Sunday, June 11, 2017

Escooter Mobot Flexi


Escooter ini memberi faedah kepada setiap peringkat kehidupan masyarakat dan didatangkan dengan 3 roda dan ia lebih stabil dan selesa kerana mudah dikendalikan walaupun di laluan yang agak sempit. 
.
Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan escooter ini , mereka tidak akan merasa kekok kerana ia sangat mudah diurus semada di jalan yang lurus atau berbukit. Kelajuannya juga mudah dikawal menggunakan 'throttling system'.
.
Escooter ini juga mempunyai kemudahan mengundur supaya pengguna tidak perlu turun darinya atau membuat pusing 'U' apabila hendak mengundurkan escooter ini.
.
Dari segi sifat mudah alihnya, escooter ini boleh dilipat, diangkat dan mempunyai bar leselamatan yang teguh. ia juga boleh ditarik seperti troli dan dalam keadaan tertentu ia juga boleh digunakan sebagai troley untuk mengangkat beg atau kotak. 
.
Pengguna juga boleh memilih untuk menyimpannya di dalam but kereta atau bilik stor mereka - ia hanya memerlukan ruang yang minimum.
.
Escooter Mobot Flexi mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 25 km / jam*. 
.
Ia juga menggunakan kuasa bateri Samsun Li-ion 12Ah yang membolehkan escooter ini melakukan perjalanan sehingga jarak max 30 - 35km *. 
.
Manakala beban maksimum escooter ini ialah 120kg dan skuter mempunyai berat bersih 20kg. Mobot Flexi juga datang dengan tanda keselamatan yang disediakan oleh Spring Singapura yang menjamin keselesaan dan ketenangan ketika menggendalikan escooter ini.
.
* Jumlah jarak dan kelajuan max adalah subjek kepada keadaan rupa bumi.

No comments:

Post a Comment