jalan.
Boleh buat serba serbi....

Dengan adanya mobot, kehidupannya beransur tersusun semula. Banyak perkara dapat dilakukan sendiri semula. Terima kasih atas penemuan ini.

Cik lin pun tumpang gembira.
Yang penting dalam hidup ni jangan sekali-kali putus asa.

Life has to go on...


Wednesday, June 14, 2017

eScooter Mobot ini dapat mengembalikan keceriaan kerana ia memudahkan pergerakan dan dapat membantu mereka yang mengalami masalah seperti di bawah bergerak bebas dan  menikmati kembali kehidupan yang lebih selesa tanpa perlu bergantung sepenuh masa kepada bantuan keluarga, rakan atau jururawat dalam menjalani aktiviti seharian.:

- Kurang upaya fizikal, 
- Lemah akibat Stroke, 
- Polio
- Gout
- Masalah lutut
- Obesiti
- Bekas pesakit akibat kemalangan
- Ahli keluarga atau pesakit yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital seperti fisioterapi  dan sebagainya
- ibu ayah kita dan warga emas

Dengan ciri-ciri yang mesra pengguna eScooter mobot flexi ini dapat memenuhi jangkaan dan keperluan pengguna.

Antara spesifikasi eScooter Mobot Flexi ni ialah :
-------------------------------------------------------------------
1. panjang 0.85m dan 0.52m ketinggian

2. saiz roda: 200mm roda depan 250mm untuk roda belakang

3. Berat bersih : 20kg

4. Kelajuan 25 km/jam

5. Jauh perjalanan : 30 – 35km

6. Menggunakan bateri Samsun Li-ion 12Ah litium polymer, 48V 12 Ah, Voltage : 48 dan smart charger. Kegunaan bateri sehingga 2 km dengan reka bentuk yang lebih baik dan lebih ringan dan nampak bergaya serta Aero-dinamik. Bateri ini hanya perlu di caj 4 - 8 jam sahaja. Berat : 4 kg

7. Berat muatan maksimum : 150kg

8. Boleh mencapai kelajuan sehingga 25 km/jam bergantung kepada keadaan permukaan bumi

9. Nampak bergaya, selesa dan selamat

10. Boleh dilipat dan mudahalih untuk dimasukkan dalam kenderaan

eScooter ini menepati LTA-Compliant Scooters Electric dan anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan atau peraturan semasa kerana ia selamat untuk digunakan.

Maklumat lanjut untuk tempahan :
Hubungi  : Pn Aida 012-339 9034 / Cik Lin 019-3866 889 /Cik D 012-255 6493
https://www.facebook.com/mobotflexi/posts/224917751322032:0

Video pengguna eScooter Mobot : https://youtu.be/f183Cwx3Mh8

Tuesday, June 13, 2017

Hidup mesti diteruskan...

Sejak status cik lin ni jadi kurang upaya fizikal, cik lin tak nafikan ada masanya sukar membohongi hati, sedih, down dan rasa rendah diri cuma cik lin tak nak ikutkan sangat perasaan yang haru biru ni.


Semalam cik lin sengaja jalan-jalan kat Tasik Titiwangsa, ambik feel macam masa cik lin sihat dulu. Actually dulu cik lin selalu main badminton di stadium Tasik Titiwangsa tu dengan kawan-kawan pejabat. 

Masa tu cik lin bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Habis je kerja kami terus beriadah. Penat bekerja hilang bila peluh mencurah-curah membasahi bumi.

Cuma sekarang cik lin dah tak boleh buat macam tu lagi, bukan je disebabkan pergerakan cik lin yang dah makin terbatas tapi sebab kawan-kawan pun dah berterabur di seluruh negara.

Ada yang ikut suami, ada yang dah balik kampong bila pencen dan tak kurang juga yang dah tak larat nak jalan sebab sakit lutut... faktor usia namun bila kami bersua selalunya terlupa sakit-sakit yang ada tu.


Seperti biasa cik lin gunakan khidmat eScooter Mobot, mudahlah cik lin nak ke sana ke mari tak payah bergantung kepada anak buah atau siapa yang available. Feel free semula.



Lepas tu cik lin ke Station LRT.

Memang pada mulanya agak kekok sebab dah banyak sangat perubahan kat station tu namun cik lin bersangka baik, semua itu adalah untuk kemudahan masa depan!



Monday, June 12, 2017

Kelebihan eScooter Mobot

Cik lin dah jenguk dan cuba beberapa produk sebelum cik lin beli eScooter mobot ni.

Ada yang tayar 4 kecil, nampak macam stabil tapi ada beberapa kelemahannya. Disebabkan tayarnya yang agak kecil jadi cik lin kena adjust beberapa kali kalau nak naik ramp atau melepasi bonggol di jalan raya.

Kurang selesa sebab macam nak jatuh je. Kaki kanan cik lin ni tak berapa kuat, jadi mudah sangat tergelecek.... bimbang buat asbab penyakit lain pulak yang muncul.

Masa cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot ni cik lin terus ingat akan pesanan Datin :

1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak di jalan yang ada ban.

2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ramp PPUM antara food court dan Menara Utama dan Menara Selatan.

3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang dan bersaiz besar badan ni.

Cik lin rasa tak berapa nak yakin dengan pemegang tempat duduk jenama lain, maklumlah tiangnya sebatang je, kot kot lah terlepas klip tentu tersungkur pulak cik lin nanti..huhuhu...

4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh di lengan dan kurang seimbang.

Jadi akhirnya cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot Flexi dengan mengambilkira semua pesanan Datin tu.


eScooter mobot ni mudah diurus dan boleh dilipat-lipat untuk masuk dalam bonet kereta Iriz cik lin yang comel tu. Nak tarik jadikan tempat letak barang pun ok jugak.

Yang penting, ketika cik lin guna mobot ni tak rasa macam orang sakit berbading dengan duduk di kerusi roda dulu.


Pssstt... ada yang nak cuba eScooter mobot ni ke? Komen kat bawah yea.








Sunday, June 11, 2017

eScooter Mobot Flexi - Kembalikan Keceriaan Hidupmu!

Tiada lagi kesedihan.

Dengan memiliki eScooter mobot, ia memberi faedah kepada pengguna di setiap peringkat kehidupan masyarakat dan didatangkan dengan 3 roda dan ia lebih stabil dan selesa kerana mudah dikendalikan walaupun di laluan yang agak sempit.
Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan escooter ini , mereka tidak akan merasa kekok kerana ia sangat mudah diurus semada di jalan yang lurus atau berbukit. Kelajuannya juga mudah dikawal menggunakan 'throttling system'.
.
Escooter ini juga mempunyai kemudahan mengundur supaya pengguna tidak perlu turun darinya atau membuat pusing 'U' apabila hendak mengundurkan escooter ini.
.
Dari segi sifat mudah alihnya, escooter ini boleh dilipat, diangkat dan mempunyai bar leselamatan yang teguh. ia juga boleh ditarik seperti troli dan dalam keadaan tertentu ia juga boleh digunakan sebagai troley untuk mengangkat beg atau kotak.
.
Pengguna juga boleh memilih untuk menyimpannya di dalam but kereta atau bilik stor mereka - ia hanya memerlukan ruang yang minimum.
.
Escooter Mobot Flexi mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 25 km / jam*.
.
Ia juga menggunakan kuasa bateri Samsun Li-ion 12Ah yang membolehkan escooter ini melakukan perjalanan sehingga jarak max 30 - 35km *.
.
Manakala beban maksimum escooter ini ialah 120kg dan skuter mempunyai berat bersih 20kg. Mobot Flexi juga datang dengan tanda keselamatan yang disediakan oleh Spring Singapura yang menjamin keselesaan dan ketenangan ketika menggendalikan escooter ini.
.
* Jumlah jarak dan kelajuan max adalah subjek kepada keadaan rupa bumi.

Hubungi Pn Aida : 012-3399 034 / Cik Lin 019-386 6889 / Cik Khadijah 012-255 6493 untuk maklumat lanjut.

Tiada lagi kesedihan :


Cara-cara mengguna dan menjaga eScooter mobot.


Dari penggunaan hinggalah ke penjagaannya, mobot ni memang sangat mudah diurus.

Jika kita jaga dengan baik, guna dengan cermat dan elakkan kemalangan jangka hayat mobot ini boleh bertahan melebihi 5 tahun.


Pendek kata memang berbaloilah cik lin memiliki eScooter mobot ni. Lagi pun pengalaman pengguna-pengguna yang terdahulu menjadikan cik lin sangat yakin untuk mengguna serta memasarkan eScooter mobot ini untuk pasaran Malaysia.

Cik Lin faham ini pelaburan untuk membantu pergerakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami jadi penjagaan mobot ini sangat perlu dititikberatkan.


Jom follow tutorial ini yea.


Mengapa memilih eScooter Mobot ?

Mobot Flexi adalah peneraju pasaran dalam skuter elektrik dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi jangkaan pengguna eScooter.

eScooter adalah LTA-Compliant Scooters Electric dan anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan atau peraturan semasa kerana ia selamat untuk digunakan.

Antara spesifikasi unik eScooter Mobot Flexi ni ialah :
----------------------------------------------------------------------
1. panjang 0.85m dan 0.52m ketinggian
2. saiz roda: 200mm roda depan 250mm untuk roda belakang
3. Berat : 20kg
4. Kelajuan 25 km/jam
5. Jauh perjalanan : 30 – 35km
6. Menggunakan bateri Samsun Li-ion 12Ah litium polymer, 48V 12 Ah, Voltage : 48 dan smart charger.
Kegunaan bateri sehingga 2 km dengan reka bentuk yang lebih baik dan lebih ringan dan nampak bergaya serta Aero-dinamik. Bateri ini hanya perlu di caj 4 - 8 jam sahaja. Berat : 4 kg
7. Berat maksimum : 150kg
8. Boleh mencapai kelajuan sehingga 25 km/jam bergantung kepada keadaan permukaan bumi
9. Nampak bergaya, selesa dan selamat

10. Boleh dilipat dan mudahalih      


Jom tonton perjalanan cik lin hari ini.

Escooter Mobot Flexi


Escooter ini memberi faedah kepada setiap peringkat kehidupan masyarakat dan didatangkan dengan 3 roda dan ia lebih stabil dan selesa kerana mudah dikendalikan walaupun di laluan yang agak sempit. 
.
Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan escooter ini , mereka tidak akan merasa kekok kerana ia sangat mudah diurus semada di jalan yang lurus atau berbukit. Kelajuannya juga mudah dikawal menggunakan 'throttling system'.
.
Escooter ini juga mempunyai kemudahan mengundur supaya pengguna tidak perlu turun darinya atau membuat pusing 'U' apabila hendak mengundurkan escooter ini.
.
Dari segi sifat mudah alihnya, escooter ini boleh dilipat, diangkat dan mempunyai bar leselamatan yang teguh. ia juga boleh ditarik seperti troli dan dalam keadaan tertentu ia juga boleh digunakan sebagai troley untuk mengangkat beg atau kotak. 
.
Pengguna juga boleh memilih untuk menyimpannya di dalam but kereta atau bilik stor mereka - ia hanya memerlukan ruang yang minimum.
.
Escooter Mobot Flexi mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 25 km / jam*. 
.
Ia juga menggunakan kuasa bateri Samsun Li-ion 12Ah yang membolehkan escooter ini melakukan perjalanan sehingga jarak max 30 - 35km *. 
.
Manakala beban maksimum escooter ini ialah 120kg dan skuter mempunyai berat bersih 20kg. Mobot Flexi juga datang dengan tanda keselamatan yang disediakan oleh Spring Singapura yang menjamin keselesaan dan ketenangan ketika menggendalikan escooter ini.
.
* Jumlah jarak dan kelajuan max adalah subjek kepada keadaan rupa bumi.

Holiday jap - short break je.

Hari ibu yang lepas cik lin berkesempatan buat kejutan kat mak dan abah.

Saja bawa 
mereka pi Le Grandeur Golf & Resort di Senai Johor.

Mak punyalah happy sebab tak sangka cik lin dapat bawa dia jalan-jalan. Lebih memudahkan lagi bila kami ada mobot dan kerusi roda maklumlah nak bergerak dari bilik ke cafe resort tu agak jauh juga.

So sweet tengok mak dengan abah berholiday bersama.
Walaupun mak naik kerusi roda dan abah pulak bawa eScooter mobot.


Apapun doakan kami semua sihat yea.








Misi pencarian eScooter Mobot

Bila cik lin tahu yang cik lin perlu teruskan kehidupan dengan kesakitan ini selamanya macam yang Dr Anwar tu kata, cik lin perlu fikirkan sesuatu.


Yelah hidup mesti diteruskan. Macamana pun kena juga cari jalan untuk mudahkan segala pergerakan harian. Masa ni cik lin teringat kat Datin yang guna escooter mobot tu yang cik lin temui di AEON Setiawangsa.


Pesannya pun cik lin masih ingat maklumlah dia berpesan dari pengalaman dan dia tak mahu cik lin rugi jika tersilap pilih eScooter ni tambahan pula harganya agak premium. Cik lin pulak dah bersara, jadi perbelanjaan mesti dikawal rapi.

Antara pesanan pentingnya yang cik lin ingat adalah :

1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak dijalan yang ada ban.
2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ramp PPUM.
3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang ni.
4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh di lengan dan kurang seimbang.
Setelah mencuba beberapa jenama eScooter di Kuala Lumpur, Selangor dan Penang, cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot Flexi dengan mengambilkira semua pesanan Datin tu.

eScooter mobot ni mudah di
urus dan boleh dilipat-lipat untuk masuk dalam bonet kereta Iriz cik lin yang comel tu. Nak tarik jadikan tempat letak barang pun ok jugak. 





Sekarang cik lin dah boleh urus pergerakan sendiri, kalau tak ada pembantu pun InshaAllah cik lin boleh bawa mobot ke hospital atau pi shopping sendiri.

Enjoy!
Terlupa seketika yang cik lin ni sakit sebab seronok naik mobot ni tambahan pula bila orang bertanya cik lin rasa happy nak share kisah cik lin yang dah gunakan mobot. mungkin juga orang lain akan rasa happy macam cik lin walaupun sentiasa pada level kesakitan yang maksimum.

Saturday, June 10, 2017

Kita hanya merancang...

Dulu kerjaya adalah segala-galanya bagi saya.

Boleh dikatakan saya sentiasa ngamm dengan boss tu yang boleh buat kerja bersama sampai lewat malam.
Kalau setakat mengendalikan segala keperluan boss memang kat hujung jari saya je. Tapi semua tu dulu…
Kini semua tu dah jadi kenangan.

Pergerakan saya sangat terbatas sehingga saya buat keputusan untuk bersara awal.
Keputusan ini memang sukar untuk dibuat tapi saya perlu buat juga demi merawat penyakit yang dihidapi. Saya tak banyak pilihan. Bersara awal adalah satu-satunya jalan terbaik.


Semoga Allah memberi bantuanNYA untuk saya mengharungi kehidupan yang mendatang.


Cik Lin Ruslina Bt Selamat
Survivor

Rindunya nak pi shopping sendiri!

Dah agak lama tak pi shopping mall sendiri.

Nak pergi sendiri memang agak payah kerana kekangan pergerakan yang ada.
Bila ada yang dapat luangkan masa bawa saya ke mall barulah dapat peluang ke mall membeli belah.

Itupun tak boleh nak beli banyak barang, mana tidaknya kalau dah beli nanti nak jimbit pun saya tak mampu. Nak sangkut beg plastik kat kerusi roda, senget pulak lah kerusi roda ni nanti, silap haribulan boleh terbalik di buatnya!
Masa kat mall tu saya terjumpa Datin ni menggunakan escooter. Nampak mudah sangat. Dia boleh bergerak sendiri tanpa perlu disorong oleh suaminya.
Masa tu saya pun terfikir nak guna escooter juga cuma tak tahu nak beli kat mana. Saya beranikan diri bertanya, Alhamdulillah responnya sangat membantu. Banyak jugalah tips yang diberinya kalau saya nak beli escooter ni.
Antara pesannya :
--------------------------
1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak dijalan yang ada ban.
2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ram PPUM.
3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang ni.
4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh dan tak seimbang.
Beliau ada 2 unit, satu dibeli di Taiwan dan 1 lagi dibeli di Penang (syarikat Penang ni yang import dari China) cuma harganya ya ampunnnnn....
Tapi bila difikir kebaikannya, harga tu jatuh no 2 compared dengan kepayahan menggunakan kerusi roda tambahan pula saya perlu bergantung dengan kehadiran orang lain untuk menyorong kerusi roda saya.
Saya tak mahu dihujung usia saya menjadi beban kepada orang disekeliling saya. saya mahu berdikari.

Kesakitan bukan alasan untuk merintih dan mereput lama.
Cik Lin Ruslina Selamat
Survivor

Nikmat anugerah ilahi

Pergerakanku memang terbatas kebelakangan ini.

Walaupun aku lebih mudah bergerak menggunakan kerusi roda tapi aku masih memerlukan pembantu untuk menolaknya kerana kedua belah tanganku tidak kuat untuk memutarkan rodanya. Jika dipaksa pergelanggan tanganku akan sakit akibat rhumetoid artritis yang akan meradang.

Sejak itu aku mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. 
Aku nak urus pergerakanku sendiri.
Aku perlu bergerak sendiri untuk membeli barang keperluankku tanpa bergantung kepada orang lain.
Pendek kata aku nak buat semuanya sendiri!

Aku tak mahu rasa terkongkong dalam dunia keterbatasan ini.

Aku tak mahu rasa seperti orang sakit kerana sentiasa berada di atas kerusi roda walaupun belum sesaat aku tak rasa sakit sejak pembedahan ke 3! It just aku kena keluar dari rasa sakit ini.

Cik Lin Ruslina
Survivor


Aku perlu kekuatan untuk teruskan hidup.

Kembalikan hidupku.
Aku masih mahu menyumbang bakti.

Belajar terima kenyataan.


Hari ini Allah telah menarik nikmatNYA atasku namun aku tetap bersyukur kerana aku insan yang terpilih untuk menerima ujian ini berbanding jutaan insan lain.

Hari ini aku belajar lebih tabah dan redho.
Meski sukar namun banyak lagi perkara yang perlu aku syukuri.

Aku kena lebih fokus kepada apa yang masih aku miliki. Keluarga, sahabat, Dr dan nurse yang merawatku dengan baik dan sabar. Ahhh… banyak lagi nikmat Allah yang tak terhitung berbanding ujian kali ini.

Doakan aku terus tabah dan dapat serasikan kehidupan ini dengan situasi semasa. Betul kata Dr Anwar, aku perlu belajar terima hakikat dan adjust mengikut kesesuaian tubuhku.

Hidup mesti diteruskan dan aku akan sentiasa berusaha memastikan ada jalan untuk aku kembali menjalani kehidupan aman dari sakit semula walau pun kena kambus dalam pasir halus ditepi pantai seperti ini.

Thank you la kat uncle ice cream ni yang berlari datang tolong kambuskan pasir atas tubuhku - terapi pasir halus di tepi pantai PD.

Cik Lin Ruslina Selamat
Survivor

Sabar...

Sabar itu indah namun untuk bersabar itu memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Berpuluh tahun dulu semuanya boleh dilakukan sendiri. Bantuan hanya diperlukan kalau badan ni dah betul-betul tak berdaya tapi selagi terdaya memang tak nak sangat menyusahkan orang sekeliling apatah lagi orang yang disayang.

Namun langit tak selalu cerah, ujian Allah bisa melanda sesiapa sahaja, pada bila-bila masa tanpa isyarat lampu kuning terus bertukar merah.
Segala pergerakan terbatas setelah masalah saraf dan tulang belakang menjadi semakin kronik. Dr menyarankan aku melakukan pembedahan tulang belakang.


Pembedahan ini mesti dilakukan segera jika tidak, potensi lumpuh seluruh badan boleh terjadi dengan lebih cepat . Apa dayaku? Inilah suratanNYA...

Selepas pembedahan pertama selamat, keadaan ku tidak banyak berubah malah ada kalanya lain yang difikirkan lain pula yang berlaku.


Contoh minda berlintas nak bergerak ke kanan tetapi kaki tiba-tiba bergerak ke kiri. Mulanya memang tak perasan sangat , mungkin juga kesan ubat tapi lama-kelamaan ia makin sukar dikawal.

Selepas beberapa pemeriksaan Dr pakar, ujian darah, CT scan dan macam-macam lagi Dr buat keputusan pembedahan ke 2 perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang lebih teruk. Aku perlu redho sebab tak sanggup berperang antara minda dan gerakan fizikal.

Nak urus diri sendiri pun cukup payah apatah lagi nak kembali bertugas di jabatan. MC dah berbulan, keadaanku masih tak banyak berubah, makin sakit dan lemah, semuanya menyebabkan aku tak selesa.

Selesai pembedahan ke 2, masalah pergerakan terbalik tu dapat diatasi tapi kesakitan diseluruh anggota tubuh badanku masih tidak berubah. Sakit setiap masa. Remedinya Dr beri ubat yang super duper 'high' . Bukannya aku faham sangat tentang istilah-istilah perubatan yang digunakan oleh para Dr yang merawatku tapi aku akur juga.

Setiap lepas makan ubat aku akan tertidur, kata Dr tidur tu akan merehatkan saraf dan mengurangkan kesakitan namun berapa lama aku harus tidur?

Tidur ini umpama mati kecil... dan aku dipembaringan hampir 18jam sehari. Makin buntu, mood swing, life terasa kosong dan tak tahu apa yang mesti aku lakukan untuk pulih seperti sediakala.

Kalau tak dapat cergas dan aktif seperti dulu pun at least aku boleh uruskan diri dan keperluanku dengan minima kesakitan pun aku pasti cukup bersyukur. Namun hari berganti hari, kesakitan ini menganggu pergerakkanku kini kulit pun dah jadi sangat perit. Kata Dr untuk sementara...

Hidupku sangat rutin samada di rumah atau di hospital , keduanya dah macam sebati dengan aku. Fisio yang aku lakukan juga tidak banyak membantu maklumlah bila tekanan darah meninggi semua aktiviti mesti dihentikan. Sungguh.... ujian ini amat menyakitkan.

6 bulan berlalu kesakitanku berganda, badan lemau dan tak berdaya. Setelah pelbagai ujian dilakukan Dr sepakat untuk melakukan pembedahan ke3 ke atas tulang belakangku. Allah sahaja tempat aku berserah kerana faham akan risiko yang terpaksa aku hadapi jika pembedahan ke 3 ini aku lakukan.
Pembedahan ke 3 dapat mengurangkan sedikit masalah sampingan yang aku hadapi dan aku perlu melalui setiap detik hidup ini dengan kesakitan yang kekal. Dr memujuk aku faham akan situasiku tapi siapalah nak faham kalau setiap hari selepas semua saranan Dr aku ikuti, keadaan bukan bertambah baik tapi sebaliknya. Aku de-motivated.

Ya... ini semua takdir tapi aku sebagai insan yang lemah sangat memerlukan kekuatan untuk melalui semua ini.

Aku mengikuti beberapa siri terapi di PPUM untuk belajar hidup dengan kekuranganku kini. Jauh disudut hatiku masih menyimpan harapan untuk berjalan dan beraktiviti lasak seperti dulu namun ia seperti hampir mustahil untuk dilakukan lagi.

Yang ada hanya kerusi roda sebagai teman paling akrab menemaniku sehinggalah...

Cik Lin Ruslina Bt Selamat
Survivor.

Salam silaturahim

Assalamualaikum sahabat,

Terima kasih kerana sudi melawat blog cik lin ni yea - 6019 3866 889


Cik lin nak jadikan blog ni tempat perkongsian bagaimana cik lin melalui kehidupan sebelum dan selepas pembedahan tulang belakang pada 2016 yang lepas.


Mungkin ada yang rasa ini perkara biasa namun cik lin rasa ramai juga yang senasib dengan cik lin perlukan panduan untuk menempuh saat sukar sebelum, semasa dan selepas pembedahan major ni.


InshaAllah cik lin akan kongsikan beberapa rutin, tips penjagaan anggota yang lemah, fisio, pergerakan, supplement dan banyak lagi. Tunggu yea.