Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah dah selesai amanah Ramadan yang kita lalui bersama .

Cik lin seperti biasa balik ke Kota Tinggi, Johor beraya dengan mak abah dan semua adik beradik. Seronok sangat tambahan bila melihat mak abah yang tak putus-putus tersenyum melihat kerenah anak cucu yang penuh seisi rumah.

Alhamdulillah walau pun kedua  mak abah dah berusia hampir 80 tahun namun mereka masih kuat dan mampu untuk menyediakan pelbagai juadah dan melayan semua tetamu yang hadir.


Cik lin memang rasa puas melihat semuanya dapat berkumpul kali ini bersama. Eratkan silaturahim dan ziarah pula keluarga yang tua di sekitar kampong.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin yea.



No comments:

Post a Comment