Sunday, September 29, 2019

MOBOTFLEXI : BILA HATI DIKETUK RINDU.


Saat ini adalah saat yang paling sukar diucap melainkan kita pergi mendapatkan insan atau pergi mengunjungi tempat kenangan yang merapatkan jiwa kita dengan insan yang kita rindu...
Subuh Khamis ni Dato Saad suami isteri akan berangkat sekali lagi untuk menunaikan umrah bersama Mobotflexi menziarahi Rasulullah di masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat di masjidil haram untuk kehidupan dunia yang sempurna, pengakhiran yang baik dan amalan yang diterima Allah tanpa hisab.
Hanya Allah saja yang tahu bagaimana gelodaknya bila jiwa diruntun rindu kepada insan paling agung yang telah berjuang memastikan kita mampu mendapat nikmat Islam hingga ke hari ini. Sayu, bungkam, rindu, gembira... semua bercampur baur...
-------------
Sebelum berangkat ke tanah suci subuh Khamis lusa, Dato Saad ke AIDAQ dulu untuk pastikan mobotflexi dan aksesori lain yang berkaitan seperti charger dalam kondisi yang baik supaya tak timbul masalah nanti.
Maklumlah bila dah sampai ke sana nanti, setiap saat amat berharga, selepas tawaf wajib Dato Saad plan nak buat tawaf sunat banyak kali, kalau boleh lebih dari 11 kali. Sebelum ada mobotflexi, Dato Saad gunakan kerusi roda, dapatlah buat tawaf sunat 4 ke 5 kali sahaja.
Bila ada mobotflexi semua urusan dan ibadah pasti menjadi lebih mudah dan ringkas.
"Bila kita beli sesuatu macam mobotflexi ini dari syarikat yang sediakan servis selepas jualan dan alat ganti pun mudah dapat, hati kita akan jadi tenang..." pesan Dato Saad kepada En Daud yang kebetulan datang ke AIDAQ untuk belikan seunit mobotflexi untuk ibunya tadi.
p/s : Alhamdulillah makin ramai yang dapat manfaat hasil dari usaha kecil kami menyediakan alat alternatif kepada kerusi roda untuk mudahkan mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal.
#Mobotflexi ; sokongan dan peluang kedua kepada insan yang terpilih!

Saturday, September 28, 2019

MOBOTFLEXI : #2PANDUAN - URUSAN PENTING MEMBAWA MOBOTFLEXI MENAIKI PESAWAT.

Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan semua peralatan, kelengkapan dan dokumen perjalanan telah ada dan disimpan dengan rapi dalam pemantauan kita.
Simpan dalam hand carry supaya bila kita perlukannya mudahlah kita ambil terutama ketika berurusan dengan pihak imigresen dan kastam nanti.
Ni Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin dan Pn Aida yang membawa 2 unit mobotflexi dalam misi umrah lepas.
-------------------
1. Maklumkan kepada travel agen yang kita membawa mobotflexi a. k. a scooter wheelchair (tiada bayaran tambahan dikenakan) untuk kegunaan sepanjang kita menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.
+ Serahkan dokumen berkaitan Mobotflexi dan aksesorinya kepada mutawif supaya mudah untuk didaftarkan.
+ Pastikan mobotflexi ini dibalut rapi dengan plastik (sila ke kaunter pembungkusan bagasi). Balut dengan extra care di bahagian klip hadapan. Kalau boleh tampal sticker fragile sekali untuk elakkan kerosakan dalam perjalanan nanti.
+ Keluarkan bateri 48V : 6Ah @ 288Wh. Balut dan masukkan dalam hand carry bag. Ini Airport Malaysia.
+ Jangan lupa bawa bawa adapter, charger dan soket international sekali, nanti dah sampai sana tak boleh caj pulak.
+ Bagi tujuan penerbangan pulang dari Jeddah Ke Kuala Lumpur, bateri hendaklah dibalut rapi dan dimasukkan ke dalam luggage (bersama bagasi pakaian lain).
+ Ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Airport Arab Saudi. Elakkan bertelagah dengan mereka. Bersabarlah.
+Sentiasa pastikan pasport dan boarding pas berada dalam hand beg anda.
2. Pastikan juga semua beg dalam perhatian kita. Elakkan dari meminta pertolongan jemaah yang tidak kita kenali bagi mengelakkan musibah kecuaian.
3. Simpan botol spray kosong untuk mudahkan berwuduk dalam pesawat dan sebaiknya bawa juga botol mineral kosong untuk mudahkan bersuci dalam tandas pesawat.
4. Minimakan barang yang perlu dibawa. Maksima berat yang dibenarkan ialah 30kg sahaja. Bagi yang membawa mobotflexi dan declare sebagai scooter wheelchair, tiada caj tambahan dikenakan.
p/s : Nanti saya sambung lagi ye.
Nak info lanjut dan tawaran diskaun Aidil Fitri mobotflexi untuk mak ayah?
Klik website kami di : www.mobotflexi.com

Baca kisah Dato Saad, pengguna pertama Mobotflexi yang menggunakan mobotflexi semasa menunaikan umrah pada 2018 beliau berjaya membuat 11 kali tawaf sunat! 

Testimoni Pengguna Mobot flexi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=332208830592923&id=214198402393967




Wednesday, September 25, 2019

INFO : BERSENAM DAN MAKAN MAKANAN SIHAT DAPAT ELAKKAN SAKIT LUTUT


MASALAH kegemukan dan kehidupan yang tidak aktif di kalangan golongan pertengahan umur dan warga tua merupakan punca utama yang menyebabkan meningkatnya sakit sendi lutut atau osteoartritis.
Justeru, golongan tersebut diingatkan supaya rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit ini.
Itulah antara pesan ahli fisioterapi kanan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Encik Zaki merupakan antara penceramah di seminar kesihatan anjuran Berita Harian dengan kerjasama TTSH - Sihat Banyak Untungnya – yang diadakan di Auditorium Singapore Press Holdings (SPH) di Toa Payoh North, semalam. Penceramah-penceramah lain dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 250 peserta ialah konsultan klinik gigi TTSH, Dr Chung Tze Onn; konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan tekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan konsultan Jabatan Ortopedik TTSH, Penolong Profesor Adjung Hitendra K. Doshi.
CARA KUATKAN OTOT: Ahli fisioterapi kanan dari TTSH, Encik Ahmad Zaki (kiri), menunjukkan cara melakukan senaman khusus bagi menguatkan otot-otot kepada salah seorang peserta, Encik Suginin Mohd Taib, di Seminar Kesihatan Berita Harian, semalam.
Seminar itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta yang hadir seawal lapan pagi. Encik Zaki berkongsi bahawa lebih ramai wanita mengalami sakit sendi lutut berbanding kaum lelaki.
“Ramai pesakit berjumpa doktor setelah lanjut sakitnya. Saya akan memberi nasihat dan maklumat bagaimana hendak bersenam untuk menguatkan otot-otot dan menurunkan berat badan,” ujar beliau.
Lantaran itu, Encik Zaki telah menunjukkan beberapa jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang sudah mengalami penyakit ini dengan bantuan seorang sukarelawan, Encik Suginin Mohd Taib, juga salah seorang peserta seminar kesihatan ini.
Encik Suginin, 59 tahun, seorang pekerja penghantaran, tertarik dengan topik berkenaan sakit sendi lutut dalam seminar kesihatan ini.
“Isteri saya mengalami masalah sendi otot yang sakit. Menerusi penerangan Encik Zaki, saya ketahui cara-cara menguatkan otot dan mempertingkatkan kecergasan saya dan isteri.”
Sementara itu, Dr Doshi mengingatkan para peserta bahawa masalah sendi boleh menjejas kehidupan harian seseorang. Dari segi ortopedik, sendi artritis merosot dan kerapuhan tulang merupakan halangan terbesar dalam menjalankan kehidupan harian yang aktif.
Lantas, ia penting untuk mencegah dan merawati penyakit tersebut. Beliau menerangkan bahawa ada pelbagai rawatan pembedahan yang dapat membantu pesakit menjalankan hidup harian dengan lebih selesa.
Sebagai contoh, salah seorang pesakitnya, Encik Abdul Majid Moulabas, yang telah menjalani pembedahan penggantian sendi turut berkongsi manfaat menjalani rawatan itu.
Encik Abdul Majid, 65 tahun, seorang peniaga agensi pelancongan, berkata: “Saya telah menjalani pembedahan penggantian sendi 17 hari lalu setelah sendi rasa sakit sejak dua tahun lalu. Kalau dahulu, saya tidak suka ikut isteri saya pergi berjalan, sekarang saya boleh kembali aktif.”
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited Reproduced with permission.

Sunday, September 22, 2019

MOBOTFLEXI : eSCOOTER WHEELCHAIR (2 IN 1) MEMANG SANGAT DIPERLUKAN OLEH MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK UNTUK BERGERAK


-----------------------------------------------------------------------------
KITA mungkin tidak pernah menyangka bahawa sesuatu kemalangan buruk ataupun serangan penyakit yang boleh mengakibatkan lumpuh boleh terjadi kepada diri kita atau mereka yang kita sayangi.
.
Namun hidup mesti diteruskan, bukan sahaja untuk kita tapi untuk mereka yang kita sayangi.
.
Kita mesti kuatkan semangat dan terus berjuang untuk pulih semula, paling tidak untuk berdikari bagi menguruskan diri sendiri dan hal-hal rutin harian, kena rajin pergi fisioterapi, makan ubat, berani keluar berhadapan dengan dunia sebenar dan perlu mengetahui apakah keperluan sebenar untuk bergerak contohnya alat sokongan perubatan yang bagaimana diperlukan untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan.
.
Jika perlukan kerusi roda, kerusi roda yang bagaimana?
Atau adakah alat selain kerusi roda yang bolen membantu memudahkan pergerakan disamping mengembalikan semangat ?
.
Walau pun lemah namun dengan persekitaran yang positif kita boleh cepat pulih seperti sedia kala semula.
.
Dapatkan MOBOT FLEXI dengan harga 24% diskaun dan perlindungan takaful kemalangan diri (PA) sehingga RM10,000* hari ini untuk mudahkan pergerakan anda atau mereka yang anda sayangi :
--------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN DAN MANFAAT MOBOT FLEXI.
--------------------------------------------------------------------
1. ​Ia Scooter wheelchair (2 in 1) dan mudah dikendalikan tanpa pembantu
2. Ringan, boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana-mana dalam kenderaan.
2. Menggunakan bateri, boleh dicaj berulang kali dan selamat digunakan​
3. Jarak perjalanan sehingga 30km / kelajuannya sehingga 25kmj
4. Ia sangat membantu pergerakan serta kelajuannya mudah dikawal walaupun oleh mereka yang tak ada pengalaman menaiki basikal.
5. Boleh digunakan di dalam dan di luar rumah untuk urusan di hospital, beriadah di taman, ke surau, mengerjakan umrah, kolej, pejabat, pasaraya dan sangat membantu ketika bercuti bersama keluarga.
6. Klik link di komen pertama dan dapatkan lebih banyak kelebihan Mobot Flexi ini
.
Untuk info detail, sila hubungi Mobot Advisor kami dan dapatkan tawaran 24% diskaun hari ini.
#MobotFlexi - Kembalikan keceriaan hidupmu
p/s : ANDA juga boleh dapatkan Mobotflexi dan eksesorinya segera di farmasi terpilih hari ini @RM8,599.

Saturday, September 21, 2019

INFO : CARA SINGKAT MEMBORONG PAHALA.


*1. Membaca Surah Al-Ikhlas*
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa.
*Rasulullah ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga."* (Hadis Riwayat Ahmad)
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
*2. Bersolawat Kepada Rasulullah ﷺ*
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah kerana bagi setiap selawat, Allah swt akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
*"Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda"*. (Hadis Riwayat Muslim)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
*3. Beristighfar Memohon Keampunan*
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka.
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ:
*"Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."* (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek..
(أستغفر الله العظيم)
*“astaghfirullah hal adzim”,* boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

*4. Bertanya Khabar Keluarga*
Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.
*Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim."* (Hadis Riwayat Bukhari)

*5. Lafaz Tasbih*
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu:
– سبحان الله و بحمده –
– سبحان الله العظيم –
*"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim."* (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
*6. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan*
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit.
Tetapi Nabi Muhammad juga ada bersabda ﷺ:
*"Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."*
لا حول ولا قوة إلا بالله
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
*7. Mendoakan Orang Lain*
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insya Allah Allah swt juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Rasulullah bersabda ﷺ :
*"Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, niscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya."* (Hadis Riwayat al-Thabarani)
*8. Sebarkan Kebaikan*
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.
Seperti sabda Nabi Muhammad ﷺ:
*"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun."* (Hadis Riwayat Muslim)
*Contoh mudah, dalam masa1- minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.
Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapatkan pahala-Nya.*

Wednesday, September 18, 2019

MOBOTFLEXI : DULU BERDUA, KINI BERTIGA!


------------------------------------------------
Yang ini aku redho sebab dia pilihanku untukmu, suamiku - Isteri Solehah.
“Dalam waktu terdekat ni kami plan nak ziarah anak ke Indonesia, InsyaAllah dengan adanya mobotflexi ni mudahlah perjalanan kami nanti. Tak adalah mengeluh sakit kaki sangat kerana terpaksa berjalan jauh..”
"RM6,535 ni bukanlah harga yang terlalu mahal kalau dibandingkan dengan kesakitan yang perlu ditanggung setiap kali terpaksa berjalan jauh lagipun kalau beli di farmasi tak ada diskaun, harga biasa RM8,599"
“Lagipun kami sangat pentingkan service after sale, tak naklah bila nak servis atau masa nak tukar alatganti, alatganti pulak payah nak cari, nak import bagai, sudahnya tak boleh guna pulak.”
"InsyaAllah tahun depan nak pi tunaikan haji pula. Yang penting mobotflexi ni boleh mudahkan kami suami isteri beribadah....ibadah yang sempurna ni bermula dari kesihatan yang baik tapi kalau diuji dengan sakit pun, kita masih ada alternatif untuk teruskan ibadah." – Puan Rose
Ini sebahagian dari kisah kehidupan pengguna mobotflexi kami.
------------
p/s : Kami bekalkan semua pembeli mobotflexi kami dengan warranty, aksesori, insuran kemalangan diri RM10K, video tutorial penggunaan dan penjagaan ringkas.
p/s : Bagi yang mendapatkan bateri tambahan / travelling battery, kami bekalkan pula dengan dokumen pengesahan supaya tak timbul masalah ketika dilapangan terbang nanti. Semuanya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak airlines.
p/s : Nak tempah mobotflexi hari ini? Hubungi kami di 012-6169034 atau sila ke AIDAQ Medan Mara, Kuala Lumpur, Mobot Advisor kami akan segera membantu.

INFO: GOUT & BUAH PINGGANG

Gout & buah pinggang
Sakit gout antara sakit yg paling teruk di dunia selain dari sakit gigi dan bersalin. Bagi mereka yg pernah merasainya pasti akan faham akan betapa deritanya bila sakit gout ini menimpa. Mahu rasa nak lempang semua disekeliling kita...!! 😖😖
Zaman dahulu, gout ini adalah penyakit bangsawan kerana terdedah kepada makanan mewah dan berharga mahal seperti makanan laut, daging, alkohol dan kaviar (sejenis telur ikan yg sgt sgt mahal). Sehinggakan gout terkenal sbg penyakit orang kaya atau pun 'disease of the Kings' oleh raja2 mat salleh. Tetapi gout sebenarnya paling awal dilaporkan di Egypt kerana cara hidup dan pemakanan yg byk berasaskan daging dan alkohol ketika itu.
Gout disebabkan oleh lebihan urik asid dlm badan yg perlu dikumuhkan melalui buah pinggang. Urik asid ini terdapat byk dlm makanan yg seperti dinyatakan di atas atau makanan tinggi purine (lihat gambar). Lebihan urik asid ini akan membebankan buah pinggang normal dan boleh menjejaskan fungsi sedikit demi sedikit. Sekiranya lebihan urik asid ini tidak dpt ditapis keluar, ia akan membentuk kristal yg akan mendap di sendi sendi yg paling hujung seperti ibu jari kaki dan jari jari tangan. (Lihat gambar- rujukan internet). Sendi sendi lain juga boleh terlibat bergantung kepada keterukan penyakit. Akibat mendapan kristal ini, sendi tidak boleh berfungsi dgn baik dan menyebabkan sakit yg amat sgt terutamanya sekiranya urik asid terlalu byk, yang dikenali sebagai serangan gout akut. Biasanya apabila keadaan ini berlaku, hanya pil atau suntikan ubat tahan sakit sahaja yg mampu meredakannya. Namun, kesan ubat ini bersifat sementara dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat2 ini utk mengurangkan kesakitan yg tidak terperi.. 😭😭
Urik asid perlu keluar... barulah lega penyakit ini. Tapi ia bukan satu proses mudah kerana semuanya perlu melalui tapisan di buah pinggang. 😥😥 Malangnya kristal urik asid juga boleh mendap di buah pinggang dan menjadi batu yg akan merosotkan fungsi buah pinggang. 😥 Apatah lagi pengambilan ubat tahan sakit dgn kerap juga akan merosakkan buah pinggang ... 😱😱
Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, bila fungsi buah pinggang merosot, urik asid tidak dpt ditapis keluar dari tubuh dgn baik dan akan terus berlebihan dlm badan. Kesudahannya proses ini berulang dan yg deritanya pesakit juga... 😭😭😭 Kerana inilah ramai pesakit buah pinggang akan kena gout bila mencecah tahap CKD 3 ke 5. Dan kebanyakan pesakit gout juga dikhuatiri akan menjadi pesakit buah pinggang kronik. 😥
Jadi kesimpulannya, jagalah makanan anda. Kurangkan pengambilan daging yg tinggi kandungan purine, terutamanya sekiranya ada ahli keluarga yg memang ada penyakit gout ini. Sekarang ni anda tak perlu menjadi raja atau kaya utk mendapat sakit org kaya ini. Semua org boleh kalau tak jaga kesihatan dan makanan/ diet dgn baik. Minum air yg berpatutan dgn tubuh anda (normal sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) dan sentiasa berbincang dgn pakar yg bertauliah sekiranya anda kemusykilan ttg kesihatan. Jangan tanya penjual produk sampah atau doktor yg bukan doktor kesihatan. Nanti tak pasal2 dapat gout dan sakit buah pinggang. 🤗🤗
Anda sahaja yg dpt mengubah kehidupan anda. Pilih jalan yg bijak utk hidup sihat dan berkat. 🥰🥰
Dr Fadh
Pakar Perunding Buah Pinggang

*Petikan dari group FB : MYBUAHPINGGANG

Sunday, September 15, 2019

INFO : JOM KITA SELIT MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W DALAM MENU BERBUKA PUASA KITA SEKELUARGA.


1. Barli – Bagus untuk demam
jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata
rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak
ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari
syurga. Boleh mengubati
buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah
anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan
perut
5. Madu – Ia adalah makanan
segala makanan, minuman
segala minuman, ubat
segala ubat. Mengubati cirit
birit jika dibancuh dengan
air panas, membuka selera,
menguatkan perut,
membuang kahak. Elok
diminum waktu pagi
dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) –
Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan
gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan
dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu
baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan
belakang, memperbaiki
otak, memperbaharui
pandangan mata,
membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk
mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan
kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan,
merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan
tubuh dari syaitan & bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan, jangan
diteguk, mudah mendapat
sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."
Semoga Bermanfaat

Saturday, September 14, 2019

MOBOTFLEXI : KAWAN KARIB CIK LIN SELAMAT

Kalau kereta kita jaga dengan baik, Mobotflexi ni pun kita kena jaga dengan baik juga.


Tambahan pula mobotflexi ni kita bawa bukan sahaja untuk ziarah ke sana ke sini tapi kita bawa keluar masuk rumah, pejabat, hospital, masjid (pendek kata semua tempat kita boleh guna mobotflexi).

Bila kita bawa Mobotflexi ni menaiki pesawat, biasanya petugas airport tak sempat nak care mobotflexi ni macam kita care mobotflexi kita, setakat senget sana sini tu kira biasalah.

Sebab itu setiap kali lepas landing, cik lin pasti check tahap kesihatan mobotflexi ni.

Hari ni hari medical check up untuk mobotflexi sejak balik dari tanah suci Mekah.

Kalau nak hantar servis pun boleh tapi itu kena buat appointment dengan Tuan Alauddin Razali yang pakar dalam penyelenggaraan mobotflexi ni.



Wednesday, September 11, 2019

MOBOTFLEXI : #1 PANDUAN UMRAH - KEMANISAN IBADAH ITU BERMULA DENGAN ILMU.


Ramai rakan dan keluarga team Mobot Malaysia sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini bagi mengambil pahala berlipat kali ganda yang Allah janjikan kepada mereka yang menunaikan umrah di bulan Ramadan. Alhamdulillah.
Beberapa minggu lepas semasa Cik Lin menunaikan umrah suhu sekitar 39° tapi semalam ada sahabat yang beritahu suhunya dah meningkat sekitar 44°.
Memang panas terik. Kulit jadi kering dan perit semasa berulang alik ke masjid dan ketika berziarah seperti ke bukit Uhud, Jabal Rahmah dan sebagainya.
Pergerakan pula perlu lebih pantas untuk mengejar waktu solat supaya masa yang beberapa hari itu dapat dimanfaatkan sepanuhnya.
Bayangkan masa di Malaysia suhu 37° pun kita dah mengeluh, berpeluh, merungut air cond tak cukup sejuklah... . Bayangkan jika suhu meningkat...
Sesungguhnya itulah secebis dari ujian dalam mencari redho Allah.
-------------------------
Jadi, sebelum berangkat pastikan kita :
-------------------------
1. Jaga makan minum dan kesihatan kita dengan baik.
2. Sediakan bekalan ubat yang biasa diambil secukupnya - pastikan kita adjust waktu makan ubat ikut waktu di Malaysia khususnya bagi mereka yang kena makan ubat tepat pada waktu. Kos ubat di sana sangat mahal.
Siapkan juga bekalan ubat batuk, demam, selesema termasuk minyak angin/urut. Jika kita sihat, sedekahkan kepada rakan jemaah yang sakit mudah-mudahan mendapat pahala sedekah.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membina stamina. Pergerakan sepanjang di sana memerlukan kita cergas dan yakin diri untuk full swing beribadah.
4. Hadiri majlis ilmu khususnya ilmu berkaitan menunaikan umrah kerana umrah pertama kita adalah umrah wajib.
Pastikan kita lakukan dengan tertib semua rukun umrah, jaga pantang larang semasa dalam ihram dan perkara dos & don't selepas tawaf wadaq. Do not take things for granted, pesan tuan guru.
Jaga kedudukan bahu kiri (ke kaabah) walaupun semasa menggunakan #mobotflexi. Adjust cara duduk supaya kedudukan bahu berada di kedudukan yang betul.
Lakukan ibadah dengan khusyuk dan yakin
5. Jaga tutur kata di mulut, di hati dan yang terlintas di fikiran setiap masa.
Bagi yang akan menunaikan ibadah umrah, saya syorkan belajarlah juga dari perkongsian umrah Ustaz ini supaya umrah kita menjadi lancar.

Sunday, September 8, 2019

MOBOTFLEXI : CIK LIN BALIK DARI UMRAH

Dah seminggu Cik lin balik dari Umrah.
------------------------
Macam tak percaya, akhirnya penantian untuk pergi menunaikan Umrah sehingga selesai walaupun dengan seribu kepayahan namun dah pun berjaya malah mungkin jauh lebih mudah berbanding dengan orang lain yang senasib dengan Cik lin.
Hari ni Cik lin dah back to rutin harian di Kuala Lumpur dan semoga perubahan baik ini terus kekal berterusan.
Banyak yang Cik Lin nak cerita terutama untuk panduan pengguna mobotflexi yang merancang untuk menunaikan Umrah dan haji bersama mobotflexi masing-masing nanti. Kiranya macam Do & Don't lah...
--------------------
Antara tips yang cik lin nak kongsi :
--------------------
1. Persediaan sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah.
2. Semasa di Airport Kuala Lumpur, Malaysia dan Jeddah, Arab Saudi.
3. Pergerakan semasa berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta berziarah ketika di Madinah dan di Mekah. Rugi kalau tak ikut atur cara yang telah disediakan oleh pihak travel agen.
4. Teknik menunaikan tawaf dan saei.
5. Tips nak solat di saf pertama dalam Masjidil Haram dan masjid Nabawi.
6. Tips nak masuk dan solat di Raudhah.
7. Tips membeli dan belah. Ada beza urusniaga di Madinah dan di Mekah.
8. Tips kesihatan dan perubatan.
Setakat itu dulu...
Sepanjang Cik Lin di sana tak putus-putus Cik lin doakan semoga semua pengguna mobotflexi yang beragama Islam akan dapat menunaikan ibadah umrah dan haji dengan lebih mudah.
Cik lin juga doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan segera kepada semua yang sedang sakit dan diberi pertolongan Allah pada setiap saat yang diperlukan.
Salam sayang dari cik lin dan seluruh team Mobotflexi Malaysia kepada semua yang menyokong dan mengikuti Page Mobotflexi ni / +60193866889

Ini umrah ke 2 - miqat di Tannaim .
Pergerakan kena pantas, kalau tidak kita akan menyebabkan jemaah lain terlewat mengerjakan ibadah.

Berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tak perlu bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menolak kerusi roda.

Cik lin boleh urus sendiri jadual harian ketika di Mekah ,

Saturday, September 7, 2019

INFO : PERKONGSIAN DARIPADA USTAZ DATO HJ SHAMSURI HJ AHMAD

Sedikit perkongsian.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
~ Ustaz Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad
#Mobotflexi

Thursday, September 5, 2019

Wednesday, September 4, 2019

MOBOTFLEXI : BANTUAN BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Satu kepuasan bila usaha dijamin Allah dengan hasil yang cukup berbaloi.
Terima kasih kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan yang merealisasikan hasrat En Abdullah untuk memiliki sebuah Mobotflexi.
Beliau datang berkerusi roda yang perlu dibantu anak, kini pulang dengan mobotflexi yang serba serbi multipurpose yang dapat mudahkan pergerakannya.
P/s : Sebelum merungut, tiada bantuan untuk OKU, elok selidik dulu apa yang perlu diperbaiki, kalau orang lain boleh dapat bantuan (sebab dia layak) kenapa anda yang layak tak usaha dapatkan mobotflexi melalui Baitulmal juga?

mobotflexi_bantuan_baitulmal

mobotflexi_bantuan_baitulmal

Sunday, September 1, 2019

TIPS : PERKONGSIAN DARIPADA YB DR DAROYAH ALWI - BAGI SIAPA SELALU BANGUN TIDUR UNTUK BUANG AIR.


Amalan Tiga kali (1/2)
Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.
Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.
Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?
Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.
Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:
Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.
Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.
Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.
2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Kongsikan untuk orang yang kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.
#mobotflexi

Kpd Nadia : Mohon carikan gambar yang bersesuaian dengan posting.