Sunday, December 29, 2019

MOBOT FLEXI : "DUIT KITA BOLEH CARI TAPI KESIHATAN KITA TAK BOLEH BELI"

"DUIT KITA BOLEH CARI TAPI KESIHATAN, KITA TAK BOLEH BELI" - UNCLE JIMMY


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor
Uncle Jimmy disahkan menghidap diabetis sejak usia 20an lagi tapi beliau kurang ambil berat sehinggalah pada usia 40an kaki kirinya tak boleh diselamatkan dan perlu dipotong sehingga ke paras bawah lutut.

Tak cukup dengan itu, sebahagian tapak kaki kanannya pula perlu dipotong dan semua jari kakinya tak boleh diselamatkan lagi. Kini selang sehari, isterinya perlu membawanya ke hospital untuk dressing kaki kanan yang baru dibedah.

Rentetan dari diabetis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis yang dihidapinya, beliau mengalami masalah penglihatan dan kedua-dua buah pinggang beliau pula gagal berfungsi sehingga perlu menjalani dialisis setiap minggu.

Setelah setahun, beliau mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan buah pinggang di US dengan kos yang beratus ribu ringgit.

Beliau juga mengalami masalah jantung dan beberapa masalah kesihatan lain yang memerlukan penjagaan rapi.

Syukur uncle Jimmy ni memiliki seorang isteri yang sangat penyabar, baik, prihatin, cantik dan manis bila tersenyum malah sentiasa bersamanya sepanjang susah senang dalam kehidupan.

Kini Mobotflexi akan jadi teman barunya.

Uncle Jimmy nak kurangkan kebergantungan nya kepada si isteri supaya mereka boleh buat apa sahaja bersama semula tanpa hanya memandang setiap kesukaran si isteri menguruskannya setiap hari.

#Mobotflexi mengeratkan #cinta hingga hujung nyawa -




Saturday, December 28, 2019

MOBOTFLEXI: DEMI MEREKA

DEMI MEREKA YANG SENASIB DENGAN CIK LIN.

Hari ni Cik Lin ke TNB uruskan hal-hal premis baru mobotflexi.

Cik Lin dan team Aidaq nak bagi bakal-bakal pengguna Mobotflexi selesa ketika berurusan dengan kami tapi tulah banyak pulak cabarannya.

Dari ramai orang yang menunggu di kaunter sampai lengang dah, urusan cik Lin masih juga belum selesai.

Moga apa yang cik Lin lalui ini dapat memberi manfaat lah kepada orang lain selepas cik Lin.

#Mobotflexi always with me!

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Wednesday, December 25, 2019

MOBOTFLEXI: TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.

MOBOTFLEXI NI UMPAMA TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.


----------------
Minggu ni ada beberapa pengguna Mobotflexi menghantar mobotflexi mereka dengan beberapa isu.

Kelebihan mereka yang beli Mobotflexi dari team Mobotflexi @Aidaq adalah kerana kami berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Bukannya di luar negara!

Kalau ada masalah pun, mudah je nak dapatkan bantuan servis atau alatganti. Tak perlu tunggu lama dan pastinya jimat kos.

Biasanya bila pelanggan menghubungi team kami, kami akan cuba troubleshoot melalui telefon, wasap, video dulu.

Kalau tak boleh DIY juga, barulah kami suruh mereka hantar ke centre kami di Medan Mara.

Antara masalah yang kerap dihadapi adalah : Dalam kurungan ada jawapan ().
1. "Bila pulas throttle tak berapa nak pergi mobotflexi ni..."
✔️ Cuba check 2 tayar belakang, bila last pam angin 45psi?
✔️ Kalau angin kurang, motor mobotflexi ni terpaksa menarik berat beban badan dan barang menyebabkan throttle ni walaupun dipulas habis masih tak berapa boleh nak pergi.
✔️ Jadi kena pastikan tayar belakang cukup angin sebelum menggunakan Mobotflexi ini.
2. "Bateri penuh tapi tak boleh jalan. Tak ada power langsung... "
✔️ Check button kat bateri tu. Button tu di set ke 'O' atau 'I' ? Masa nak caj atau guna bateri pasti ia di set ke 'I' sahaja.
3. "Dah caj tapi berlaku trip pulak!"
✔️ Mesti caj bateri menggunakan wayer dan adapter yang kami bekalkan sahaja.
✔️ Jangan caj terus ke plug di dinding rumah sebab arus elektrik rumah adalah 240V sedangkan bateri Mobotflexi hanya 48V sahaja.
✔️ Penggunaan adapter akan 'step down power' rumah kediaman ke 48V.
✔️ Jangan guna wayer komputer atau wayer Rice cooker Walaupun ia nampak sama tapi tak serupa!

-------------------
Tolonglah beringat!
-------------------

Bayangkan kalau beli dari overseas, mau haru dibuatnya ...

nak kena post ke kilang kemudian tunggu berbulan baru dapat balik device dan kos pula boleh jadi berganda.

Silap hari bulan niat nak beli murah tapi kos lain-lain ni pula yang merugikan.

#mobotflexi prihatin

Sunday, December 22, 2019

INFO : JENIS PENYAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini, Cik Lin nak kongsikan info yang Cik Lin dapat daripada Dr Rafidah berkaitan jenis-jenis penyakit buah pinggang.

Baru Cik Lin tahu, sakit buah pinggang ni ada dua(2) jenis.

Moh, kita baca dan tonton video di bawah bersama untuk kesihatan kita dan orang tersayang.

-----------------------------------------------------------
Ada 2 jenis penyakit buah pinggang.

1. Penyakit buah pinggang acute
2. Penyakit tahap kronik (tahap 1 hingga 5)


Nak tahu lebih lagi tonton video bersama Dr Rafidah, pakar buah pinggang.
Sila tekan link ini untuk paparan video:




Sumber : FB Kementerian Kesihatan

Saturday, December 21, 2019

MOBOT FLEXI : KERJASAMA

KERJASAMA.




Mr Gobi Hari adalah Presiden Persatuan & Kelab Orang Kurang Upaya, Warga Emas dan Ibu Tunggal atau lebih dikenali sebagai Persatuan KG KU.

Dalam kehidupannya lebih 10 tahun kebelakangan ini beliau telah abadikan hidupnya secara aktif untuk memperjuang dan membantu nasib insan-insan golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam kategori B40 terutama dikalangan mereka yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal.

Secara peribadi, kami, team MobotFlexi, sangat mengagumi beliau kerana beliau sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran namun jiwanya sentiasa basah merah menyala untuk membantu orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ada kalanya beliau turun naik jabatan dan agensi, berulang alik bertemu ketua kampung dan daerah semata-mata untuk bantu insan lain dapat bantuan sara hidup malah pihak University Malaya pernah mengiktiraf usaha-usahanya yang berterusan itu.

Falsafahnya simple.

Untuk menikmati hidup yang bermakna, kita harus selalu menolong orang lain dan ini menjadi pendorong kepada team kami di Aidaq untuk lebih tabah membantu insan lain yang memerlukan.

Pertemuan kali ini adalah untuk membincangkan bagaimana kami boleh bekerjasama mendapatkan biaya kepada OKU dan warga emas yang perlukan mobotflexi.

Sebagai seorang yang berkerusi roda, Mr Gobi sangat memahami keperluan mereka yang ada masalah pergerakan fizikal terutama bagi yang tiada ahli keluarga atau pembantu.

Penggunaan mobotflexi ini dapat mengurangkan kebergantungan insan OKU dan warga emas kepada ahli keluarga atau orang sekeliling cuma memang bukan semua mereka yang mahukan mobotflexi ini sesuai menggunakan mobotflexi dalam aktiviti harian mereka sebab itu kami jemput mereka datang ke premis kami di Aidaq Medan Mara untuk mencuba Mobotflexi ini dulu sebelum membuat keputusan membelinya.

Berbincanglah dengan Mobot Advisor kami dahulu supaya kami dapat bantu keperluan anda.

Bagi yang perlukan bantuan, kami dah sediakan 10 cara bayaran yang dapat memudahkan anda memiliki Mobotflexi hari ini.

#Mobotflexi, teman setiamu.


Wednesday, December 18, 2019

INFO : SENI CANTUM TAMPAL

Seni cantum tampal pemangkin terapi pemulihan pesakit


CHERAS: Aktiviti kraf seni sebahagian daripada terapi mengekalkan keseimbangan emosi dalam kalangan pesakit yang sedang menjalani proses pemulihan dan penyembuhan.
Menyedari perlunya aktiviti berkaitan, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) mengambil inisiatif menganjurkan program terapi seni ekspresi menerusi kraf cantum tampal (patchwork) diterjemahkan pada karya “The Biggest Expressive Art Patchwork”
Pesakit, kakitangan hospital termasuk barisan pakar, doktor dan jururawat berpeluang menzahirkan kreativiti menghasilkan cantuman kain perca serta lukisan sepanjang 4.83 x 2.69 meter persegi, turut direkodkan dalam Malaysia Books of Record.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata seni ini diharap menjadi terapi terbaik ketika pesakit menjalani proses pemulihan selain rawatan biasa.
Beliau berkata, walaupun aktiviti sedemikian masih baharu di negara ini, namun dipercayai berupaya merawat, memulih dan memberi keseimbangan emosi pesakit.
“Pelbagai kempen kesedaran kesihatan dan kaunseling diadakan sempena bulan Kaunseling Kebangsaan bulan ini. Inisiatif ini sebahagian usaha memberi nilai ditambah kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan.
“Ini membolehkan pesakit dan kakitangan mengambil bahagian menghasilkan seni kraf kreatif. Program berupaya menangani masalah gangguan emosi ketika menjalani rawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancaran The Biggest Art Patchwork, anjuran “Pasukan Gerakan Kerja Patient As a Partner”, di sini.
Hadir sama, Pengarah Hospital Rehabilitisi Cheras, Dr Roslan Johari Datuk Mohd Ghazali dan Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM), Dr Yusniza Mohd Yusof.
Seni terapi ekspresi sudah diperkenalkan di Pusat Rehabilitasi Hospital Cheras sejak 2013 manakala karya “ The Biggest Exressive Art Patchwork” dihasilkan Mei tahun ini.
Terapi berkenaan membantu memulihkan semangat, menenangkan emosi serta menjadi medium meluahkan perasaan terutama ketika tertekan disebabkan penyakit seperti strok ataupun trauma kesan akibat kehilangan anggota disebabkan kemalangan.
Kamaruddin berkata, hampir 80 peratus karya dihasilkan pesakit di hospital berkenaan dan selebihnya diilhamkan kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya.
“Seni kraf ini mempunyai nilai yang tinggi kerana dihasilkan ketika pesakit menjalani rawatan pemulihan, selain mempunyai elemen membantu proses penyembuhan.
“Karya dihasilkan menerusi kerjasama erat antara pesakit, doktor dan kakitangan hospital dalam membantu memulihkan keadaan pesakit menerusi aktiviti santai,” katanya.
Sementara itu, Dr Roslan, berkata pesakit menjadikan lukisan sebagai terapi meluahkan keresahan dan motivasi meneruskan hidup setelah hampir putus asa disebabkan penyakit selain kehilangan fungsi anggota tubuh atau menghidap strok.
Beliau berkata, pihaknya mengibaratkan setiap helaian perca kain sebagai harapan, doa dan luahan emosi pesakit yang menjalani program pemulihan di sini.
“Seni ini mengandungi unsur psikologi penuh makna bagi semua pengamal psikologi dalam meneroka harapan dan menyelami perasaan pesakit,” katanya.
“Hasil seni boleh dilihat di lobi hospital dengan paparan lukisan cat air, berus, pensil, warna dan pen. Ini simbolik sokongan hospital kepada pesakit dan waris dalam menjalani proses pemulihan fizikal dan kesejahteraan mental.









MOBOTFLEXI: MAK JARANG SEKALI NAK MINTA SESUATU DARI KITA...

MAK JARANG SEKALI NAK MINTA SESUATU DARI KITA...

Mak memang jenis yang tak suka minta-minta apatah lagi nak mengadu sakit tapi kita boleh rasa ada yang tak kena bila mak dah tak macam dulu. Mak jarang nak ikut bila diajak jalan-jalan.


Rupanya mak kerap sakit lutut, selalu rasa ngilu bila banyak berjalan, katanya.

Macam-macam juga ubat dan supplement yang mak dah makan. Latest doktor cadangkan untuk cuba cara suntikan tapi mak kata nanti dululah...

------

Apa yang anak-anak beli, mak terima je.
Syukur Alhamdulillah, kata mak.
Sikap abah pun macam tu.

Tapi antara banyak-banyak yang mak ucap syukur masa terima pemberian dari anak dan menantu, mak terus tadahkan tangan ucap doa kesyukuran sambil berkaca matanya bila dapat #mobotflexi.

Terharu rasa...

Kebelakangan ini mak betul-betul perlukan sesuatu yang dapat mudahkan pergerakan dan yang boleh kurangkan sakit lutut mak.

Sejak tu kami selalu google cari sesuatu yang boleh selesaikan masalah mak. Banyak juga pembekal yang kami dah survey. Nak dapat yang betul-betul menepati kehendak dan kegunaan mak...

Setiap kali search nampak mobotflexi, baca website www.mobotflexi.com, baca testimoni pengguna Mobotflexi sekarang dan kami terus call buat temu janji untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum beli mobotflexi untuk mak.

Kalau tak silap kat farmasi pun ada jual mobotflexi ni tapi tak dapatlah diskaun 24%.

Yang penting bila beli barangan premium ni, service after sales dan alat ganti mesti mudah diperolehi. So kami decide ke lokasi pembekal dulu di Medan #Mara di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur sebelum beli.

Alhamdulillah, pilihan kami tepat.

Mak nampak suka dan selesa bila guna mobotflexi.

Masa kami bagi tau mak, mak terus cakap senanglah mak nak ke surau, kedai dekat rumah dan ziarah jiran tetangga...

Yang paling win mak kata senanglah kalau mak nak buat umrah nanti! (ooo... Baru tau mak teringin nak pi umrah...)

Kini, kalau nak belikan sesuatu untuk mak, pilihan kami adalah sesuatu yang dapat meringankan kesakitan dan menyenangkan mak.
#syukur.

Moga semua anak-anak mampu berjasa selagi hayat mak abah masih ada.

Image may contain: 4 people, including Aida Aidaq, people smiling

Sunday, December 15, 2019

PRIHATIN: HIDUP UNTUK MEMBERI

Uncle Palanisamy dah bersara tapi jiwanya tak pernah bersara.

Walaupun beliau ada anak-anak berjawatan dan bekerjaya noble seperti doktor, lawyer dan engineer namun beliau tak suka berehat katanya sewaktu menyantuni saya, cik Lin dan kak Jah di Royal Ipoh Club sebelum kami berangkat balik ke KL.

"Tak bagi saya kerja, tak pa... saya mau jaga orang tua dan orang sakit! "

Nekad betul uncle ni dengan niatnya.

Beliau dan beberapa rakannya yang mengusahakan pusat jagaan warga emas dan mereka yang mengalami masalah depresi di Chemor Perak ini telah berbakti sejak berbelas tahun yang lalu.

Katanya kalau mereka sakit, kita ada doktor, jika teruk kita akan hantar ke hospital.

"Siapa yang tanggung perbelanjaan mereka disini uncle?"

"Ada yang ditanggung keluarga tapi bagi yang tak mampu kami ada dana bantuan asal boleh beri mereka kehidupan..." Tergamam saya. Zasssssss!

Semoga penghuni warga emas yang mengalami masalah pergerakan fizikal akan kembali ceria bila mereka berpeluang menggunakan mobotflexi nanti.

Jauh di sudut hati saya sangat kagum dipertemukan dengan insan-insan hebat ini. Sesungguhnya ada sesuatu Yang Allah nak didik jiwa saya.

Mobotflexi - ease your life.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

INFO: MAKANAN TERBAIK UNTUK MINDA

Otak kita, aset kita.
Jom lihat 11 makanan berikut beserta khasiatnya.
.
p/s: Coretan ini diambil dari artikel yang dikongsi di bawah
Klik untuk baca sepenuhnya https://neuroversiti.com/11-makanan-terbaik-untuk-otak/

Image may contain: 1 person, smiling

Thursday, December 12, 2019

MOBOTFLEXI: PENGAJARAN

Bila kita tidak tahu atau kurang mahir, usah sesekali cuba baiki terutama yang melibatkan arus elektrik.

Kisah seorang makenik yang cuba modified mobotflexi, katanya nak bagi power, berakhir dengan seluruh rangkaian pesawat hangat mobotflexi ni jem.
Tak boleh berfungsi langsung.


Sudahnya kena bawa mengadap Technical Advisor (TA) Alauddin sehingga ada alat (asalnya tak rosak pun) perlu diganti dan wayer yang tersalah pasang tu perlu dibaik pulih.

Walaupun sekadar bateri 48V katanya tak akan meletup tapi kena faham #mobotflexi ini adalah pengganti wheelchair, kegunaannya adalah untuk mereka yang ada masalah pergerakan fizikal (atau mungkin ada 2, 3 jenis penyakit dalaman lain yang menyukarkan pergerakan).

Kita tak boleh mengandaikan mereka ini sentiasa stabil jadi penggunaan alat bantuan mestilah sentiasa dalam keadaan yang betul, baik dan selamat. Kena lebih berhati-hati.

Never take risk on other people's life.

Demi keselamatan, mereka sangat bergantung kepada kepakaran kita, jadi jangan ambil mudah bila waktu nak baik pulih atau nak tukar alat ganti terutama yang melibatkan controller, motor, structure, bateri dan adapter - mesti hubungi team Aidaq@mobotflexi semula untuk khidmat bantuan.

Kami akan bantu semak kerosakan awal samada melalui call, wasap atau video dan tunjukkan cara baik pulihnya.

Jika tak boleh, kami akan buatkan appointment dengan TA untuk buat pemeriksaan rapi.

Jika perlu, kami akan nasihat mengikut keperluan semasa pengguna, ada juga kes isu mudah kami syorkan pengguna dapatkan alat aksesori di MR DIY je untuk jimat kos.

Yang lain seperti lampu, tayar, brake dan benda lain yang bukan major boleh je pergi ke kedai basikal atau kedai motor berhampiran kerana mereka memang biasa membaikpulih bahagian ini kerana fungsi asas nya tak jauh beza dengan Mobotflexi.

#Mobotflexi ease your life.


Image may contain: one or more people, people sitting, motorcycle and outdoor

Sunday, December 8, 2019

MOBOTFLEXI: RAKAN MOBOTFLEXI DIPERLUKAN

DENGAN FEEDBACK YANG SUNGGUH POSITIF RAKAN MOBOTFLEXI DIPERLUKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA.
============================================================
.
.
.
Bagi membantu mereka yang yang sukar berjalan, kami perlu memperhebahkan maklumat dengan lebih meluas lagi. Jadi memerlukan mereka yang ingin bersama membantu untuk menyampaikan maklumat berkenaan mobotflexi sebagai RAKAN MOBOTFLEXI.
.
.
Adakah anda berminat untuk join kamimudah sahaja sila tinggalkan no telefon untuk team kami hubungi.
.
.
Atau tekan terus link wasap dan kami terus berikan info.

Saturday, December 7, 2019

INFO : SAMPOI JE UBAT ORANG DULU-DULU..

SAMPOI JE UBAT ORANG DULU-DULU..

Masa Cik Lin merayap cari kitab terjemahan yang warna warni kat pameran booth MPH di Medan Mara minggu lepas, Cik Lin nampak buku ni.

Bila Cik Lin belek-belek memang banyak khasiat barang dapur yang kita ni terlepas pandang rupanya, jimat dan selamat, jika diamalkan dengan betul boleh bantu pulihkan tahap kesihatan kita.

Contohnya khasiat bawang putih jika diamalkan seulas sehari selama 12 minggu mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Mungkin penyakit macam Cik Lin ni payahlah nak baik sepenuhnya dengan ubat tradisi tapi ia pasti dapat redakan tahap kesakitan bila radang sakit tu mengganas. Ada masanya tu sampai tak tahu nak makan ubat apa lagi dah..

-------

Paling tidak, amalan orang dulu-dulu ni kalau diamalkan pasti dapat menggelakkan penyakit lain yang mungkin sedang beratur nak singgah kat tubuh badan cik Lin ni.

InsyaAllah nanti Cik Lin kongsikan sikit sebanyak info dari buku - ubat dari dapur ni ye, moga bermanfaat.

Terima kasih kepada Dr #SuriRoowi yang membukukan khazanah alami ini untuk kita semua.

Image may contain: 1 person

Friday, December 6, 2019

MOBOTFLEXI: KALAU BOLEH MUDAHKAN INSAN TERSAYANG, ITULAH YANG SAYA AKAN LAKUKAN

Tn Hj Fadil,
Mobotflexi ini boleh digunakan dalam dan luar bangunan cuma ia bukanlah lasak macam basikal atau motosikal.
Nama pun alternatif kepada wheelchair dan digunakan pula untuk pengguna yang memang mempunyai masalah pergerakan fizikal.
Memang kena lebih berhati-hati supaya apa sahaja alat bantuan yang digunakan tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna moga dengan menggunakan mobotflexi rasa sakit kalian akan reda dan penggunaan ubat tahan sakit juga dapat dikurangkan.

Jaga hati dan jagalah buah pinggang.

Salam maghrib dari pengusaha lotion Aura Tungku yang dapat meredakan sakit saraf dan otot.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting

Thursday, December 5, 2019

INFO: SUPERFOOD UNTUK MINDA WANITA

Kita bertanggungjawab mengembalikan keceriaan hidup kita sendiri.

Klik untuk baca sepenuhnya https://neuroversiti.com/3-superfood-untuk-otak-perempuan/


Image may contain: 1 person, smiling, text

CIK LIN : AKTIVITI RUTIN

Berulang alik ke hospital PPUM ni dah jadi sebahagian dari hidup Cik Lin sejak 4 tahun lalu. Kira dah macam rumah kedualah PPUM ni...
Bila kita diuji dengan cabaran berat yang menghilangkan upaya pergerakan kita, kita kena lebih banyak bersyukur dengan apa yang masih ada terutama alatan yang boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada orang lain.
Kadang-kadang boleh down dibuatnya tapi menyalahkan takdir, mencari salah orang lain, mengalah dengan keadaan dan merungut bukan jalan terbaik untuk teruskan kehidupan.
Setahun cik Lin gunakan mobotflexi sebelum berani berkongsi manfaat mobotflexi kepada orang lain.
Team cik Lin setuju untuk kami pasarkan secara terbuka supaya ramai yang boleh dapat manfaat mobotflexi ini.
Dalam masa yang sama semua dalam team Mobotflexi@Aidaq iaitu para Mobot Advisor turut dibimbing selok belok penggunaan dan penjagaan termasuk hal-hal penyelenggaraan mobotflexi ini maklumlah kami bukan orang teknikal tapi kami berusaha untuk membantu dan meringankan masalah pengguna Mobotflexi.
Walau bagaimana pun Technical Advisor (TA) Alauddin akan sentiasa memantau usaha kami ketika membantu pengguna Mobotflexi cuma bagi kes yang banyak teknikal, kami kena serahkan kepada TA Alauddin untuk selesaikan kerana ia melibatkan ciri-ciri keselamatan.
In sya Allah pertengahan tahun depan kami akan melatih beberapa kedai motor dan basikal bagi menyediakan servis Mobotflexi ini.
Cuma kami sangat berharap agar mereka akan lebih prihatin untuk buat servis mobotflexi ini.
Ia memerlukan jiwa sensitif kerana ia adalah untuk kegunaan orang sakit/uzur dan bukannya untuk lasak atau merempit jadi tak boleh ambil mudah. Bila tak boleh diselesaikan kena serahkan semula kepada TA pakar.
P/s : Mobotflexi ini bukan alat lasak seperti motor atau basikal, ia hanya pembantu yang bertujuan memudahkan mereka yang ada masalah pergerakan fizikal seperti sakit lutut, sakit saraf, selepas pembedahan, warga emas, OKU dan yang seangkatan dengannya.
Misi kami adalah berusaha membantu mereka yang memerlukan untuk kembali berdikari dan kurangkan hidup bergantung kepada orang lain. Itu sahaja.

Image may contain: 1 person, indoor

Wednesday, December 4, 2019

MOBOT FLEXI : APA YANG BUAT CIK LIN SENYUM TU.. ?

Alhamdulillah.

Hari ni, Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin di PPUM.

Beberapa hari yang lepas, Cik Lin sempat berbual dengan seorang doktor di PPUM.

Sepanjang perbualan, Cik Lin nampak keprihatinan beliau terhadap diri Cik Lin dan pesakit seperti Cik Lin.

Kalau semua doktor prihatin macam Doktor Devi ni memang semua pesakit akan senyum manjang macam Cik Lin walaupun sakit tak pernah hilang.

Syukur dikelilingi insan yang prihatin - Cik Lin Selamat.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting



Tuesday, December 3, 2019

MOBOTFLEXI: GIVE UP IS NOT AN OPTION!



Statement ini terpakai kepada semua yang pernah diuji dengan cabaran ganas dalam kehidupan.
.
Hari ini izikan kami share sesuatu yang gembira. Bukan kami je happy tapi yang pasti kebanyakan bakal pelanggan #Mobotflexi pun akan happy sama.
.
1. 'MOBOTFLEXI' kini dah berstatus 'R' bukan lagi 'TM'. Prosesnya hampir setahun setengah dan amat mencabar kerana ia melibatkan beberapa buah negara.
.
2. In sya Allah minggu depan mobotflexi dah boleh didapati secara ansuran serendah RM290.00 sebulan dan kami masih mengekalkan semua kelebihan yang diperolehi oleh mereka yang membeli secara tunai. Mudah-mudahan ramai lagi akan dapat manfaat mobotflexi ini.
.
3. Training Center kami di Smart Biz Solution Lot 3.30B Tingkat 2 Medan #Mara, Kuala Lumpur kini mula beroperasi.
.
Sejak showroom cum center of learning kami dibuka kepada orang luar, secara tidak langsung strategi marketing kami telah memberi tempias rezeki kepada jiran penyewa @ Persatuan Penyewa Medan Mara yang menjual pelbagai produk dan servis antaranya pakaian, makanan, produk untuk kucing kesayangan, urutan refleksiologi, spa, perkhidmatan renewal roadtax dan insuran, juru audit, tax dan akaun.
.
Tunggu pengumuman kami selanjutnya ye.
.
Share ni dulu, doakan esok lusa ada berita gembira lagi ye bukan sahaja untuk team kami tapi untuk seluruh warga OKU dan warga emas yang sangat-sangat mengharap untuk memiliki Mobotflexi.
.
Moga ada khabar gembira juga untuk kalian yang tak putus-putus menyuntik semangat dan mendoakan kejayaan kami selama ini.
.
Syukur Alhamdulillah.
.
Walau bisnes kami kecil namun kami bangkit untuk memberi seribu manfaat.
Mobot Advisor Cik Lin - 019 386 6889

Image may contain: 1 person, sitting


INFO: HIPERTENSI & BUAH PINGGANG

Sahabat,

Berikan perhatian khusus kepada kesihatanmu. Usah abaikan diri walaupun kau sibuk sampai lupa dunia. Jika jatuh sakit yang mudah dipulihkan, tak mengapa tapi andai di sapa angin akhmar (stroke) ia bukan suatu yang mudah untuk dilalui. Tempoh pemulihannya juga akan mengambil masa yang panjang atau mungkin juga kosnya boleh membebankan poket dan keluarga.

Pesanan ikhlas dari : Team Mobotflexi@Aidaq

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Antara komplikasi yang popular adalah kegagalan buah pinggang. Selain itu, Hipertensi juga menjadi tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.
Bagaimana untuk mengekalkan Tekanan darah pada tahap optima:
  1. Kurangkan berat badan jika anda di paras terlebih berat badan/Obesiti (BMI - Body Mass Index) 
  2. Diet yang sihat - kurangkan GARAM
  3. Kekal aktif - mulakan bersenam 
  4. Belajar tangani STRESS (Tekanan)

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Dan jangan lupa BERHENTI MEROKOK. Berlipat ganda risiko jika anda merokok.
JADI, BILA KALI TERAKHIR ANDA MEMERIKSA TEKANAN DARAH ANDA?
Gambar sumber: Malaysian Society of Hypertension & Ministry of Health
No photo description available.