Thursday, March 26, 2020

INFO : Benarkah pesakit Diabetes yang tidak mengawal paras gula amat berisiko tinggi di Covid ini?

Kes kematian akibat #Covid-19 semakin hari semakin meningkat.
---------------

Lebih menyedihkan apabila ia melibatkan mereka yang berlatarbelakang penyakit kronik.
Benarkah pesakit Diabetes yang tidak mengawal paras gula amat berisiko tinggi di Covid ini?



Ketahui tips yang boleh anda lakukan:
Jumaat, 27 Mac 2020
3.30PM
FB Group Hidup Bahagia Tanpa Diabetes
http://bit.ly/hidupbahagiatanpadiabetes
#EskayvieCareForYou
#HidupBahagiaTanpaDiabetes

MOBOTFLEXI : STAY AT HOME


Wednesday, March 11, 2020

MOBOTFLEXI : LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Back to Basic.
-----------------------------------------------

Dalam kekalutan wabak covid-19, 9 perkara ini perlu diberi perhatian :


1. Sentiasa cuci tangan sebaiknya dengan sabun atau gunakan sanitizing wipes tissue.
2. Spray tombol / pemegang pintu dengan bahan nyahkuman.
3. Guna penutup mulut bila berada diluar.
4. Amalkan minum air suam dengan perahan lemon, boleh letakkan sedikit madu.
5. Bila badan rada dedor, batuk, sakit tekak, selsema segera ke klinik atau hospital. Lebih baik kita tahu tahap kesihatan kita sekarang dari menderita kemudian.
6. Jika kita dinasihatkan / dikuarantin usah ambil kesempatan pi shopping pula. Stay je kat rumah. Minimakan tetamu. Hargai kesihatan orang lain kerana mungkin antibodi mereka lebih lemah dari antibodi kita.
7. Cuba elak dari berada ditempat yang sesak dengan orang ramai. Kita tak pasti sejarah kesihatan orang sebelah yang tidak kita kenali dalam kesesakan itu.
8. Sentiasa kekalkan berwuduk. Cuci bersih semua make-up sebelum berwuduk. Ini mudahkan kita solat bila masuk waktu solat (hikmah).
9. Sentiasa berdoa agar kita, keluarga, saudara, jiran, rakan, pelanggan, pembekal, orang atasan, orang bawahan dan semua yang terlibat dengan kita dilindungi Allah dari segala musibah yang lebih teruk.


Cik Lin harap kepada yang kurang sihat segeralah dapatkan rawatan dan pastikan makan ubat dengan teratur ye.



#pencegahancovid19
#sihat
#Mobotflexi
#Wheelchair

Monday, March 9, 2020

Thursday, March 5, 2020

MOBOTFLEXI : KITA SEDANG DI UJI.

Ketika ini seluruh dunia sedang diuji dengan wabak penyakit berjangkit dan berbahaya Covid-19.

Semakin hari semakin meningkat statistik penghidapnya, yang dah dikata sembuh pun kembali mengalami simptom mudhorat berganda sehingga amat sukar mengawalnya.

Sahabat sentiasalah berhati-hati, ambil berat keadaan kesihatan sendiri dan ahli keluarga kita setiap masa.

Jika ada tanda-tanda yang membimbangkan sila segera ke klinik /hospital berdekatan.

Nyatakan dengan jujur jika kalian baru pulang dari percutian usah ambil mudah perkara begini, mungkin kejujuran kalian boleh bantu kurangkan risiko anda dan orang lain.

Amalkan doa ini setiap pagi pagi dan petang termasuk di semua tempat yang ramai orang.
Semoga kita dilindungi Allah swt dari segala musibah. Aamiin.


Tuesday, March 3, 2020

MOBOTFLEXI : PERKARA YANG SELALU PENGGUNA MOBOTFLEXI TERLEPAS PANDANG.

Antara perkara yang kami selalu ingatkan pengguna adalah untuk jaga tahap angin tayar belakang.

Pastikan angin tayar mencukupi sebelum menggunakan mobotflexi ye. 45psi.

Boleh pam di kedai/bengkel motor atau basikal. Kalau nak mudah boleh beli pam auto di kedai DIY atau di online store.

Jika angin berkurangan, berat pengguna dan muatan pula berlebihan maka ia akan memberi beban kepada motor didalam tayar hadapan dan ini boleh menjadi punca kerosakan pada motor.

Macam kereta juga, jika kita biarkan tayar kurang angin, penggunaan petrol juga akan bertambah. Ini merugikan kita untuk jangka panjang.

Walaupun mobotflexi ini tak gunakan petrol tapi jika berlaku kerosakan ia boleh menyusahkan dan mengganggu aktiviti harian.

Memandangkan mobotflexi direka untuk mudahkan pengguna dan jarang bermasalah maka kami hanya menyediakan pusat servis dan alatganti di Aidaq@mobotflexi Medan Mara Kuala Lumpur sahaja.


P/s : Jika mobotflexi tuan puan mengalami masalah dan perlukan alatganti, sila berhubung terus ke 0123589034 - Cik Ain / 0133004764 - En Alauddin untuk bantuan atau temujanji.


Team Mobotflexi sentiasa prihatin dengan keperluan pengguna.

Monday, March 2, 2020

INFO : TIP KESIHATAN SEMASA JEREBU

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yg terbakar.
Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yg terancam.

JANGAN lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel.
Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yg lebih merbahaya.


Oleh Prof. Dr Norhisham Wahab.


Sayangi keluarga anda. #Mobotflexi

Image result for kelapa limau nipis

(Sumber gambar : Internet)









MOBOTFLEXI : TAK CUKUP BUDGET!

"MACAM MANA NAK DAPATKAN MOBOTFLEXI NI? MAKCIK TAK CUKUP BUDGET!"

---------------

Sekarang, pembelian Mobotflexi boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut bagi memudahkan makcik/pakcik dapatkan mobotflexi ni.

10 CARA MUDAH UNTUK MEMILIKI MOBOTFLEXI :

  1. TUNAI
  2. DEBIT/KREDIT/ONLINE
  3. AKAUN 2 KWSP
  4. PERKESO
  5. BAITULMAL
  6. PUSAT ZAKAT SELANGOR
  7. AEON CREDIT
  8. GOLDBAR PUBLIC GOLD
  9. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  10. KOPERASI BUMIRA MARA

MOBOTFLEXI : BAGAIMANA MOBOTFLEXI MUDAHKAN KEHIDUPAN?

Mobot Flexi 

Adalah gabungan eScooter & wheelchair (2 in 1).

Boleh digunakan dalam dan di luar:

  1. Rumah oleh mereka yang ada masalah pergerakan fizikal,
  2. Urusan di hospital, 
  3. Beriadah di taman, 
  4. Ke surau, 
  5. Mengerjakan umrah, 
  6. Dalam kawasan kolej, 
  7. Dalam kawasan pejabat, 
  8. Dalam kawasan pasaraya,
  9. Semasa bercuti.

Ia tidak selalu perlukan pembantu (seperti wheelchair) dan ini beri mereka keyakinan diri untuk kembali berdikari dan ceria semula.

INFO - THROWBACK - HARI KOMUNITI JKM WPKL


Image may contain: text

Hari ni di Desa Rejang KL diadakan hari informasi kepada penduduk setempat.
Antara booth yang menarik perhatian saya adalah booth sukarelawan keselamatan.


Ramai yang tak tahu rupanya kita boleh berdaftar secara online ke portal Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk maklumkan jenayah setempat, kes penderaan, buli, pencabulan, kemalangan, pecah rumah, keselamatan ibu apa yang tua / OKU / warga emas yang tinggal sendirian atau jika kita nak meninggalkan kediaman elok dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dengan berdaftar sebagai VSP member, kita boleh hantarkan gambar atau video jenayah terus ke pihak polis. Anggota polis akan membuat rondaan dan siasatan ke tempat kejadiaan dengan lebih kerap.

Identiti ahli VSP tidak akan didedahkan, jadi usah bimbang untuk membantu pihak polis membenteras jenayah.
Mungkin dengan cara ini, kita mampu menyelamatkan nyawa.

Hargai keselamatan & kesihatan - Team #Mobotflexi.

INFO : BERHENTI SEBELUM KENA MUSIBAH.



Ada beberapa pengguna Mobotflexi yang kerap berkongsi pengalaman menggunakan produk supplement yang mereka ambil ketika kami berbual-bual sementara menunggu dokumen mereka disediakan. Dokumen ni berguna untuk tujuan claim dari pihak pembiaya mahupun untuk tujuan mendapatkan pengecualian cukai dari LHDN nanti. Antara produk supplement kesihatan yang pernah diambil adalah produk dalam sharing Public Health Malaysia ini. Terkedu bila baca laporan ini tadi.
Semoga Allah pelihara dan selamatkan setiap pengguna Mobotflexi dan semua yang pernah menggunakan produk ini dan dijauhkan dari segala musibah.
Team #Mobot prihatin.
No photo description available.

MOBOTFLEXI : BERDIKARI


Image may contain: one or more people and indoor
Antara perkara paling best adalah bila Cik Lin dapat uruskan hal-hal peribadi seperti nak keluarkan duit gaji dari mesin ATM tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Kalau dulu kena tunggu masa orang lain untuk bantu cik Lin bergerak sehingga adakalanya rasa bosan amat dengan situasi diri yang dah tak boleh berdikari seperti dulu. Bila dapat guna mobotflexi ini cik Lin rasa macam dapat sebuah kehidupan baru semula. Orang yang tak pernah sakit macam cik Lin memang tak akan faham sengsaranya jiwa bila kita terpaksa bergantung kepada masa orang lain sedangkan semua benda tu kita dah biasa buat sendiri. Gais... Jagalah kesihatan sebaiknya. Kita tak tahu masa bila penyakit akan menyerang. Macam cik Lin, elok je dari sihat boleh berlari kini cik Lin perlu bermobotflexi, itu pun nasib ada mobotflexi tak lah cik Lin perlu hidup dibelenggu kerusi roda seumur hidup. Harga RM6,535.00 ni bukanlah nilai yang boleh menggantikan kesihatan cik Lin tapi sekurang-kurangnya cik Lin tak perlu merisikokan anggota tubuh badan cik Lin yang lain setiap kali cik Lin bergerak. Sejak disahkan mengidap slip disc dan severe rhumethoid arthritis, cik Lin terpaksa menanggung sakit dari leher hingga ke hujung kaki. Sakit sangat... Hanya Allah sahaja yang tahu dugaannya. Paling tidak, bila guna mobotflexi setiap kali nak ke mana-mana, Cik Lin masih mampu bertahan dengan ubat yang sedia ada sahaja tanpa menambah dos pain killer setiap kali sakit mengganggu pergerakan cik Lin.


Ini prinsip Cik Lin - Life has to go on... with or without medical solution, I will survive!

#Mobotflexi, make me live again!