Wednesday, September 26, 2018

MOBOT FLEXI DI MASJID AS SOBIRIN

Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman Cik Lin semuanya.

Harap semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
.
Cik Lin nak kongsikan event Mobot Flexi sebab Cik Lin baru dapat UPDATE dari team Mobot Flexi.
.
Team MobotFlexi akan berada berada di Masjid As Sobirin Lembah Keramat Hulu Klang. Maklumat event seperti dibawah:

Tarikh : 29/09/2018 (Sabtu )
Waktu : 9.00am-12.00pm
Event :  AGM Masjid 2018
.

Bagi siapa yang berkelapangan dan duduk dikawasan berdekatan, moh lah singgah datang dekat Masjid As Sobirin, mana tahu boleh jumpa dengan Cik Lin. 
.
Jumpa disana!!!

Monday, September 17, 2018

MOBOT FLEXI : "BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA"

"BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA" - EN GOBI, 
Presiden Pertubuhan Persatuan kelab golongan Orang Kelainan Upaya. (KG KU)

----------------------
Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman Cik Lin Selamat.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan kisah seseorang ataupun individu bernama Gobi.
Kisah ini dari petikan akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Selamat membaca!
-----------------------------------------------

25 tahun lalu En Gobi telah menjalani satu pembedahan kecil yang mengakibatkan saraf kedua belah kakinya menjadi lemah dan hilang upaya pergerakan normal. 
Pergerakan beliau menjadi sangat terhad dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak ke sana ke mari dan tidak pernah berjumpa dengan produk yang sesuai dengan pelbagai situasi seperti mobotflexi.
Selepas pembedahan yang seterusnya, beliau menaruh harapan akan ada sebuah keajaiban akan terjadi namun ia seperti suatu yang mustahil sehingga akhirnya beliau redha dengan takdir yang telah tertulis ke atas dirinya.
Berbekalkan semangat dan kasih sayang kepada orang lain yang senasib dengannya, beliau bangkit membantu orang lain.
Sehingga kini, beliau melalui persatuan dan kelabnya telah membantu hampir 200,000 golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas sejak 16 tahun lalu dengan pelbagai bentuk bantuan asalkan mereka tabah untuk terus menjalani kehidupan dengan minima rasa terkilan di hati.
Kagum sungguh kami dan seluruh team Mobotflexi dengan usaha murni En Gobi ini, sedangkan beliau sendiri pun perlukan bantuan namun beliau tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai alasan untuk tidak menolong orang lain.
Kini sebagai Presiden Kelab Golongan Orang Kurang Upaya (KG KU) beliau mahu lebih ramai OKU bangkit berdikari dan keluar dari kepompong ketakutan dan rasa malu kerana hilang daya upaya pergerakan termasuk menyertai aktiviti kemasyarakatan dan menjadi sebahagian dari penyumbang kepada ekonomi negara.
Biar kecil sumbangan itu tapi berhasil!
Beliau sanggup turun naik pejabat dan agensi kerajaan memperjuangkan nasib golongan kurang upaya ini agar terbela dan dilindungi dari perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Di Karnival Job Fair OKU 2018 ini beliau hadir untuk memberi sokongan dan nasihat kepada bakal-bakal pencari kerja dari kalangan OKU agar tabah dengan dugaan yang mereka sedang lalui tanpa rasa penyesalan.
Jiwanya penuh rasa keinsanan untuk melihat sinar bahagia disetiap wajah mereka yang kurang bernasib baik.
.
----------------------------------------------------

Itulah serba sedikit perkongsian dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Rumusannya, tak kira bangsa, kita tolonglah mereka yang memerlukan walaupun bukan dengan wang ringgit dan jangan sesekali kita pandang rendah pada mereka iaitu golongan OKU kerana azam mereka untuk berdikari lebih tinggi daripada kita, insan yang cukup sifat.
.
Saksikan video temuramah bersama En Gobi dengan team MobotFlexi dibawah ini: 



Sumber:
Akaun rasmi Facebook @mobotflexi


Sunday, September 16, 2018

MOBOT FLEXI DI KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018

KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018
-------------------
Assalamualaikum, sahabat blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi.
Cik Lin harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Aamiin.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin di event MobotFlexi yang berlangsung pada 15hb Sept 2018 yang lepas bertempat di Kompleks Sukan Dato Keramat.
.
Alhamdulillah Cik Lin dapat join event team MobotFlexi, akhirnya.
.
Di event ini, banyak memberi ruang pengajaran yang tak terhingga kepada Cik Lin secara peribadi.
Berikut adalah petikan dipetik dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi
.
---------------------------
Kini semakin ramai majikan yang membuka peluang pekerjaan kepada sahabat OKU yang berkebolehan menyertai team kakitangan syarikat mereka.
.
Hari ni saja 18 buah syarikat termasuk RHB Bank, Mydin, AEON, Coway, 7 eleven, Lorry 365, Prudential BSN dan beberapa syarikat lagi telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada OKU yang terdiri dari pemegang sijil, diploma, ijazah dan PHD.
Rasa lega bila melihat situasi ini. 
Segala usaha mengharmonikan negara bangsa semakin menyerlah apabila masyarakat bukan sahaja menunjukkan sikap prihatin malah sedia berkongsi peluang dengan mereka yang OKU.
--------------------
Ada ke majikan yang nak tahu kelebihan kepada syarikat mereka jika menggajikan OKU? 
--------------------
Hari ini merupakan hari penyuntik semangat kepada team Aidaq untuk terus berbakti. Kami bermula dengan simpati dan kita berkongsi simpati dengan para majikan kepada sahabat OKU yang memerlukan pekerjaan.
Kini Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO telah membuka laluan kepada team Aidaq untuk mengenengahkan manfaat mobotflexi kepada mereka yang memerlukan terutama dalam membantu sahabat OKU berdikari samada untuk keperluan peribadi mahupun untuk tujuan pekerjaan.
.
Mobotflexi menawarkan 24% diskaun bagi setiap pembelian dengan warranty dan perlindungan insurans kemalangan (terhad sehingga umur 72 tahun).
Kepada yang layak boleh mohon bantuan yang disediakan oleh Baitulmal Perkeso dan JKM tertakluk kepada terma dan syarat agensi.
Yang penting mesti ada surat pengesahan Doktor pakar tentang tahap kesihatan, kecacatan dan keperluan untuk anda gunakan mobotflexi.
.
Terima kasih yang tak terhingga kepada YB Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi yang sudi bersama meraikan majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja, agensi sokongan, Persatuan OKU dan warga emas yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program karnival job fair OKU 2018 ini.
.
------------------------------------------------------------------------------------------

Rumusannya : 
Cik Lin amat berbangga dengan pelajar-pelajar PLPP (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya) dan OKU yang lain yang gagah datang ke event tersebut samada dengan cikgu, keluarga mahupun sendiri kerana mereka nak tampung / belajar berdikari untuk keluarga yang telah bersusah payah untuk mereka. 
.
Oleh itu, bagi kita yang cukup sifat ini janganlah mengeluh untuk berjaya dan bandingkan diri anda dengan golongan OKU yang berjaya berdikari dan peroleh kejayaan yang tersendiri.

Thursday, September 6, 2018

MOBOTFLEXI: BANGKIT DAN BERUBAH BERSAMA MOBOTFLEXI



BANGKIT DAN BERUBAH BERSAMA MOBOT FLEXI
===========================================
.
.
Sakit bukan lagi penghalang! Pergerakan yang terbatas tidak lagi menyusahkan orang lain. Kini bebas bergerak bersama MOBOT FLEXI
.
.
"Kini segala urusan saya makin mudah dengan Mobot flexi" - Cik Lin Selamat, Kuala Lumpur.
.
.
"Pernah terfikir nak mudahkan rutin pergerakan ibu ayah atau keluarga tersayang? Kalau dulu mereka memang tak ada masalah nak ke sana ke mari cuma kini..."
.
.
Kami membantu memudahkan mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal kembali berdikari, ceria dan dapat menjalani aktiviti harian tanpa bergantung kepada pembantu atau kerusi roda lagi.
.
.
Antara pengguna yang mendapat manfaat Mobot Flexi ini adalah mereka yang :-
-----------------------------------
Kurang upaya fizikal,
Lemah akibat Stroke,
Polio
Masalah lutut/kaki/sendi/gout
Kecacatan akibat kemalangan / OKU
Mudahkan ibu ayah dan warga emas untuk ke masjid/ menunaikan umrah
Ahli keluarga atau pesakit yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital seperti fisioterapi dan sebagainya
.
.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi ke nombor telefon 012 - 3399034