Hari ini Allah telah menarik nikmatNYA atasku namun aku tetap bersyukur kerana aku insan yang terpilih untuk menerima ujian ini berbanding jutaan insan lain.
Hari ini aku belajar lebih tabah dan redho.
Meski sukar namun banyak lagi perkara yang perlu aku syukuri.
Meski sukar namun banyak lagi perkara yang perlu aku syukuri.
Aku kena lebih fokus kepada apa yang masih aku miliki. Keluarga, sahabat, Dr dan nurse yang merawatku dengan baik dan sabar. Ahhh… banyak lagi nikmat Allah yang tak terhitung berbanding ujian kali ini.
Doakan aku terus tabah dan dapat serasikan kehidupan ini dengan situasi semasa. Betul kata Dr Anwar, aku perlu belajar terima hakikat dan adjust mengikut kesesuaian tubuhku.
Hidup mesti diteruskan dan aku akan sentiasa berusaha memastikan ada jalan untuk aku kembali menjalani kehidupan aman dari sakit semula walau pun kena kambus dalam pasir halus ditepi pantai seperti ini.
Thank you la kat uncle ice cream ni yang berlari datang tolong kambuskan pasir atas tubuhku - terapi pasir halus di tepi pantai PD.
Cik Lin Ruslina Selamat
Survivor
Survivor
No comments:
Post a Comment