Showing posts with label #peluang. Show all posts
Showing posts with label #peluang. Show all posts

Wednesday, January 1, 2020

MOBOTFLEXI: PENGALAMAN SUKA DUKA CIK LIN

PENGALAMAN SUKA DUKA SEBELUM DAN SELAPAS MENGGUNAKAN MOBOTFLEXI BERSAMA CIK LIN.
---------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hai semua..

Kali ni MobotFlexi nak kongsikan suka duka Cik Lin sebelum dan setelah menggunakan MobotFlexi ini.

Saksikan dan dengar sendiri pengalaman Cik Lin menggunakan MobotFlexi ini. Bagaimana MobotFlexi menjadi penganti kepada wheelchair.

Sila klik video di bawah ini untuk mendengar cerita Cik Lin:


Saturday, December 28, 2019

MOBOTFLEXI: DEMI MEREKA

DEMI MEREKA YANG SENASIB DENGAN CIK LIN.

Hari ni Cik Lin ke TNB uruskan hal-hal premis baru mobotflexi.

Cik Lin dan team Aidaq nak bagi bakal-bakal pengguna Mobotflexi selesa ketika berurusan dengan kami tapi tulah banyak pulak cabarannya.

Dari ramai orang yang menunggu di kaunter sampai lengang dah, urusan cik Lin masih juga belum selesai.

Moga apa yang cik Lin lalui ini dapat memberi manfaat lah kepada orang lain selepas cik Lin.

#Mobotflexi always with me!

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Wednesday, December 18, 2019

INFO : SENI CANTUM TAMPAL

Seni cantum tampal pemangkin terapi pemulihan pesakit


CHERAS: Aktiviti kraf seni sebahagian daripada terapi mengekalkan keseimbangan emosi dalam kalangan pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan dan penyembuhan.
Menyedari perlunya aktiviti berkaitan, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) mengambil inisiatif menganjurkan program terapi seni ekspresi menerusi kraf cantum tampal (patchwork) diterjemahkan pada karya “The Biggest Expressive Art Patchwork”
Pesakit, kakitangan hospital termasuk barisan pakar, doktor dan jururawat berpeluang menzahirkan kreativiti menghasilkan cantuman kain perca serta lukisan sepanjang 4.83 x 2.69 meter persegi, turut direkodkan dalam Malaysia Books of Record.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata seni ini diharap menjadi terapi terbaik ketika pesakit menjalani proses pemulihan selain rawatan biasa.
Beliau berkata, walaupun aktiviti sedemikian masih baharu di negara ini, namun dipercayai berupaya merawat, memulih dan memberi keseimbangan emosi pesakit.
“Pelbagai kempen kesedaran kesihatan dan kaunseling diadakan sempena bulan Kaunseling Kebangsaan bulan ini. Inisiatif ini sebahagian usaha memberi nilai ditambah kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan.
“Ini membolehkan pesakit dan kakitangan mengambil bahagian menghasilkan seni kraf kreatif. Program berupaya menangani masalah gangguan emosi ketika menjalani rawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancaran The Biggest Art Patchwork, anjuran “Pasukan Gerakan Kerja Patient As a Partner”, di sini.
Hadir sama, Pengarah Hospital Rehabilitisi Cheras, Dr Roslan Johari Datuk Mohd Ghazali dan Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM), Dr Yusniza Mohd Yusof.
Seni terapi ekspresi sudah diperkenalkan di Pusat Rehabilitasi Hospital Cheras sejak 2013 manakala karya “ The Biggest Exressive Art Patchwork” dihasilkan Mei tahun ini.
Terapi berkenaan membantu memulihkan semangat, menenangkan emosi serta menjadi medium meluahkan perasaan terutama ketika tertekan disebabkan penyakit seperti strok ataupun trauma kesan akibat kehilangan anggota disebabkan kemalangan.
Kamaruddin berkata, hampir 80 peratus karya dihasilkan pesakit di hospital berkenaan dan selebihnya diilhamkan kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya.
“Seni kraf ini mempunyai nilai yang tinggi kerana dihasilkan ketika pesakit menjalani rawatan pemulihan, selain mempunyai elemen membantu proses penyembuhan.
“Karya dihasilkan menerusi kerjasama erat antara pesakit, doktor dan kakitangan hospital dalam membantu memulihkan keadaan pesakit menerusi aktiviti santai,” katanya.
Sementara itu, Dr Roslan, berkata pesakit menjadikan lukisan sebagai terapi meluahkan keresahan dan motivasi meneruskan hidup setelah hampir putus asa disebabkan penyakit selain kehilangan fungsi anggota tubuh atau menghidap strok.
Beliau berkata, pihaknya mengibaratkan setiap helaian perca kain sebagai harapan, doa dan luahan emosi pesakit yang menjalani program pemulihan di sini.
“Seni ini mengandungi unsur psikologi penuh makna bagi semua pengamal psikologi dalam meneroka harapan dan menyelami perasaan pesakit,” katanya.
“Hasil seni boleh dilihat di lobi hospital dengan paparan lukisan cat air, berus, pensil, warna dan pen. Ini simbolik sokongan hospital kepada pesakit dan waris dalam menjalani proses pemulihan fizikal dan kesejahteraan mental.









Thursday, November 7, 2019

MOBOTFLEXI: DOA BUAT ANAK-ANAK SYURGA

Hari ni En Dzul suami isteri datang ke Aidaq @mobotflexi Medan Mara untuk cuba sendiri mobotflexi, sebelum ni beliau hanya dengar tentang mudahnya kawan maknya guna ke sana ke mari dan bila maknya selesa mereka terus buat keputusan beli seunit mobotflexi.

Lepas diskaun 24% dan dapat pelbagai aksesori berguna, Mobotflexi ni masih murah berbanding dengan kos rawatan hospital mak sebelum ini, katanya.

"Mak memang dah lama sakit lutut, dah inject gel pun tapi sakit tu datang juga. Nak operate bimbang pula dengan risiko lain yang mungkin ada since mak dah cecah 73 tahun ni..." begitulah prihatinnya pasangan ini kepada ibu mereka.

"Actually nak beli motorised wheelchair untuk mak tapi mak kata kawannya makcik Naemah yang dah guna mobotflexi ni jauh lebih mudah, ada tempat letak barang dan tak nampak macam orang sakit sangat, mak bukan tak boleh jalan langsung..."

#Kelebihan mobotflexi ni :
1. Boleh dilipat dan di masukkan dalam bonet kereta sekecil axia.
2. Ada bakul dan carrier depan belakang, mudah nak bawa barang masa beli barang dapur atau nak pi mengaji di surau.
3. Berat idealnya sekitar 2 kampit beras, masih consider tak terlalu berat untuk pembantu / grabber yang nak tolong angkat.
5. Bateri pun tak perlu dicaj setiap hari. Full bateri boleh digunakan sehingga 30km / 16jam perjalanan tapi tak kan nak guna berterusan pulak kan!
6. Boleh digunakan dalam hospital, shopping mall, airport, Kawasan kejiranan beriadah, pendek kata semua tempat Wheelchair boleh pergi mobotflexi ni pun boleh sampai.
7. Ada gear reverse. Motorsikal pun tak ada gear reverse.
8. Mobotflexi ini stabil. Didatangkan dengan 3 tayar besar dan 4 tayar pengimbang (kecil) tak mudah terbalik atau terjongket.

P/s : Jemput tuan puan datang ke Medan Mara untuk mencuba sendiri mobotflexi ini. Boleh call atau wasap ke 0126169034 untuk temujanji.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Wednesday, November 6, 2019

MOBOT FLEXI : URUSAN PENTING MEMBAWA MOBOTFLEXI MENAIKI PESAWAT

Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan semua :

  • peralatan, 
  • kelengkapan dan 
  • dokumen perjalanan 
telah ada dan disimpan dengan rapi dalam pemantauan kita.

Simpan dalam hand carry supaya bila kita perlukannya mudahlah kita ambil terutama ketika berurusan dengan pihak imigresen dan kastam nanti.

Ni Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin dan Pn Aida yang membawa 2 unit mobotflexi dalam misi umrah lepas.

-------------------

1. Maklumkan kepada travel agen yang kita membawa mobotflexi a. k. a scooter wheelchair (tiada bayaran tambahan dikenakan) untuk kegunaan sepanjang kita menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.
+ Serahkan dokumen berkaitan Mobotflexi dan aksesorinya kepada mutawif supaya mudah untuk didaftarkan.
+ Pastikan mobotflexi ini dibalut rapi dengan plastik (sila ke kaunter pembungkusan bagasi). Balut dengan extra care di bahagian klip hadapan. Kalau boleh tampal sticker fragile sekali untuk elakkan kerosakan dalam perjalanan nanti.
+ Keluarkan bateri 48V : 6Ah @ 288Wh. Balut dan masukkan dalam hand carry bag. Ini Airport Malaysia.
+ Jangan lupa bawa bawa adapter, charger dan soket international sekali, nanti dah sampai sana tak boleh caj pulak.
+ Bagi tujuan penerbangan pulang dari Jeddah Ke Kuala Lumpur, bateri hendaklah dibalut rapi dan dimasukkan ke dalam luggage (bersama bagasi pakaian lain).
+ Ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Airport Arab Saudi. Elakkan bertelagah dengan mereka. Bersabarlah.
+Sentiasa pastikan pasport dan boarding pas berada dalam hand beg anda.

2. Pastikan juga semua beg dalam perhatian kita. Elakkan dari meminta pertolongan jemaah yang tidak kita kenali bagi mengelakkan musibah kecuaian.

3. Simpan botol spray kosong untuk mudahkan berwuduk dalam pesawat dan sebaiknya bawa juga botol mineral kosong untuk mudahkan bersuci dalam tandas pesawat.

4. Minimakan barang yang perlu dibawa. Maksima berat yang dibenarkan ialah 30kg sahaja. Bagi yang membawa mobotflexi dan declare sebagai scooter wheelchair, tiada caj tambahan dikenakan.

p/s : Nanti saya sambung lagi ye.

Nak info lanjut dan tawaran diskaun Aidil Fitri mobotflexi untuk mak ayah?
Klik website kami di : www.mobotflexi.com


Sunday, November 3, 2019

MOBOT FLEXI : MENUNAIKAN UMRAH MUNGKIN TIDAK DATANG BERKALI-KALI

Bila jemputan Allah tiba tentu sahaja kita mahu melakukannya dengan cukup sempurna dan dapat berziarah dengan selesa.

Hampir 90% urusan memerlukan kita berjalan.


Bagi yang mampu berjalan ambillah peluang ini, usah station di satu lokasi sahaja, pesan kebanyakkan ustaz supaya kita mendapat banyak manfaat.

Bagi yang sakit lutut, semput atau ada masalah kesihatan, menggunakan mobotflexi (2in1) escooter wheelchair adalah pilihan yang sangat membantu.

Bila disana nanti bersama mobotflexi, Insya Allah boleh terlupa rasa sakit yang ada malah akan rasa sangat bersyukur kerana anda berusaha membawa mobotflexi sendiri atau wheelchair bermotor.

Nak sewa wheelchair untuk tawaf dan saei pun boleh cuma bawa je duit lebih tapi itu untuk buat tawaf dan saei sahaja lah. Tak nak pi ziarah ke sedangkan kita dah sampai ke tanah para nabi?

Ada beberapa tempat yang wajar kita ziarahi untuk lengkapkan permusafiran kita ke tanah suci. Sebaiknya kita mesti pergi ziarah ye.

p/s : Klik video ini, kita hayati bersama.

TEMPAT YANG JARANG DIKETAHUI JEMAAH UMRAH