Pergerakanku memang terbatas kebelakangan ini.
Walaupun aku lebih mudah bergerak menggunakan kerusi roda tapi aku masih memerlukan pembantu untuk menolaknya kerana kedua belah tanganku tidak kuat untuk memutarkan rodanya. Jika dipaksa pergelanggan tanganku akan sakit akibat rhumetoid artritis yang akan meradang.
Sejak itu aku mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
Aku nak urus pergerakanku sendiri.
Aku perlu bergerak sendiri untuk membeli barang keperluankku tanpa bergantung kepada orang lain.
Pendek kata aku nak buat semuanya sendiri!
Aku tak mahu rasa terkongkong dalam dunia keterbatasan ini.
Aku tak mahu rasa seperti orang sakit kerana sentiasa berada di atas kerusi roda walaupun belum sesaat aku tak rasa sakit sejak pembedahan ke 3! It just aku kena keluar dari rasa sakit ini.
Cik Lin Ruslina
Survivor
No comments:
Post a Comment