Thursday, January 31, 2019


NAK LEBIH SIHAT, SEGAR DAN CANTIK BILA BANGUN PAGI?

Cuba 7 tips ni.

1) MINUM SEGELAS LEMON

Air lemon boleh diamalkan menggantikan air masak yang mengekalkan hidrasi apabila diminum sebelum tidur. Amalkan setiap hari untuk kulit anjal berseri² setiap kali bangun pagi.

2) MANDI

Mandi sebelum tidur menjadikan badan bersih & selesa.

Tidur akan jadi lebih lena & nyenyak. Tidur yang berkualiti akan menjadikan kita lebih bertenaga bila bangun esok!

3) BERUS GIGI

Banyak kajian mengatakan, tidur tanpa menggosok gigi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah. Gosoklah, tidur pun akan jadi lebih selesa. ☺

4) TIDUR SECUKUPNYA

7 hingga 8 jam adalah masa tidur yang cukup. Tapi yang lebih penting sebenarnya ialah waktu tidur yang betul.

Pastikan kita tidur pada 11 malam hingga 3 pagi, itu pun sudah memadai.

5) CUCI SOLEKAN

Tidur dengan solekan boleh menyebabkan jerawat, gatal², kedutan & garisan halus. So, kena cuci muka dengan bersih sebelum tidur, barulah bangun nanti lebih segar & cantik.

6) SAPU PELEMBAP

Sapu losyen seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak sempat sangat, cukuplah pakai pelembap muka & krim mata.

Tak pakai pelembap sebelum tidur boleh buat jadi kering, berkedut & ada garis² halus.

7) MEDITASI/MUHASABAH DIRI

Ini yang paling penting. Buang semua perasaan negatif, minta maaf & memaafkan sebelum tidur.

Lakukan juga zikir & doa sebelum tidur. Jiwa yang tenang akan menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun pagi nanti.

Jom mulakan sekarang untuk wajah cantik berseri² di pagi hari nanti.

Monday, January 28, 2019

MOBOTFLEXI : TIPS


SIMPAN/MENGANGKUT MOBOTFLEXI DALAM KENDERAAN.
.
Mobotflexi ini beratnya 20kg sahaja, lebih kurang berat 2 kampit beras (kalau dibawa travel tak dikenakan caj pun) manakala berat bateri pula 4.6kg.
.

Nak tahu macam mana nak masukkan mobotflexi ini ke dalam kereta, klik video dibawah ye. Semoga panduan ini membantu kerana dengan cara ini berat mobotflexi ini hanya tinggal lebih kurang 10kg sahaja.
.
Mobotflexi ini tak perlu diangkat dan tak perlukan ruang yang besar atau ramp untuk dibawa dalam kereta.
.
Cuba perhatikan video di bawah, bersama mobotflexi ini, pemandu masih boleh membawa 2 lagi penumpang dewasa dengan selesa ke destinasi mereka.
.
#mobotflexi menggembirakan. Jom balik kampung!

Thursday, January 24, 2019

MOBOTFLEXI: CARA MENGUNA DAN MENJAGA MOBOTFLEXI !

Dah ada Mobotflexi ni kenalah jaga dengan baik ye.

Ia umpama sahabat karib anda, umpama anggota kaki yang dulunya sangat pantas bergerak ke sana ke mari tapi disebabkan penyakit atau kemalangan, pergerakan anda dah terbatas makanya Mobotflexilah jadi pengganti.
--------------
1. Pastikan juga angin untuk tayar belakang sentiasa mencukupi terutama jika berat pengguna melebihi 80kg supaya motornya tak perlu menarik beban yang berlebihan setiap kali anda mahu menggunakan mobotflexi.

Pam kedua-dua belah tayar belakang sekitar 40-45 psi sahaja.

Nak pam macam mana?
Pergilah ke kedai basikal, kedai motor atau ke petrol station. Pam angin tayar Mobotflexi ni kat situ. Tak boleh buat sendiri, mintalah bantuan bangla atau petugas di situ. Mereka pasti akan membantu dengan senyuman.

Kalau nak lebih senang, beli pam kat kedai Mr DIY atau beli online di go shop atau wow shop. Jangan shopping benda lain pulak ye!

2. Bersihkan celah-celah brake dari kekotoran seperti habuk, batu kecil, tanah dan sebagainya dengan berus gigi yang tak digunakan lagi. Senang nak adjust di ruangan kecil. Kekotoran ini boleh menjejaskan Mobotflexi semasa membrake.

3. Bersihkan Mobotflexi ini dengan kain/span lembab. Jangan simbah dengan air dan pastikan bateri sentiasa dalam jagaan kering.

Nak lebih banyak tips penjagaan Mobotflexi? 
Hubungi mobot advisor anda di 012-616 9034

MOBOTFLEXI : SIAPA PENGGUNANYA?


Jujurnya, bukan semua orang sesuai guna Mobotflexi.

Wednesday, January 23, 2019

MOBOTFLEXI: MALAYSIAN RED CRESCENT



Please simpan info ini ye.

Kita mungkin tak perlukannya sekarang tapi saudara, sahabat dan jiran kita mungkin perlukannya.

Kakitangan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia dipetik sebagai berkata, ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai adanya perkhidmatan ambulance percuma untuk hal kecemasan di Malaysia maka mereka menghubungi ambulance hospital swasta dan membayar kos yang sepatutnya boleh dielakkan.


Simpan (rujuk pic) untuk masa akan datang saat kita memerlukan.
No photo description available.

Tuesday, January 22, 2019

MOBOTFLEXI: CARA UNTUK DAPATKAN SEUNIT MOBOTFLEXI HARI INI.

Cara paling cepat adalah melalui belian tunai dan kad kredit tapi tak ramai yang dalam kategori boleh keluarkan sejumlah RM6,535.00 untuk memiliki gabungan escooter & wheelchair (2in1) mobotflexi ini walaupun ia sangat membantu pergerakan dan dapat mengurangkan rasa sakit bila banyak bergerak.

Monday, January 21, 2019

MOBOTFLEXI: KENAPA KAMI SYORKAN MOBOTFLEXI ?

Kami mahu lebih ramai insan yang sedang diuji kesakitan anggota fizikal kembali ceria, dapat uruskan rutin harian sendiri dengan minima bantuan dari orang sekeliling dan yang paling penting mereka dapat rasa bersemangat semula untuk teruskan kehidupan, bukan murung sepanjang masa.

Saturday, January 19, 2019

SABAR ITU INDAH.


Seunit lagi Mobotflexi akan berpindah tuan dengan bantuan biaya dari Baitulmal MAIWP. Terima kasih kepada semua staf Baitulmal yang terlibat.
Tahniah kepada Puan Noraini yang bersungguh-sungguh berusaha menyediakan setiap dokumen yang diperlukan tanpa rungutan demi membolehkan suaminya memiliki dan menggunakan mobotflexi.
Beliau mahu suaminya kembali ceria. Itu misinya. Noktah.
Yang banyak komplen dan tak sanggup melengkapkan dokumentasi akan tetap menghitung hari tanpa perubahan dalam hidup kerana pegawai perlukan dokumentasi untuk mengurus dan meluluskan permohonan yang dibuat. Semuanya akan diaudit nanti.
Nak sembuh tapi tak nak makan ubat.
Nak mudah bergerak dan tak menyusahkan keluarga tapi tak nak usaha dapatkan mobotflexi.
Apa yang boleh kami buat?
Kami hanya boleh doakan kesembuhan segera buat anda samada anda memiliki mobotflexi atau tidak. Itu ikhtiar kami, team #Mobotflexi.


P/S : Pembelian mobotflexi ini mendapat 24% diskaun dari harga di farmasi RM8,599. Selepas diskaun harga mobotflexi ini RM6,535, kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Baitulmal. Kos anda hanya perlu sediakan dokumen je!

Thursday, January 17, 2019

MOBOTFLEXI : KERAMAT KITA



"Sudilah kiranya anak-anak berkongsi rezeki membelikan ibu bapa yang ada masalah pergerakan fizikal sebuah Mobotflexi untuk mudahkan urusan harian mereka" - Dato' Ustaz Badlishah


Bagi anak-anak yang nak belikan ibu bapa menggunakan caruman KWSP pun boleh. Boleh dapat pelepasan cukai juga ya.


Nak tahu lebih banyak info, wasap Mobot Advisor Sara 011-32299074 hari ini ye.


P/S : Ada 8 cara mudah untuk dapatkan Mobotflexi ini dari cara belian tunai hingga dapatkan bantuan dari badan pembiaya seperti Baitulmal dan pusat zakat negeri.

Monday, January 14, 2019


KENAPA KAMI SYORKAN MOBOTFLEXI?

Kami mahu lebih ramai insan yang sedang diuji kesakitan anggota fizikal kembali ceria, dapat uruskan rutin harian sendiri dengan minima bantuan dari orang sekeliling dan yang paling penting mereka dapat rasa bersemangat semula untuk teruskan kehidupan, bukan murung sepanjang masa.

Ada cerita di sebalik semua itu.

Kami tak sanggup lihat kesakitan Cik Lin Selamat setiap kali dia nak bergerak walaupun setelah menjalani 3 pembedahan tulang belakang keadaannya masih tak banyak berubah.

Kami faham pembedahan bukan jaminan mutlak Cik Lin akan sembuh walaupun semua doktor pakar perubatan PPUM telah berusaha sedaya upaya merawat penyakit cik lin.

Semua itu ditangan Allah namun sebagai hambaNYA kita tak boleh berputus asa. Life has to go on. Cik lin mesti kuat dan tabah.

Kami pula mesti menyokong kebangkitannya sebab itu kami berusaha carikan pelbagai alternatif dalam negara mahupun di luar negara, dari yang model berbentuk kerusi roda, bertongkat, ber-walking frame, berscooter elektrik 4 tayar dan macam-macam bentuk alat bantuan pergerakan kami dah cuba namun yang satu ni dapat mudahkan cik Lin bergerak sendiri tanpa perlu banyak bantuan dan paling minima beri kesan kesakitan kepadanya.

Setelah hampir setahun menggunakan Mobotflexi (alat bantuan gabungan escooter dan wheelchair) ini dan ramai pula yang mahu mendapatkannya, kami mula membuat lebih banyak kajian dan dapatkan pelbagai pandangan termasuk pandangan dari beberapa doktor pakar yang merawat Cik Lin tentang kesan menggunakan mobotflexi ini.

Alhamdulillah sokongan dari doktor pakar rehab dan terapis sangat mengujakan kami ditambah pula pada awal pembabitan kami sebagai pembekal Mobotflexi ini pihak IJN juga memberi sokongan kepada kami untuk mengesyorkan manfaat mobotflexi dan membantu pesakit yang sedang dalam proses pemulihan menggunakan Mobotflexi.

Maka itulah kami sangat fokus dalam mengesyorkan Mobotflexi kepada mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal akibat kecacatan atau kemalangan termasuk kepada warga emas.

Kami harap Mobotflexi ini juga dapat membantu anda yang memerlukan.

Hubungi Mobot advisor kami untuk maklumat lanjut sebab BUKAN SEMUA pesakit boleh menggunakan Mobotflexi - 019 386 6889.

P/s : Kami sediakan Mobot Advisor untuk menjawab segala soalan yang kerap bermain-main di minda anda.

Friday, January 11, 2019

MOBOTFLEXI: WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI




- WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI -


🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk #buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk #bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. 
#Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. #Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air #besar kali #kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air #kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan #tidur .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan #berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja. 
Bagi pesakit asma, elok #amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Salam sihat utk semua
Moga bermanfaat.

Sunday, January 6, 2019

MOBOTFLEXI: KENAPA MOBOFLEXI MENJADI PILIHAN ?

Kenapa MOBOTFLEXI jadi pilihan mereka?

📌Mobot Flexi ini adalah gabungan escooter dan wheelchair (2 in 1) boleh digunakan di dalam dan di luar rumah untuk urusan di hospital, beriadah di taman, ke surau, umrah, kolej, pejabat, pasaraya dan sangat mudah digunakan ketika bercuti.

📌 Ia tidak selalu perlukan pembantu (seperti wheelchair) dan ini membantu mereka kembali berdikari dan ceria semula 😊

Dapatkan Tawaran Harga DISKAUN Sekarang - klik link ini :

Jom cuba Mobotflexi ni di 
📌 AIDAQ Medan Mara, Kuala Lumpur (sebelah PERTAMA Kompleks)

Friday, January 4, 2019

5 TIPS PENJAGAAN JANTUNG

Percayakah anda? Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.

1. KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

3. AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4. KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.

5. PENGURUSAN STRES

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stress


Tuesday, January 1, 2019

MOBOTFLEXI : DATANG DENGAN IMPIAN



Datang dengan impian, pulang dengan penuh harapan.

Impiannya nak kembali pulih seperti sedia kala, nak berlari bersama anak kecilnya di taman, nak buat semua benda sendiri tanpa pembantu namun Puan Elmi perlu sihat dulu.

Puan Elmi mengalami masalah radang saraf yang ketara sejak beberapa tahun lalu menyebabkan anggota tubuhnya menjadi lemah, kebas dan kurang daya. Beliau masih muda dan belum cecah 40 tahun lagi. Masih punya anak kecil, suami dan keluarga yang perlu diuruskan.

Kini untuk bekerja beliau menggunakan tongkat tapi pergerakannya menjadi sangat terbatas.

Bila tuan Najid dapat tahu tentang MOBOTFLEXI beliau terus tag kakaknya dengan harapan inilah jalan mudah untuk menyelesaikan masalah pergerakan kakaknya.
Hari ni Puan Elmi pulang dengan Mobotflexi, mudah-mudahan beliau kembali bersemangat dan ceria menghadapi tahun 2019 di samping keluarga tersayang dengan minima kesakitan.

Tonton video - bagaimana Puan Elmi boleh menguruskan mobotflexinya ini sendiri.

------------------------



















MOBOTFLEXI : Kenapa nak Moboflexi, kan dah ada motorised wheelchair?

Kenapa nak Moboflexi, kan dah ada motorised wheelchair?
-------------------------------------
Cikgu Umi dah booking seunit Mobotflexi walaupun beliau dah lama gunakan motorised wheelchair 4 roda ni.

"Apa yang buat Cikgu Umi berkenan sangat dengan #Mobotflexi ni ye...kan cikgu dah biasa guna motorised wheelchair?" tanya Cik Lin penuh tanda tanya.

Maklumlah biasanya orang tak akan sanggup keluarkan belanja tambahan jika dah ada kerusi roda apatah lagi kalau memang dah biasa gunakan kerusi roda bermotor.

Jawapan cikgu Umi sangat membantu kami memahami situasi beliau dan ia amat memberi semangat kepada semua Mobot Advisor untuk terus berbakti.

Kembalikan keceriaan hidupmu.