Showing posts with label #mobotflexi #portablescooter #easeyourlife.. Show all posts
Showing posts with label #mobotflexi #portablescooter #easeyourlife.. Show all posts

Monday, March 2, 2020

MOBOTFLEXI : BAGAIMANA MOBOTFLEXI MUDAHKAN KEHIDUPAN?

Mobot Flexi 

Adalah gabungan eScooter & wheelchair (2 in 1).

Boleh digunakan dalam dan di luar:

  1. Rumah oleh mereka yang ada masalah pergerakan fizikal,
  2. Urusan di hospital, 
  3. Beriadah di taman, 
  4. Ke surau, 
  5. Mengerjakan umrah, 
  6. Dalam kawasan kolej, 
  7. Dalam kawasan pejabat, 
  8. Dalam kawasan pasaraya,
  9. Semasa bercuti.

Ia tidak selalu perlukan pembantu (seperti wheelchair) dan ini beri mereka keyakinan diri untuk kembali berdikari dan ceria semula.

Wednesday, January 1, 2020

MOBOTFLEXI: PENGALAMAN SUKA DUKA CIK LIN

PENGALAMAN SUKA DUKA SEBELUM DAN SELAPAS MENGGUNAKAN MOBOTFLEXI BERSAMA CIK LIN.
---------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hai semua..

Kali ni MobotFlexi nak kongsikan suka duka Cik Lin sebelum dan setelah menggunakan MobotFlexi ini.

Saksikan dan dengar sendiri pengalaman Cik Lin menggunakan MobotFlexi ini. Bagaimana MobotFlexi menjadi penganti kepada wheelchair.

Sila klik video di bawah ini untuk mendengar cerita Cik Lin:


Thursday, December 12, 2019

MOBOTFLEXI: PENGAJARAN

Bila kita tidak tahu atau kurang mahir, usah sesekali cuba baiki terutama yang melibatkan arus elektrik.

Kisah seorang makenik yang cuba modified mobotflexi, katanya nak bagi power, berakhir dengan seluruh rangkaian pesawat hangat mobotflexi ni jem.
Tak boleh berfungsi langsung.


Sudahnya kena bawa mengadap Technical Advisor (TA) Alauddin sehingga ada alat (asalnya tak rosak pun) perlu diganti dan wayer yang tersalah pasang tu perlu dibaik pulih.

Walaupun sekadar bateri 48V katanya tak akan meletup tapi kena faham #mobotflexi ini adalah pengganti wheelchair, kegunaannya adalah untuk mereka yang ada masalah pergerakan fizikal (atau mungkin ada 2, 3 jenis penyakit dalaman lain yang menyukarkan pergerakan).

Kita tak boleh mengandaikan mereka ini sentiasa stabil jadi penggunaan alat bantuan mestilah sentiasa dalam keadaan yang betul, baik dan selamat. Kena lebih berhati-hati.

Never take risk on other people's life.

Demi keselamatan, mereka sangat bergantung kepada kepakaran kita, jadi jangan ambil mudah bila waktu nak baik pulih atau nak tukar alat ganti terutama yang melibatkan controller, motor, structure, bateri dan adapter - mesti hubungi team Aidaq@mobotflexi semula untuk khidmat bantuan.

Kami akan bantu semak kerosakan awal samada melalui call, wasap atau video dan tunjukkan cara baik pulihnya.

Jika tak boleh, kami akan buatkan appointment dengan TA untuk buat pemeriksaan rapi.

Jika perlu, kami akan nasihat mengikut keperluan semasa pengguna, ada juga kes isu mudah kami syorkan pengguna dapatkan alat aksesori di MR DIY je untuk jimat kos.

Yang lain seperti lampu, tayar, brake dan benda lain yang bukan major boleh je pergi ke kedai basikal atau kedai motor berhampiran kerana mereka memang biasa membaikpulih bahagian ini kerana fungsi asas nya tak jauh beza dengan Mobotflexi.

#Mobotflexi ease your life.


Image may contain: one or more people, people sitting, motorcycle and outdoor

Wednesday, November 13, 2019

MOBOT FLEXI : SEMUA SUDAH BERPUNYA!

SEMUA DAH SEDIA NAK BERKHIDMAT KEPADA TUAN BARU!
Semoga setiap pengguna Mobotflexi dimudahkan Allah dalam segala urusan harian dan diberi kesihatan yang baik asbab tidak lagi terpaksa memaksa anggota yang sakit menampung tubuh semasa berjalan atau berdiri.
Mobotflexi ini didatangkan lengkap dengan aksesori seperti bakul, topi keselamatan, lock, allen key, charger dan bateri 48V serta warranty dan insuran kemalangan RM10K.
Insuran kemalangan (PA) ini meliputi pelbagai musibah termasuk jatuh di dalam bilik air atau katil semasa pengguna atau pesakit kurang keupayaan mengurus diri ketika sendirian dirumah.
P/s : Nak tempah Mobotflexi hari ni? Whatapps ke 012 616 9034, Mobot Advisor kami akan membantu.
Atau layari www.mobotflexi.com untuk info lanjut.



Saturday, November 9, 2019

MOBOT FLEXI : INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

SETIAP KALI DI IJN, BOOTH MOBOTFLEXI MEMANG HAPPENING!
Tak kiralah management IJN letak kat mana pun, booth mobotflexi tetap dapat mencuri tumpuan pengunjung.

Seawal pagi, ramai yang singgah mencuba Mobotflexi sebelum ke bilik rawatan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk dikongsi pengalaman dengan saudara mara dan kawan jika ada yang memerlukan #mobotflexi nanti, mudahlah mereka nak kongsi kan info dan pengalaman.

------------------


Actually team Aidaq Mobotflexi akan berada di IJN 2 hari setiap bulan selebihnya cari kami di tingkat 1, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau hubungi admin di 012 6169034 untuk maklumat lanjut.


"Masih boleh dapat diskaun 24% ke?"

Soalan paling famous!

Boleh tapi mesti rujuk nama Mobot Advisor yang entertain anda semasa di booth IJN tu ye, mereka akan bantu anda dapatkan kod diskaun dan sediakan dokumen yang berkaitan.

Kalau nak mohon bantuan, anda perlu dapatkan sebutharga dan surat sokongan dari doktor pakar yang merawat anda.

Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan yang dimudahkan. Yang penting kita berusaha, selebihnya minta Allah bantu.

Thursday, November 7, 2019

MOBOTFLEXI: DOA BUAT ANAK-ANAK SYURGA

Hari ni En Dzul suami isteri datang ke Aidaq @mobotflexi Medan Mara untuk cuba sendiri mobotflexi, sebelum ni beliau hanya dengar tentang mudahnya kawan maknya guna ke sana ke mari dan bila maknya selesa mereka terus buat keputusan beli seunit mobotflexi.

Lepas diskaun 24% dan dapat pelbagai aksesori berguna, Mobotflexi ni masih murah berbanding dengan kos rawatan hospital mak sebelum ini, katanya.

"Mak memang dah lama sakit lutut, dah inject gel pun tapi sakit tu datang juga. Nak operate bimbang pula dengan risiko lain yang mungkin ada since mak dah cecah 73 tahun ni..." begitulah prihatinnya pasangan ini kepada ibu mereka.

"Actually nak beli motorised wheelchair untuk mak tapi mak kata kawannya makcik Naemah yang dah guna mobotflexi ni jauh lebih mudah, ada tempat letak barang dan tak nampak macam orang sakit sangat, mak bukan tak boleh jalan langsung..."

#Kelebihan mobotflexi ni :
1. Boleh dilipat dan di masukkan dalam bonet kereta sekecil axia.
2. Ada bakul dan carrier depan belakang, mudah nak bawa barang masa beli barang dapur atau nak pi mengaji di surau.
3. Berat idealnya sekitar 2 kampit beras, masih consider tak terlalu berat untuk pembantu / grabber yang nak tolong angkat.
5. Bateri pun tak perlu dicaj setiap hari. Full bateri boleh digunakan sehingga 30km / 16jam perjalanan tapi tak kan nak guna berterusan pulak kan!
6. Boleh digunakan dalam hospital, shopping mall, airport, Kawasan kejiranan beriadah, pendek kata semua tempat Wheelchair boleh pergi mobotflexi ni pun boleh sampai.
7. Ada gear reverse. Motorsikal pun tak ada gear reverse.
8. Mobotflexi ini stabil. Didatangkan dengan 3 tayar besar dan 4 tayar pengimbang (kecil) tak mudah terbalik atau terjongket.

P/s : Jemput tuan puan datang ke Medan Mara untuk mencuba sendiri mobotflexi ini. Boleh call atau wasap ke 0126169034 untuk temujanji.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Saturday, August 3, 2019

TIPS : NAK LEBIH SIHAT, SEGAR DAN CANTIK BILA BANGUN PAGI?

Cuba 7 tips ni.


1) MINUM SEGELAS LEMON

Air lemon boleh diamalkan menggantikan air masak yang mengekalkan hidrasi apabila diminum sebelum tidur. Amalkan setiap hari untuk kulit anjal berseri² setiap kali bangun pagi.

2) MANDI

Mandi sebelum tidur menjadikan badan bersih & selesa.
Tidur akan jadi lebih lena & nyenyak. Tidur yang berkualiti akan menjadikan kita lebih bertenaga bila bangun esok!

3) BERUS GIGI

Banyak kajian mengatakan, tidur tanpa menggosok gigi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah. Gosoklah, tidur pun akan jadi lebih selesa. 

4) TIDUR SECUKUPNYA

7 hingga 8 jam adalah masa tidur yang cukup. Tapi yang lebih penting sebenarnya ialah waktu tidur yang betul.
Pastikan kita tidur pada 11 malam hingga 3 pagi, itu pun sudah memadai.

5) CUCI SOLEKAN

Tidur dengan solekan boleh menyebabkan jerawat, gatal², kedutan & garisan halus. So, kena cuci muka dengan bersih sebelum tidur, barulah bangun nanti lebih segar & cantik.

6) SAPU PELEMBAP

Sapu losyen seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak sempat sangat, cukuplah pakai pelembap muka & krim mata.
Tak pakai pelembap sebelum tidur boleh buat jadi kering, berkedut & ada garis² halus.

7) MEDITASI/MUHASABAH DIRI

Ini yang paling penting. Buang semua perasaan negatif, minta maaf & memaafkan sebelum tidur.
Lakukan juga zikir & doa sebelum tidur. Jiwa yang tenang akan menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun pagi nanti.
Jom mulakan sekarang untuk wajah cantik berseri² di pagi hari nanti.

Saturday, February 2, 2019

KENAPA TAK SEWA JE eSCOOTER MASA TAWAF DAN SAEI?

Nak sewa boleh je cuma...

Menggunakan mobotflexi ini merupakan penyelesaian kepada mereka dan ayah ibu yang mengalami masalah pergerakan seperti sakit lutut dan semput bukan sahaja ketika mengerjakan ibadah di tanah suci tapi memang sakit walau di mana-mana pun atas muka bumi ni.

Mobotflexi ini juga bukan sahaja boleh digunakan ketika tawaf dan saei tapi digunakan dalam semua keadaan, berulang alik ke masjid, menziarah tempat yang dihajati, pergi membeli buah tangan dan mungkin juga untuk bantu orang sekeliling membawa barangan mereka kerana mobotflexi ini dilengkapkan dengan carrier dan bakul.
Bila balik Malaysia pun masih boleh boleh digunakan.

#mobotflexi mudahkan kehidupan saat diperlukan.

Ayuh lindungi anggota fizikal yang sakit dan minimakan kerisauan dan kepayahan.
Nak maklumat lanjut untuk hadiahkan ibu ayah, klik link ini ---> http://www.wasap.my/60126169034/Mflexid

Monday, December 17, 2018

MOBOTFLEXI: JUMPA KAMI DISINI !



Team Mobot Flexi HQ mengadakan 2 promosi serentak minggu ini utuk mudahkan anda mencuba Mobotflexi ini.


-----------
Lokasi : Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (kawasan ruang legar)
Tarikh : 17 - 18 Dis 2018 
Waktu : 09.30am - 05.30pm


-----------
Lokasi : DagangHub, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (kawasan ruang legar)
Tarikh : 17 - 22 Dis 2018 
Waktu : 09.30am - 05.30pm


-----------
Tuan/puan dijemput hadir untuk cuba sendiri bagaimana Mobotflexi ini dapat bantu mudahkan pergerakan tuan/puan atau ahli keluarga yang memerlukan.


Tuan/puan boleh dapatkan harga diskaun maximum dari Mobot Advisor kami.

Nak review bagaimana Mobotflexi memudahkan kehidupan harian? Klik link ini di sini --->https://www.facebook.com/mobotflexi/videos/288539618293178/

Team Mobot Advisor kami akan berada di ruang promosi IJN dan ground floor Medan Mara.

Kami menanti kedatangan tuan/puan atau tuan/puan boleh hubungi/wasap admin 012-6169034 untuk temu janji dan info lanjut.😊

Admin Mobot Advisor : 012-6169034

Friday, December 14, 2018

MANFAAT UNTUK SIHAT DAN CANTIK AIR STRAWBERRY INFUSED WATER


Foto: copyright thinkstockphotos.com


Vemale.com - Ladies, pasti sudah pernah dengar dong soal infused waterYaps, infused water secara umum adalah minuman yang dibuat (diberi) campuran potongan buah-buahan dan herbal tertentu. Kandungan nutrisi dari potongan buah atau herbal tersebut bisa larut dalam air dan bisa memberi manfaat kesehatan saat kita meminumnya.

Biasanya sih kita meminum infused water sebagai bagian dari program diet atau membantu menurunkan berat badan. Tapi ternyata manfaatnya tak hanya sebatas itu saja. Sebut saja strawberry infused water atau minuman yang dibuat dengan campuran potongan buah stroberi. Seperti yang dilansir oleh newhealthadvisor.com,buah stroberi sendiri mengandung vitamin, mineral, dan anti oksidan lain yang baik untuk mencegah proses penuaan dini. Dengan kata lain, buah stroberi sendiri sangat baik untuk menjaga kesehatan dan kecantikan tubuh. 


Strawberry infused water, minuman rendah kalori ini memiliki sedikitnya 9 manfaat, antara lain:
1) Melenyapkan bad mood.
2) Membantu menurunkan berat badan dengan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
3) Membantu mengeluarkan racun dari tubuh.
4) Membuat kita kenyang lebih lama (lebih mudah mengontrol nafsu makan).
5) Membantu melepaskan sel-sel lemak secara alami.
6) Mempelancarkan proses cerna makanan.
7) Membantu kita mengeluarkan lebih banyak keringat saat olahraga.
8) Mencegah terjadinya letih otot (muscle fatigue) saat berolahraga.
9) Mempercepatkan proses permulihan setelah olahraga.

Untuk membuat infused water dengan buah stroberi ini pun cukup mudah. Siapkan 1 liter air, lalu masukkan potongan buah stroberi (bisa ditambah irisan lemon, mentimun, dan buah lainnya). Kemudian, diamkan selama satu malam di kulkas. Keesokan paginya, minuman ini bisa langsung diminum segera. 


SEGARKAN DIRI DENGAN AIR KOSONG

SIRI PROMOSI PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH: SEGARKAN DIRI DENGAN AIR KOSONG

          Adakah anda tahu kepentingan minum air kosong? Berapa banyak anda perlu minum? Adakah anda pasti anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari? Kepentingan minum 6 hingga ke 8 gelas setiap hari adalah perlu bagi fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan. Selain itu, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia. Malah, pengambilan air kosong yang secukupnya dapat mengelakkan anak anda daripada dehidrasi. 

Dehidrasi bermaksud gangguan keseimbangan cairan arau air dalam tubuh badan kita. Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan pada sistem kognitif, melemahkan fungsi kardiovaskular, mengurangkan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dan mengganggu sistem kawalan suhu badan. Kebiasaannya anak anda akan mudah berpeluh akibat daripada aktiviti yang mereka lakukan seperti bermain dan berlari. 

Oleh itu, kandungan air dalam badan yang mencukupi diperlukan untuk membantu sistem perkumuhan (pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan). Sekiranya, anak anda mengalami kekurangan air, buah pinggangnya terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. 

Tips untuk meningkatkan pengambilan air kosong:
i. Kawal anak anda daripada pengambilan minuman bergula dan berkarbonat bagi mengelakkan penambahan kalori yang tidak perlu. 
ii. Galakkan anak anda untuk minum air kosong dengan banyak. 
iii. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah untuk diambil di rumah. 
iv. Bekalkan air kosong ke sekolah. 
v. Sediakan jadual minum air dan berikan kepada anak anda supaya mereka tidak lupa untuk minum air. 
vi. Jadi contoh kepada anak anda dengan membawa botol air ke tempat kerja. 
vii. Anak-anak mesti diperingatkan untuk minum air kosong walaupun tidak merasa dahaga. 

Disediakan oleh: Nurul Hidayah Hassim Pegawai Penyelidik Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, December 12, 2018

KHASIAT TONGKAT ALI UNTUK KESIHATAN


Tongkat Ali @ Eurycoma longifolia jack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1. Menambah tenaga
2. Menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.
3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan
4. Mengurangkan keletihan
5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.

[UKM, MAJALAH DARA- FEBRUARI 2010]

Friday, December 7, 2018

JEMAAH HAJI, SEDIA FIZIKAL DAN MENTAL

Makkah: Rata-rata jemaah haji bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melaksanakan ibadat luar bermula dengan wukuf di Arafah, Ahad ini.

Beberapa jemaah yang ditemui memberitahu mereka mengambil langkah penjagaan kesihatan serta mengurangkan pendedahan kepada risiko penyakit seperti batuk, demam dan selesema.

Pesara guru dari Kuala Terengganu, Abdul Rani Othman, 65, berkata, dia mengambil langkah berhati-hati berikutan mengalami batuk ketika ini.

“Di maktab banyak ceramah diadakan mengenai persiapan ibadat di Arafah, Mina dan Muzdalifah serta pelbagai nasihat diberikan Tabung Haji (TH) kepada jemaah.

“Saya juga sudah dua hari tidak ke masjid dan hanya bersolat di surau maktab. Saya dan isteri perlu mengurangkan pendedahan yang kerap kepada cuaca panas bagi mengelakkan berdepan masalah kesihatan sebelum hari wukuf,” katanya di Maktab 89 di Hotel Masat Al Badae’, di sini, semalam.

Abdul Rani yang ke Tanah Suci bersama isterinya, Ramlah Muda, 59, berkata, mereka teruja dan tidak sabar menunggu hari wukuf yang menjadi kemuncak ibadat haji.

Anggota polis marin berpangkalan di Batu Uban, Pulau Pinang, Sallis Ahmed, 47, berkata, dalam kursus diikuti, jemaah diberi gambaran mengenai suasana pada hari wukuf dan mereka perlu bersedia dengan situasi itu.

“Keadaan panas, sesak dan kemudahan yang terpaksa dikongsi ramai jemaah, jadi saya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh keadaan demikian.

“Atas sebab itu, dalam sehari dua ini saya bersama isteri tidak keluar ke mana-mana bagi memastikan tahap kesihatan kami dalam keadaan baik,” katanya yang datang bersama isteri, Suzana Seman, 44.

Menurut Sallis, di Arafah nanti dia mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Jemaah, Mat Lodin Arshad, 73, dari Taiping, Perak berkata, seperti jemaah lain, dia tidak sabar menunggu hari wukuf dan berharap dapat melaluinya dengan lancar.

“Saya tiada masalah kesihatan serius cuma sakit pinggang dan berdoa ibadat ini dipermudahkan Allah,” katanya yang datang bersama isteri dan dua anak.

Katanya, dia memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan mengikut nasihat pihak perubatan seperti minum banyak air dan kurang mendedahkan diri kepada cuaca panas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 9:19 AM
Safar Ahmad

Wednesday, December 5, 2018

KHASIAT DAUN PEGAGA !



Pegaga @ Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam.

Rujukan: