Saturday, November 30, 2019

MOBOT FLEXI : Jom bawa atok beriadah bersama.

Jom bawa atok beriadah bersama.

Bila atok penat berjalan, atok naik je mobotflexi ni janji kita keluar dari rumah untuk hirup udara segar bersama.

Atok dah tak boleh jalan jauh macam dulu tapi itu tak bererti atok kena terperap je dirumah. Bila keluar, macam-macam ada, mood untuk cepat sembuh pun makin kuat dalam diri atok. Kena rutinkan aktiviti ini, InsyaAllah untuk atok semuanya positif.

Awak masih ada atok?

Kalau ada, luangkanlah sedikit masa untuk menemaninya jalan-jalan di taman ye..

Momen ini sangat berharga dan akan sangat kita rindui suatu masa nanti.

#mobotflexi kembalikan dirimu.
Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Wednesday, November 27, 2019

INFO : KUDAPAN UNTUK KURUS

Biasa makan trail mix?
Ala, kudapan yang biasa campur kacang, buah kering dan sebagainya tu.

Trail Mix sangat bagus tau untuk boost energy. Banyak manfaat buah kering dan kekacang untuk tubuh badan.

Bagi yang nak kurus, boleh cuba buat sendiri. Beli bahan dan gaul ja. Simpan dalam bekas. Makan la waktu rasa lapar.
Biasanya buah kering dan kekacang ni ada jual di kedai kedai arab. Online pun ada jual. Boleh survey di lazada/shoppee. Paling bagus buah kering dan kekacang ni cari yang organik. Baru betul betul sehat.
Cubalah!
Bukan saja sehat malah jadi awet muda tau. Sebab trail mix ni kaya dengan antioksida dan pelbagai zat dan paling penting sangat bagus dalam membantu meningkatkan metabolisma dalam membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Trail Mix ni juga sangat bagus untuk anak anak. Otak lebih cerdas.

Bagi yang ketinggalan PETUA DAN RESIPI PERCUMA. Kelik ja link ni👇
Boleh share link ni pada kawan kawan untuk sama sama cantik. Didoakan awak sentiasa cantik dan sehat selalu.❤️
Sumber: FB Safiya redzuan 

INFO : WARGA EMAS MALAYSIA (BHGN 2) - PAWE

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:
1. Meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
2. Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian pengalaman & kepakaran mereka
3. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak
4. Memberi alternatif kepada kumpulan warga emas daripada kategori keluarga berpendapatan rendah; dan
5. Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif

Pelbagai aktiviti / program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
1. program keagamaan
2. program rekreasi
3. program terapi dan pemulihan
4. program ceramah kesihatan
5. latihan atau kursus yang bersesuaian

Warga Emas yang berminat menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran tempat tinggal.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas.


























Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sunday, November 24, 2019

MOBOT FLEXI : WARGA EMAS MALAYSIA (BHGN 1)


Definisi Warga Emas
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Perkhidmatan Luar
Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

  • Bantuan Kewangan
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Bantuan Kewangan
Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
Kelayakan Bantuan:

  • berumur 60 tahun ke atas;
  • tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
  • tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Cara Pemohonan
Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email. Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web ini.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).



Bantuan Alat Tiruan

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

  • Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.
Perkhidmatan Institusi
  • Desa Bina Diri (DBD)
  • Rumah Seri Kenangan (RSK)
  • Rumah Ehsan (RE)
Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan
  • Hari Warga Emas Kebangsaan

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan.
Akta Berkaitan:

  • Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
  • Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)
Dasar / Pelan Yang Berkaitan:
  • Dasar Warga Emas
  • Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara
Kaedah Berkaitan:
  • Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
  • Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
  • Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978
























Sumber: http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09



Saturday, November 23, 2019

INFO : BAGI SIAPA YANG KERAP BANGUN TIDUR UNTUK BUANG AIR


AMARAN PENTING!

“Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas.”


Amalan Tiga kali (1/2)


Para pakar selalu berpesan:

Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bila mana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit. 

Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.

Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, 

otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. 

Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsikan untuk orang yang kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.































Sumber Info dari YB Dr Daroyah Alwi
Sumber gambar Google

Sunday, November 17, 2019

TIPS KESIHATAN : APA YANG ORGAN KITA PALING TAKUT?

Assalamualaikum semua. 

Hari ini, Cik Lin nak kongsikan serba sedikit info berkaitan organ-organ dalaman yang kita perlu jaga untuk kehidupan yang sihat.

Ginjal         : Tidur lewat
Paru²          : Asap (rokok)
Hati            : lemak
Jantung      : Masin
Pankreas   : Makan terlalu kenyang
Usus          : Makan tanpa pantang
Mata          : Komputer/Media elektronik
Hempedu  : Tidak sarapan.


Maka sayangilah tubuh anda!

Kerana : Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal! Lagi pula belum pasti ada

*Kekentalan/Pembekuan darah*
Sharing dari Doktor Jantung : *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

Ada satu pertanyaan:
Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?

Sebenarnya jawapannya cukup mengerikan tetapi kerana sebuah
pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb:
Kira-kira 80% tubuh manusia terdiri dari AIR. Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas 80%. Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah:

OTAK dan DARAH:

Otak memiliki komponen Air sebanyak 90%, Sementara Darah memiliki Komponen Air sebanyak 95%. Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah 2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih sehari. Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang PEROKOK Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui Pembuangan, Keringat, Pernafasan Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..?? Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. Caranya? Dgn jalan Menghisap Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: Darah yg dihisap Airnya akan menjadi membeku. Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan Darah Berair.

Saat melalui Ginjal/buah pinggang (tempat menyaring Racun dari Darah), Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada Glomerulus Ginjal. Akibatnya, Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal. Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk Cuci Darah.

Bagaimana dgn OTAK? 

Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat.
Otak tdk lagi " berair", kerana Sel² Otak adalah yg paling banyak memerlukan Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan STROKE!

Jika anda share ini kepada seorg bererti anda sdh dpt menyelamatkan seorg yg anda kenali

Saturday, November 16, 2019

INFO : BERSENAM DAN MAKAN MAKANAN SIHAT DAPAT ELAKKAN SAKIT LUTUT

Masalah kegemukan dan kehidupan yang tidak aktif di kalangan golongan pertengahan umur dan warga tua merupakan punca utama yang menyebabkan meningkatnya sakit sendi lutut atau osteoartritis.

Justeru, golongan tersebut diingatkan supaya rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit ini.

Itulah antara pesan ahli fisioterapi kanan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Encik Zaki merupakan antara penceramah di seminar kesihatan anjuran Berita Harian dengan kerjasama TTSH - Sihat Banyak Untungnya – yang diadakan di Auditorium Singapore Press Holdings (SPH) di Toa Payoh North, semalam. Penceramah-penceramah lain dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 250 peserta ialah konsultan klinik gigi TTSH, Dr Chung Tze Onn; konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan tekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan konsultan Jabatan Ortopedik TTSH, Penolong Profesor Adjung Hitendra K. Doshi.

CARA KUATKAN OTOT: 
Ahli fisioterapi kanan dari TTSH, Encik Ahmad Zaki (kiri), menunjukkan cara melakukan senaman khusus bagi menguatkan otot-otot kepada salah seorang peserta, Encik Suginin Mohd Taib, di Seminar Kesihatan Berita Harian, semalam.

Seminar itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta yang hadir seawal lapan pagi. Encik Zaki berkongsi bahawa lebih ramai wanita mengalami sakit sendi lutut berbanding kaum lelaki.

“Ramai pesakit berjumpa doktor setelah lanjut sakitnya. Saya akan memberi nasihat dan maklumat bagaimana hendak bersenam untuk menguatkan otot-otot dan menurunkan berat badan,” ujar beliau.

Lantaran itu, Encik Zaki telah menunjukkan beberapa jenis senaman yang sesuai bagi mereka yang sudah mengalami penyakit ini dengan bantuan seorang sukarelawan, Encik Suginin Mohd Taib, juga salah seorang peserta seminar kesihatan ini.

Encik Suginin, 59 tahun, seorang pekerja penghantaran, tertarik dengan topik berkenaan sakit sendi lutut dalam seminar kesihatan ini.

“Isteri saya mengalami masalah sendi otot yang sakit. Menerusi penerangan Encik Zaki, saya ketahui cara-cara menguatkan otot dan mempertingkatkan kecergasan saya dan isteri.”

Sementara itu, Dr Doshi mengingatkan para peserta bahawa masalah sendi boleh menjejas kehidupan harian seseorang. Dari segi ortopedik, sendi artritis merosot dan kerapuhan tulang merupakan halangan terbesar dalam menjalankan kehidupan harian yang aktif.

Lantas, ia penting untuk mencegah dan merawati penyakit tersebut. Beliau menerangkan bahawa ada pelbagai rawatan pembedahan yang dapat membantu pesakit menjalankan hidup harian dengan lebih selesa.

Sebagai contoh, salah seorang pesakitnya, Encik Abdul Majid Moulabas, yang telah menjalani pembedahan penggantian sendi turut berkongsi manfaat menjalani rawatan itu.

Encik Abdul Majid, 65 tahun, seorang peniaga agensi pelancongan, berkata: “Saya telah menjalani pembedahan penggantian sendi 17 hari lalu setelah sendi rasa sakit sejak dua tahun lalu. Kalau dahulu, saya tidak suka ikut isteri saya pergi berjalan, sekarang saya boleh kembali aktif.”

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited Reproduced with permission.


Wednesday, November 13, 2019

MOBOT FLEXI : SEMUA SUDAH BERPUNYA!

SEMUA DAH SEDIA NAK BERKHIDMAT KEPADA TUAN BARU!
Semoga setiap pengguna Mobotflexi dimudahkan Allah dalam segala urusan harian dan diberi kesihatan yang baik asbab tidak lagi terpaksa memaksa anggota yang sakit menampung tubuh semasa berjalan atau berdiri.
Mobotflexi ini didatangkan lengkap dengan aksesori seperti bakul, topi keselamatan, lock, allen key, charger dan bateri 48V serta warranty dan insuran kemalangan RM10K.
Insuran kemalangan (PA) ini meliputi pelbagai musibah termasuk jatuh di dalam bilik air atau katil semasa pengguna atau pesakit kurang keupayaan mengurus diri ketika sendirian dirumah.
P/s : Nak tempah Mobotflexi hari ni? Whatapps ke 012 616 9034, Mobot Advisor kami akan membantu.
Atau layari www.mobotflexi.com untuk info lanjut.



Monday, November 11, 2019

MOBOTFLEXI: FEEL GOOD

Bila sakit lutut menyerang, ada ferrari pun tak boleh challange! Keluh En Bakar.

Kalau kita paksa juga berjalan mahu menitik air mata.

Sakit lutut ni bukan dibuat-buat, bila datang sakitnya selangkah pun umpama berlangkah-langkah...

Masa muda memang tak pernah terfikir nak guna tongkat atau wheelchair tapi bila dah sakit lutut, tongkat memang tak pernah lekang dari sisi tapi bila nak guna wheelchair ni rasa down pulak... 

Tu yang en Bakar berusaha cari alternatif.

Kebetulan semasa berurusan di JKM beliau terlihat bunting Mobotflexi disana. Terus je hubungi Cik D untuk set temujanji nak test ride.

Lepas test ride dengan Cik Ain di Aidaq@MedaMara, Alhamdulillah semua keperluan en Bakar dapat dimudahkan dengan penggunaan mobotflexi.

Memang terasa premium harga mobotflexi ini tapi memandangkan premium lagi harga lutut saya (en Bakar) saya nekad bawa balik seunit mobotflexi.

Kemudahan ada mobotflexi ini jauh lebih berbaloi dari kenderaan lain saat sakit lutut datang menyerang.
Yang nak cuba Mobotflexi boleh terus hubungi/wasap Cik Khadijah 0192286493 atau datang terus ke Aidaq Medan Mara Kuala Lumpur.


Image may contain: 1 person, standing and indoor


Sunday, November 10, 2019

INFO : MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

JOM KITA SELIT MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W DALAM MENU BERBUKA PUASA KITA SEKELUARGA PETANG NANTI.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan, jangan diteguk, mudah mendapat sakit pada hati.

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

Semoga Bermanfaat

Saturday, November 9, 2019

MOBOT FLEXI : INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

SETIAP KALI DI IJN, BOOTH MOBOTFLEXI MEMANG HAPPENING!
Tak kiralah management IJN letak kat mana pun, booth mobotflexi tetap dapat mencuri tumpuan pengunjung.

Seawal pagi, ramai yang singgah mencuba Mobotflexi sebelum ke bilik rawatan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk dikongsi pengalaman dengan saudara mara dan kawan jika ada yang memerlukan #mobotflexi nanti, mudahlah mereka nak kongsi kan info dan pengalaman.

------------------


Actually team Aidaq Mobotflexi akan berada di IJN 2 hari setiap bulan selebihnya cari kami di tingkat 1, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau hubungi admin di 012 6169034 untuk maklumat lanjut.


"Masih boleh dapat diskaun 24% ke?"

Soalan paling famous!

Boleh tapi mesti rujuk nama Mobot Advisor yang entertain anda semasa di booth IJN tu ye, mereka akan bantu anda dapatkan kod diskaun dan sediakan dokumen yang berkaitan.

Kalau nak mohon bantuan, anda perlu dapatkan sebutharga dan surat sokongan dari doktor pakar yang merawat anda.

Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan yang dimudahkan. Yang penting kita berusaha, selebihnya minta Allah bantu.

Friday, November 8, 2019

INFO: STROK & LUMPUH SEBAHAGIAN BADAN

Ketika kita diuji dengan musibah, kita mungkin terlepas pandang banyak perkara, jadi bila ada info seperti ini simpan dan jika ada yang perlukannya kita share je.

Stroke atau lumpuh boleh terjadi tanpa tanda awal malah ada setengah kes ia pernah berlaku dalam tidur.

Mungkin perkongsian ini boleh membantu mereka kembali pulih seperti sedia kala.

#Mobotflexi prihatin

*NOTA : Klik pada gambar di bawah untuk pautan video.


Thursday, November 7, 2019

MOBOTFLEXI: DOA BUAT ANAK-ANAK SYURGA

Hari ni En Dzul suami isteri datang ke Aidaq @mobotflexi Medan Mara untuk cuba sendiri mobotflexi, sebelum ni beliau hanya dengar tentang mudahnya kawan maknya guna ke sana ke mari dan bila maknya selesa mereka terus buat keputusan beli seunit mobotflexi.

Lepas diskaun 24% dan dapat pelbagai aksesori berguna, Mobotflexi ni masih murah berbanding dengan kos rawatan hospital mak sebelum ini, katanya.

"Mak memang dah lama sakit lutut, dah inject gel pun tapi sakit tu datang juga. Nak operate bimbang pula dengan risiko lain yang mungkin ada since mak dah cecah 73 tahun ni..." begitulah prihatinnya pasangan ini kepada ibu mereka.

"Actually nak beli motorised wheelchair untuk mak tapi mak kata kawannya makcik Naemah yang dah guna mobotflexi ni jauh lebih mudah, ada tempat letak barang dan tak nampak macam orang sakit sangat, mak bukan tak boleh jalan langsung..."

#Kelebihan mobotflexi ni :
1. Boleh dilipat dan di masukkan dalam bonet kereta sekecil axia.
2. Ada bakul dan carrier depan belakang, mudah nak bawa barang masa beli barang dapur atau nak pi mengaji di surau.
3. Berat idealnya sekitar 2 kampit beras, masih consider tak terlalu berat untuk pembantu / grabber yang nak tolong angkat.
5. Bateri pun tak perlu dicaj setiap hari. Full bateri boleh digunakan sehingga 30km / 16jam perjalanan tapi tak kan nak guna berterusan pulak kan!
6. Boleh digunakan dalam hospital, shopping mall, airport, Kawasan kejiranan beriadah, pendek kata semua tempat Wheelchair boleh pergi mobotflexi ni pun boleh sampai.
7. Ada gear reverse. Motorsikal pun tak ada gear reverse.
8. Mobotflexi ini stabil. Didatangkan dengan 3 tayar besar dan 4 tayar pengimbang (kecil) tak mudah terbalik atau terjongket.

P/s : Jemput tuan puan datang ke Medan Mara untuk mencuba sendiri mobotflexi ini. Boleh call atau wasap ke 0126169034 untuk temujanji.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Wednesday, November 6, 2019

MOBOT FLEXI : URUSAN PENTING MEMBAWA MOBOTFLEXI MENAIKI PESAWAT

Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan semua :

  • peralatan, 
  • kelengkapan dan 
  • dokumen perjalanan 
telah ada dan disimpan dengan rapi dalam pemantauan kita.

Simpan dalam hand carry supaya bila kita perlukannya mudahlah kita ambil terutama ketika berurusan dengan pihak imigresen dan kastam nanti.

Ni Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin dan Pn Aida yang membawa 2 unit mobotflexi dalam misi umrah lepas.

-------------------

1. Maklumkan kepada travel agen yang kita membawa mobotflexi a. k. a scooter wheelchair (tiada bayaran tambahan dikenakan) untuk kegunaan sepanjang kita menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.
+ Serahkan dokumen berkaitan Mobotflexi dan aksesorinya kepada mutawif supaya mudah untuk didaftarkan.
+ Pastikan mobotflexi ini dibalut rapi dengan plastik (sila ke kaunter pembungkusan bagasi). Balut dengan extra care di bahagian klip hadapan. Kalau boleh tampal sticker fragile sekali untuk elakkan kerosakan dalam perjalanan nanti.
+ Keluarkan bateri 48V : 6Ah @ 288Wh. Balut dan masukkan dalam hand carry bag. Ini Airport Malaysia.
+ Jangan lupa bawa bawa adapter, charger dan soket international sekali, nanti dah sampai sana tak boleh caj pulak.
+ Bagi tujuan penerbangan pulang dari Jeddah Ke Kuala Lumpur, bateri hendaklah dibalut rapi dan dimasukkan ke dalam luggage (bersama bagasi pakaian lain).
+ Ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Airport Arab Saudi. Elakkan bertelagah dengan mereka. Bersabarlah.
+Sentiasa pastikan pasport dan boarding pas berada dalam hand beg anda.

2. Pastikan juga semua beg dalam perhatian kita. Elakkan dari meminta pertolongan jemaah yang tidak kita kenali bagi mengelakkan musibah kecuaian.

3. Simpan botol spray kosong untuk mudahkan berwuduk dalam pesawat dan sebaiknya bawa juga botol mineral kosong untuk mudahkan bersuci dalam tandas pesawat.

4. Minimakan barang yang perlu dibawa. Maksima berat yang dibenarkan ialah 30kg sahaja. Bagi yang membawa mobotflexi dan declare sebagai scooter wheelchair, tiada caj tambahan dikenakan.

p/s : Nanti saya sambung lagi ye.

Nak info lanjut dan tawaran diskaun Aidil Fitri mobotflexi untuk mak ayah?
Klik website kami di : www.mobotflexi.com


INFO: PERNAH ALAMI TANDA-TANDA BEGINI?

Usah ambik remeh, buatlah pemeriksaan segera.


Image may contain: text



Sunday, November 3, 2019

MOBOT FLEXI : MENUNAIKAN UMRAH MUNGKIN TIDAK DATANG BERKALI-KALI

Bila jemputan Allah tiba tentu sahaja kita mahu melakukannya dengan cukup sempurna dan dapat berziarah dengan selesa.

Hampir 90% urusan memerlukan kita berjalan.


Bagi yang mampu berjalan ambillah peluang ini, usah station di satu lokasi sahaja, pesan kebanyakkan ustaz supaya kita mendapat banyak manfaat.

Bagi yang sakit lutut, semput atau ada masalah kesihatan, menggunakan mobotflexi (2in1) escooter wheelchair adalah pilihan yang sangat membantu.

Bila disana nanti bersama mobotflexi, Insya Allah boleh terlupa rasa sakit yang ada malah akan rasa sangat bersyukur kerana anda berusaha membawa mobotflexi sendiri atau wheelchair bermotor.

Nak sewa wheelchair untuk tawaf dan saei pun boleh cuma bawa je duit lebih tapi itu untuk buat tawaf dan saei sahaja lah. Tak nak pi ziarah ke sedangkan kita dah sampai ke tanah para nabi?

Ada beberapa tempat yang wajar kita ziarahi untuk lengkapkan permusafiran kita ke tanah suci. Sebaiknya kita mesti pergi ziarah ye.

p/s : Klik video ini, kita hayati bersama.

TEMPAT YANG JARANG DIKETAHUI JEMAAH UMRAH