Wednesday, March 13, 2019

TIPS : SIMPAN/MENGANGKUT MOBOTFLEXI DALAM KENDERAAN.

Mobotflexi ini beratnya 20kg sahaja, lebih kurang berat 2 kampit beras (kalau dibawa travel tak dikenakan caj pun) manakala berat bateri pula 4.6kg.
.
Nak tahu macam mana nak masukkan mobotflexi ini ke dalam kereta, klik video dibawah ye. Semoga panduan ini membantu kerana dengan cara ini berat mobotflexi ini hanya tinggal lebih kurang 10kg sahaja.
.
Mobotflexi ini tak perlu diangkat dan tak perlukan ruang yang besar atau ramp untuk dibawa dalam kereta.
.
Cuba perhatikan video di bawah, bersama mobotflexi ini, pemandu masih boleh membawa 2 lagi penumpang dewasa dengan selesa ke destinasi mereka.
.
Nak lebih banyak tips?
Hubungi Mobot Advisor kami 012-616 9034.
#mobotflexi menggembirakan. Jom balik kampung!


Your Website Title







How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014


Saturday, March 9, 2019

MOBOTFLEXI: JUJURNYA, BUKAN SEMUA ORANG SESUAI GUNA MOBOTFLEXI.

Mobotflexi vs Mobit XTended


Bagi mereka yang tak sesuai guna Mobotflexi, kami syor gunakan Mobit Xtended. 

Ia demi keselesaan dan kesesuaian derita fizikal yang ditanggung oleh pengguna.

-------------------------------------------------
Mobotflexi vs Mobit XTended
-------------------------------------------------

Cik Lin dan Cik Setia Khadijah menggunakan kedua-duanya semasa membantu pengguna memilih alat bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kenapa dengan Cik Lin?

Cik Lin mengalami masalah rheumatoid artritis dan slip disc.

Cik Lin telah menjalani 3 kali pembedahan tulang belakang yang diklasifikasikan sebagai pembedahan 'major' yang pernah mencemaskan ahli keluarga semua manakala Cik D pula seorang yang sihat dengan diet yang teratur tanpa bergantung kepada ubatan kimia untuk maintain kesihatannya.

Anda bagaimana?
Dah buat yearly medical check up?


Andai takdir tidak menyebelahi kesihatan anda, usah bersedih. 
Jadikan mobotflexi sebagai pembantu setia anda. 
Itu yang cik link lakukan.


P/s : Nak cuba mobotflexi, jom ke Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (Isnin-Jumaat/9.30am - 5.00pm) bawalah insan yang anda sayangi untuk mencuba sendiri mobotflexi ini dan lihatlah senyuman ceria mereka semula.




Thursday, March 7, 2019

WAKAF : HOSPITAL WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA

KASIH Cyberjaya Specialist Centre


Ia merupakan hospital wakaf pertama di Malaysia.

Rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.

Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada di Malaysia ini.

Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai satu entiti yang berlandaskan patuh syariah dan bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.

Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan ahli perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.

Bukan sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan.

Ia menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.

Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.

Kita semua sedia maklum ..

Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada:

1. Golongan Asnaf

2. Mereka yang tidak berkemampuan

3. Pesakit ada kad JKM

4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)

5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)

Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua peralatan datang dalam konsep wakaf.

Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma?

Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.

Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana.

Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.

Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke account:

KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL

KASIH HOLDINGS SDN BHD

26601600017920 - RHB BANK.

( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share.


Friday, March 1, 2019

MOBOTFLEXI : TERIMA KASIH

TERIMA KASIH.

Terima kasih kepada semua yang berusaha dan telah menyokong usaha kami terutama kepada Doktor Pakar rehab, para terapis PPUM dan SOCSO yang sentiasa membantu semua pesakit dan pengguna Mobotflexi.

Bantuan kalian amat bermakna dalam memulihkan semangat para pesakit. Semoga Allah ganjarkan dengan sebanyak-banyak ganjaran pahala asbab profession kalian yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada agensi, pihak pembiaya dan penaja yang telah membantu dan memudahkan pengguna memiliki Mobotflexi.

Yang pasti usaha kalian serta staf yang terlibat sangat kami hargai kerana dengan bantuan itu, ia telah mengembalikan semangat yang hilang dalam diri pengguna untuk bangkit melawan ujian kesakitan yang mereka deritai.

Team Mobotflexi.


#Mobotflexi mengurangi kos perubatanmu.



MOBOTFLEXI : KHABAR BAIK


KHABAR BAIK !

1 lagi kelulusan bagi pemohon Mobotflexi melalui Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Usah fikir berapa harga mobotflexi ini tapi fikirkan berapa nilainya anggota tubuh ini jika terus-terusan menanggung kesakitan.

P/s : Semua pemohon ke #JKM, #baitulmal, Pusat #Zakat negeri layak dapat 24% diskaun dari harga pasaran (RM8,599) di farmasi berdekatan.