Saturday, June 10, 2017

Sabar...

Sabar itu indah namun untuk bersabar itu memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Berpuluh tahun dulu semuanya boleh dilakukan sendiri. Bantuan hanya diperlukan kalau badan ni dah betul-betul tak berdaya tapi selagi terdaya memang tak nak sangat menyusahkan orang sekeliling apatah lagi orang yang disayang.

Namun langit tak selalu cerah, ujian Allah bisa melanda sesiapa sahaja, pada bila-bila masa tanpa isyarat lampu kuning terus bertukar merah.
Segala pergerakan terbatas setelah masalah saraf dan tulang belakang menjadi semakin kronik. Dr menyarankan aku melakukan pembedahan tulang belakang.


Pembedahan ini mesti dilakukan segera jika tidak, potensi lumpuh seluruh badan boleh terjadi dengan lebih cepat . Apa dayaku? Inilah suratanNYA...

Selepas pembedahan pertama selamat, keadaan ku tidak banyak berubah malah ada kalanya lain yang difikirkan lain pula yang berlaku.


Contoh minda berlintas nak bergerak ke kanan tetapi kaki tiba-tiba bergerak ke kiri. Mulanya memang tak perasan sangat , mungkin juga kesan ubat tapi lama-kelamaan ia makin sukar dikawal.

Selepas beberapa pemeriksaan Dr pakar, ujian darah, CT scan dan macam-macam lagi Dr buat keputusan pembedahan ke 2 perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang lebih teruk. Aku perlu redho sebab tak sanggup berperang antara minda dan gerakan fizikal.

Nak urus diri sendiri pun cukup payah apatah lagi nak kembali bertugas di jabatan. MC dah berbulan, keadaanku masih tak banyak berubah, makin sakit dan lemah, semuanya menyebabkan aku tak selesa.

Selesai pembedahan ke 2, masalah pergerakan terbalik tu dapat diatasi tapi kesakitan diseluruh anggota tubuh badanku masih tidak berubah. Sakit setiap masa. Remedinya Dr beri ubat yang super duper 'high' . Bukannya aku faham sangat tentang istilah-istilah perubatan yang digunakan oleh para Dr yang merawatku tapi aku akur juga.

Setiap lepas makan ubat aku akan tertidur, kata Dr tidur tu akan merehatkan saraf dan mengurangkan kesakitan namun berapa lama aku harus tidur?

Tidur ini umpama mati kecil... dan aku dipembaringan hampir 18jam sehari. Makin buntu, mood swing, life terasa kosong dan tak tahu apa yang mesti aku lakukan untuk pulih seperti sediakala.

Kalau tak dapat cergas dan aktif seperti dulu pun at least aku boleh uruskan diri dan keperluanku dengan minima kesakitan pun aku pasti cukup bersyukur. Namun hari berganti hari, kesakitan ini menganggu pergerakkanku kini kulit pun dah jadi sangat perit. Kata Dr untuk sementara...

Hidupku sangat rutin samada di rumah atau di hospital , keduanya dah macam sebati dengan aku. Fisio yang aku lakukan juga tidak banyak membantu maklumlah bila tekanan darah meninggi semua aktiviti mesti dihentikan. Sungguh.... ujian ini amat menyakitkan.

6 bulan berlalu kesakitanku berganda, badan lemau dan tak berdaya. Setelah pelbagai ujian dilakukan Dr sepakat untuk melakukan pembedahan ke3 ke atas tulang belakangku. Allah sahaja tempat aku berserah kerana faham akan risiko yang terpaksa aku hadapi jika pembedahan ke 3 ini aku lakukan.
Pembedahan ke 3 dapat mengurangkan sedikit masalah sampingan yang aku hadapi dan aku perlu melalui setiap detik hidup ini dengan kesakitan yang kekal. Dr memujuk aku faham akan situasiku tapi siapalah nak faham kalau setiap hari selepas semua saranan Dr aku ikuti, keadaan bukan bertambah baik tapi sebaliknya. Aku de-motivated.

Ya... ini semua takdir tapi aku sebagai insan yang lemah sangat memerlukan kekuatan untuk melalui semua ini.

Aku mengikuti beberapa siri terapi di PPUM untuk belajar hidup dengan kekuranganku kini. Jauh disudut hatiku masih menyimpan harapan untuk berjalan dan beraktiviti lasak seperti dulu namun ia seperti hampir mustahil untuk dilakukan lagi.

Yang ada hanya kerusi roda sebagai teman paling akrab menemaniku sehinggalah...

Cik Lin Ruslina Bt Selamat
Survivor.

No comments:

Post a Comment