Sunday, October 28, 2018

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA. BHGN 2

Hi! Semua pengikut setia Cik Lin Selamat & Mobot Flexi. Hari ini, kita sambung baca dari artikel semalam dari Dr Hamid Arshat.SELAMAT MEMBACA!
.
Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas.
.
Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.
.
Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.
.
Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan)
.
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.


------------------------------------------------------------

Sambungan : Info penyakit tua daripada Dr Hamid Arshat

.
8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.
.
9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D. Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium.
.
10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
.
11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
.
12. Buahan dan herba2.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
.
13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.
.
14. Rangsang otak.

Di samping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

--------------------------------------------------------------


Mungkin orang Malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.
.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.
.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.
.
Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak.
.
Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.
.
Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.
.
Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.
.
Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.
.
Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.
.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian, seperti diatas dan artikel sebelum ini perkongsian daripada Dr Hamid Arshat berkenaan dengan penyakit tua dan cara mengurangkan penyakit-penyakit tersebut.
.
Cik Lin harap dengan perkongsian ini dapat mengurangkan penyakit yang dihadapi oleh pembaca setia blog Cik Lin Selamat & MobotFlexi. 
.
Sekian.

























Credit:
Picture from Internet VectorStock / ID21682657

Saturday, October 27, 2018

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA. BHGN 1

PERKONGSIAN DARIPADA : Dr HAMID ARSHAT

.
Hi! Semua pengikut setia Cik Lin Selamat & Mobot Flexi. 
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan serba sedikit info daripada Dr Hamid Arshat berkenaan penyakit tua. SELAMAT MEMBACA!
.
Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas.
.
Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan. 
.
Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.
.
Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

.
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.


-------------------


1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.

Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.

.
Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah bolih mencegah penyakit nyanyuk.
.
2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.


Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, kortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.
.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat di mana2 dan bila2 masa bila ada peluang.
.
Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira di mana saya duduk.
.
Saya juga amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.
.
Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.
.
3. Terus belajar bidang baru.


Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun.
.

Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.
.
Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang boleh mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.
.
4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.


Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrofy.
.

Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.
.
5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.


Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:

Meningkatkan bekalan oksigen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin akhmar.
.

Mencetuskan pengeluaran BDNF - brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran. Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.
.
Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.
.
Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.
.
Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda.
.
6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.


Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
.

Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.
.
7. Omega 3 dan DHA.


Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan.
.

Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.
.
--------------------------------------------------------------------------------
Nantikan sambungan artikel ini!
.
Terima kasih kepada follower blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi yang sudi luangkan masa untuk baca info yang berharga ini.
.
Al - maklumlah kita tak tahu macam mana kondisi kita pada masa akan datang.
.
Eloklah kita siap siaga dari sekarang.
.
JOM SIHAT!
.
Sekian.


Credit:
Pictures from Internet - VectorStock / ID13295474 

Thursday, October 25, 2018

WORLD PHYSIOTHERAPY DAY 2018

PHYSIOTHERAPY & MENTAL HEALTH 

.
Hi! Semua pengikut setia blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi.
.
Cik Lin nak kongsikan event yang akan MobotFlexi sertai pada hari Sabtu, 27/10/2018, minggu ini iaitu event HARI FIZIKAL TERAPI SEDUNIA!
.
Event ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan, UKM Bangi. Maklumat event seperti dibawah:

Tarikh    : 27 / 10 /2018
Masa     : 8.00 am - 4.00 pm
Tempat : Dewan Gemilang UKM, Bangi, Selangor, Malaysia
Aktiviti  : 'Brisk Walk', Saringan Kesihatan, dan banyak lagi!
.
Maklumat lanjut sila rujuk gambar dibawah. JUMPA ANDA DISANA!
.



Tuesday, October 23, 2018

SYUKUR YANG TAK TERUCAP

Alhamdulillah, 
.
Datuk Z selamat menunaikan ibadah haji bersama isteri pada bulan haji yang lepas walaupun diuji dengan sakit selama lebih kurang 29 hari di tanah suci Mekah namun dengan menggunakan MobotFlexi beliau berjaya menyempurnakan segala rukun haji dan kini kembali ke Malaysia dalam keadaan selamat.
.
Syukur, 
.
Doa dan kesabarannya dibalas oleh Allah s.w.t dengan kesembuhan dan kini beliau
dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa semula. 
.
Sesungguhnya kesihatan ini adalah anugerah yang tak ternilai daripada Allah s.w.t.

-------------------

Semalam Datuk Z ke IJN lagi tapi bukan untuk rutin pemeriksaan kesihatannya tapi untuk bertemu team MobotFlexi dan berkongsi kisah dan pengalamannya menggunakan MobotFlexi di tanah suci Mekah.
.

Sesungguhnya perkongsian Datuk Z ini adalah nikmat yang tidak dapat kami nafikan, ia sesuatu yang amat sukar diungkapkan bila pelanggan mendoakan kejayaan kami di hadapan Kaabah yang suci.
.
Terima kasih Datuk Z.
.
Saksikan perkongsian Datuk Z menggunakan MobotFlexi di bawah:



Wednesday, October 10, 2018

MAJLIS PENYERAHAN MOBOT FLEXI

Usaha tangga kejayaan.


Alhamdulillah.
.
Dengan izin Allah swt, urusan team MobotFlexi dipermudahkan semasa majlis penyerahan MobotFlexi kepada insan terpilih iaitu Pn Hidayah yang merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) - Fizikal - dari usia awal.
.
Berikut adalah serba sedikit perkongsian daripada akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Terima kasih En Gobi yang sudi turut serta dalam majlis penyerahan #mobotflexi kepada Pn Hidayah yang mengalami cacat anggota tangan dan kaki semalam. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Tn Rosli dan Jawatan kuasa PDK Taman Wahyu menguruskan majlis penyerahan Mobotflexi ini semalam.
.
Semoga dengan mobotfkexi ini Pn Hidayah dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah dan selesa tanpa kesukaran dan kelukaan anggota tangan lagi.
.
Terima kasih kepada #Baitulmal Wilayah Persekutuan yang telah membiayai pembelian mobotflexi ini untuk kegunaan Pn Hidayah ini.
-----------------------------------------------

mobot malaysia

mobot malaysia

mobot malaysia



























Sumber:
Akaun rasmi Facebook @mobotflexi