Showing posts with label #mobotflexi #portablescooter #easeyourlife#kembalikankecerianbersamakeluarga. Show all posts
Showing posts with label #mobotflexi #portablescooter #easeyourlife#kembalikankecerianbersamakeluarga. Show all posts

Tuesday, April 14, 2020

MOBOT FLEXI: Siapa jer yang sesuai guna Mobotflexi ni?

Siapa jer yang sesuai guna Mobotflexi ni?

Kanak2 boleh (Terma & Syarat) 
Dewasa pun boleh 
Orang Muda boleh 

Yang berusia pun boleh 
.
Apapun.. kita memang sarankan sangat untuk mereka seperti yang tersenarai dalam gambar tu. Lagipun fungsi2 mobot ni memang khas untuk membantu mengurangkan kesakitan serta memudahkan pergerakan bagi yang memerlukan.
.
Buat yang ada masalah kesihatan atau kad OKU tu.. boleh usahakan untuk pembiayaan dari JKM, Baitulmal & Pejabat Zakat. Boleh juga buat pembayaran melalui akaun 2 KWSP.
.
Kami di Mobot Malaysia ada 10 CARA BAYARAN untuk membantu anda. Hubungi Mobot advisor kami untuk maklumat lanjut
.

Saturday, December 28, 2019

MOBOTFLEXI: DEMI MEREKA

DEMI MEREKA YANG SENASIB DENGAN CIK LIN.

Hari ni Cik Lin ke TNB uruskan hal-hal premis baru mobotflexi.

Cik Lin dan team Aidaq nak bagi bakal-bakal pengguna Mobotflexi selesa ketika berurusan dengan kami tapi tulah banyak pulak cabarannya.

Dari ramai orang yang menunggu di kaunter sampai lengang dah, urusan cik Lin masih juga belum selesai.

Moga apa yang cik Lin lalui ini dapat memberi manfaat lah kepada orang lain selepas cik Lin.

#Mobotflexi always with me!

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Wednesday, December 25, 2019

MOBOTFLEXI: TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.

MOBOTFLEXI NI UMPAMA TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.


----------------
Minggu ni ada beberapa pengguna Mobotflexi menghantar mobotflexi mereka dengan beberapa isu.

Kelebihan mereka yang beli Mobotflexi dari team Mobotflexi @Aidaq adalah kerana kami berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Bukannya di luar negara!

Kalau ada masalah pun, mudah je nak dapatkan bantuan servis atau alatganti. Tak perlu tunggu lama dan pastinya jimat kos.

Biasanya bila pelanggan menghubungi team kami, kami akan cuba troubleshoot melalui telefon, wasap, video dulu.

Kalau tak boleh DIY juga, barulah kami suruh mereka hantar ke centre kami di Medan Mara.

Antara masalah yang kerap dihadapi adalah : Dalam kurungan ada jawapan ().
1. "Bila pulas throttle tak berapa nak pergi mobotflexi ni..."
✔️ Cuba check 2 tayar belakang, bila last pam angin 45psi?
✔️ Kalau angin kurang, motor mobotflexi ni terpaksa menarik berat beban badan dan barang menyebabkan throttle ni walaupun dipulas habis masih tak berapa boleh nak pergi.
✔️ Jadi kena pastikan tayar belakang cukup angin sebelum menggunakan Mobotflexi ini.
2. "Bateri penuh tapi tak boleh jalan. Tak ada power langsung... "
✔️ Check button kat bateri tu. Button tu di set ke 'O' atau 'I' ? Masa nak caj atau guna bateri pasti ia di set ke 'I' sahaja.
3. "Dah caj tapi berlaku trip pulak!"
✔️ Mesti caj bateri menggunakan wayer dan adapter yang kami bekalkan sahaja.
✔️ Jangan caj terus ke plug di dinding rumah sebab arus elektrik rumah adalah 240V sedangkan bateri Mobotflexi hanya 48V sahaja.
✔️ Penggunaan adapter akan 'step down power' rumah kediaman ke 48V.
✔️ Jangan guna wayer komputer atau wayer Rice cooker Walaupun ia nampak sama tapi tak serupa!

-------------------
Tolonglah beringat!
-------------------

Bayangkan kalau beli dari overseas, mau haru dibuatnya ...

nak kena post ke kilang kemudian tunggu berbulan baru dapat balik device dan kos pula boleh jadi berganda.

Silap hari bulan niat nak beli murah tapi kos lain-lain ni pula yang merugikan.

#mobotflexi prihatin

Wednesday, December 18, 2019

MOBOTFLEXI: MAK JARANG SEKALI NAK MINTA SESUATU DARI KITA...

MAK JARANG SEKALI NAK MINTA SESUATU DARI KITA...

Mak memang jenis yang tak suka minta-minta apatah lagi nak mengadu sakit tapi kita boleh rasa ada yang tak kena bila mak dah tak macam dulu. Mak jarang nak ikut bila diajak jalan-jalan.


Rupanya mak kerap sakit lutut, selalu rasa ngilu bila banyak berjalan, katanya.

Macam-macam juga ubat dan supplement yang mak dah makan. Latest doktor cadangkan untuk cuba cara suntikan tapi mak kata nanti dululah...

------

Apa yang anak-anak beli, mak terima je.
Syukur Alhamdulillah, kata mak.
Sikap abah pun macam tu.

Tapi antara banyak-banyak yang mak ucap syukur masa terima pemberian dari anak dan menantu, mak terus tadahkan tangan ucap doa kesyukuran sambil berkaca matanya bila dapat #mobotflexi.

Terharu rasa...

Kebelakangan ini mak betul-betul perlukan sesuatu yang dapat mudahkan pergerakan dan yang boleh kurangkan sakit lutut mak.

Sejak tu kami selalu google cari sesuatu yang boleh selesaikan masalah mak. Banyak juga pembekal yang kami dah survey. Nak dapat yang betul-betul menepati kehendak dan kegunaan mak...

Setiap kali search nampak mobotflexi, baca website www.mobotflexi.com, baca testimoni pengguna Mobotflexi sekarang dan kami terus call buat temu janji untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum beli mobotflexi untuk mak.

Kalau tak silap kat farmasi pun ada jual mobotflexi ni tapi tak dapatlah diskaun 24%.

Yang penting bila beli barangan premium ni, service after sales dan alat ganti mesti mudah diperolehi. So kami decide ke lokasi pembekal dulu di Medan #Mara di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur sebelum beli.

Alhamdulillah, pilihan kami tepat.

Mak nampak suka dan selesa bila guna mobotflexi.

Masa kami bagi tau mak, mak terus cakap senanglah mak nak ke surau, kedai dekat rumah dan ziarah jiran tetangga...

Yang paling win mak kata senanglah kalau mak nak buat umrah nanti! (ooo... Baru tau mak teringin nak pi umrah...)

Kini, kalau nak belikan sesuatu untuk mak, pilihan kami adalah sesuatu yang dapat meringankan kesakitan dan menyenangkan mak.
#syukur.

Moga semua anak-anak mampu berjasa selagi hayat mak abah masih ada.

Image may contain: 4 people, including Aida Aidaq, people smiling

Thursday, November 7, 2019

MOBOTFLEXI: DOA BUAT ANAK-ANAK SYURGA

Hari ni En Dzul suami isteri datang ke Aidaq @mobotflexi Medan Mara untuk cuba sendiri mobotflexi, sebelum ni beliau hanya dengar tentang mudahnya kawan maknya guna ke sana ke mari dan bila maknya selesa mereka terus buat keputusan beli seunit mobotflexi.

Lepas diskaun 24% dan dapat pelbagai aksesori berguna, Mobotflexi ni masih murah berbanding dengan kos rawatan hospital mak sebelum ini, katanya.

"Mak memang dah lama sakit lutut, dah inject gel pun tapi sakit tu datang juga. Nak operate bimbang pula dengan risiko lain yang mungkin ada since mak dah cecah 73 tahun ni..." begitulah prihatinnya pasangan ini kepada ibu mereka.

"Actually nak beli motorised wheelchair untuk mak tapi mak kata kawannya makcik Naemah yang dah guna mobotflexi ni jauh lebih mudah, ada tempat letak barang dan tak nampak macam orang sakit sangat, mak bukan tak boleh jalan langsung..."

#Kelebihan mobotflexi ni :
1. Boleh dilipat dan di masukkan dalam bonet kereta sekecil axia.
2. Ada bakul dan carrier depan belakang, mudah nak bawa barang masa beli barang dapur atau nak pi mengaji di surau.
3. Berat idealnya sekitar 2 kampit beras, masih consider tak terlalu berat untuk pembantu / grabber yang nak tolong angkat.
5. Bateri pun tak perlu dicaj setiap hari. Full bateri boleh digunakan sehingga 30km / 16jam perjalanan tapi tak kan nak guna berterusan pulak kan!
6. Boleh digunakan dalam hospital, shopping mall, airport, Kawasan kejiranan beriadah, pendek kata semua tempat Wheelchair boleh pergi mobotflexi ni pun boleh sampai.
7. Ada gear reverse. Motorsikal pun tak ada gear reverse.
8. Mobotflexi ini stabil. Didatangkan dengan 3 tayar besar dan 4 tayar pengimbang (kecil) tak mudah terbalik atau terjongket.

P/s : Jemput tuan puan datang ke Medan Mara untuk mencuba sendiri mobotflexi ini. Boleh call atau wasap ke 0126169034 untuk temujanji.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Friday, October 25, 2019

MOBOTFLEXI : TITIK SYUKUR.

TITIK SYUKUR.

Apa perasaan anda bila suami balik bawa hadiah?

Hadiahnya sebuah mobotflexi!

Sewaktu tuan Osman singgah ke Najwa farmasi di Medan Mara, beliau nak belikan supplement harian isterinya tapi beliau ternampak salah satu bunting di farmasi milik Puan Hasiah di Medan Mara tentang mobotflexi.

Beliau segera scroll handhone ditangan.

"Eh,eh.. kat sini pun ada jual benda ni ye? Dah lama wife saya cari" Sambil menunjukkan gambar mobotflexi, gabungan escooter wheelchair kepada Pn Hasiah.

"Ada tuan, tuan boleh cuba dulu, saya boleh bawa tuan ke center kami di tingkat 1" sambil Pn Hasiah menunjukkan jalan ke lokasi premis prinsipal di #Aidaq Medan Medan Mara.

Setelah diberi penerangan dan tuan Osman mencuba sendiri Mobotflexi dan beliau yakin ini dapat memudahkan pergerakan isterinya yang mengalami masalah lutut, beliau minta kami sediakan seunit mobotflexi untuk dibawa pulang.

Proses pembelian pun memang mudah sebab kami juga menerima bayaran melalui kad kredit dan bagi yang berminat nak menggunakan duit KWSP dari akaun 2 juga tak ada masalah.

Semoga lebih ramai lagi suami-suami diluar sana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah asbab memberi perhatian dan kasih sayang luar biasa kepada isteri mereka terutama disaat si isteri sudah tidak secergas dulu.

Selepas diskaun 24%, Mobotflexi (gabungan escooter dan wheelchair) ini hanya RM6,535.00, harga yang masih boleh dimiliki berbanding motorised Wheelchair yang berharga sekitar RM7K ke RM14K.

Moga mereka suami isteri dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah, Aamiin.

#Mobotflexi mengembalikan kecerian keluarga.

Saturday, August 3, 2019

TIPS : NAK LEBIH SIHAT, SEGAR DAN CANTIK BILA BANGUN PAGI?

Cuba 7 tips ni.


1) MINUM SEGELAS LEMON

Air lemon boleh diamalkan menggantikan air masak yang mengekalkan hidrasi apabila diminum sebelum tidur. Amalkan setiap hari untuk kulit anjal berseri² setiap kali bangun pagi.

2) MANDI

Mandi sebelum tidur menjadikan badan bersih & selesa.
Tidur akan jadi lebih lena & nyenyak. Tidur yang berkualiti akan menjadikan kita lebih bertenaga bila bangun esok!

3) BERUS GIGI

Banyak kajian mengatakan, tidur tanpa menggosok gigi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah. Gosoklah, tidur pun akan jadi lebih selesa. 

4) TIDUR SECUKUPNYA

7 hingga 8 jam adalah masa tidur yang cukup. Tapi yang lebih penting sebenarnya ialah waktu tidur yang betul.
Pastikan kita tidur pada 11 malam hingga 3 pagi, itu pun sudah memadai.

5) CUCI SOLEKAN

Tidur dengan solekan boleh menyebabkan jerawat, gatal², kedutan & garisan halus. So, kena cuci muka dengan bersih sebelum tidur, barulah bangun nanti lebih segar & cantik.

6) SAPU PELEMBAP

Sapu losyen seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak sempat sangat, cukuplah pakai pelembap muka & krim mata.
Tak pakai pelembap sebelum tidur boleh buat jadi kering, berkedut & ada garis² halus.

7) MEDITASI/MUHASABAH DIRI

Ini yang paling penting. Buang semua perasaan negatif, minta maaf & memaafkan sebelum tidur.
Lakukan juga zikir & doa sebelum tidur. Jiwa yang tenang akan menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun pagi nanti.
Jom mulakan sekarang untuk wajah cantik berseri² di pagi hari nanti.

Friday, March 1, 2019

MOBOTFLEXI : TERIMA KASIH

TERIMA KASIH.

Terima kasih kepada semua yang berusaha dan telah menyokong usaha kami terutama kepada Doktor Pakar rehab, para terapis PPUM dan SOCSO yang sentiasa membantu semua pesakit dan pengguna Mobotflexi.

Bantuan kalian amat bermakna dalam memulihkan semangat para pesakit. Semoga Allah ganjarkan dengan sebanyak-banyak ganjaran pahala asbab profession kalian yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada agensi, pihak pembiaya dan penaja yang telah membantu dan memudahkan pengguna memiliki Mobotflexi.

Yang pasti usaha kalian serta staf yang terlibat sangat kami hargai kerana dengan bantuan itu, ia telah mengembalikan semangat yang hilang dalam diri pengguna untuk bangkit melawan ujian kesakitan yang mereka deritai.

Team Mobotflexi.


#Mobotflexi mengurangi kos perubatanmu.



MOBOTFLEXI : KHABAR BAIK


KHABAR BAIK !

1 lagi kelulusan bagi pemohon Mobotflexi melalui Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Usah fikir berapa harga mobotflexi ini tapi fikirkan berapa nilainya anggota tubuh ini jika terus-terusan menanggung kesakitan.

P/s : Semua pemohon ke #JKM, #baitulmal, Pusat #Zakat negeri layak dapat 24% diskaun dari harga pasaran (RM8,599) di farmasi berdekatan.

Tuesday, February 26, 2019

MOBOTFLEXI : TUA

TUA

Semua orang pasti akan rasai usia tua bila sampai masa tapi untuk rasa tua sebelum masanya jarang sekali berlaku.
Pengalaman ini dirasai oleh anak muda ini di karnival warga emas anjuran JKM dan Perbadanan Putrajaya menggunakan peralatan yang dicipta khas dalam projek kajian penuaan warganegara anjuran UPM baru-baru ini.
Semoga pengalaman ini memberi keinsafan dan bantulah warga tua di sekeliling anda untuk kembali berdiri dengan mengesyorkan mereka supaya menggunakan mobotflexi.


#minimakankesakitan

Thursday, February 21, 2019

MOBOTFLEXI : KAMI MAHU MEREKA SENYUM & SENTIASA RASA DIHARGAI





Kami mahu mereka senyum dan sentiasa rasa dihargai.

Karnival pagi tadi berakhir dengan rasa lega sangat bila usaha team AIDAQ mensejahterakan warga emas kini diberi perhatian serius oleh pihak berwajib dan pihak perubatan.
Kepada warga emas khususnya pemegang kad OKU, peluang untuk menggunakan mobotflexi dalam aktiviti harian lebih cerah sekarang.
Permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Sabah dan Sarawak boleh dibuat secara terus tanpa perlu orang tengah.
Anda hanya perlu isi borang, lengkapkan syarat dan berikan justifikasi paling optima untuk gunakan mobotflexi dalam aktiviti harian seperti ke hospital, bekerja, membeli belah di pasar raya dan sebagainya tanpa perlu selalu bergantung kepada pembantu.
Selain itu, pihak Baitulmal juga menyediakan pembiayaan penuh kepada asnaf dan pemohon mobotflexi yang layak. Dalam tempoh 10 bulan lepas, 5 pemohon asnaf telah berjaya mendapat dan menggunakan mobotflexi masing-masing.

- ACTUALLY KEPADA YANG MEMERLUKAN, ADA BANYAK CARA UNTUK DAPATKAN MOBOTFLEXI INI DARI CARA TUNAI HINGGALAH KE CARA DIBIAYAI PENUH OLEH PIHAK BERWAJIB - kesungguhan anda menentukan segalanya.

- KESIHATAN ITU JAUH LEBIH MAHAL DARI APA YANG PERNAH KITA PERNAH MILIKI 
#mobotflexi dan #JKM mensejahterakan.

Friday, February 15, 2019

MOBOTFLEXI : SEMPOI JE ATUK NI!

SAMPOI JE ATUK NI!

"Ni macam basikal atuk zaman dulu cuma basikal atuk dulu guna kat luar rumah je tapi yang ini boleh bawa masuk dalam rumah, atuk suka! Nah ambil ni, atuk nak beli, ada bagi diskaun kan..?" Terkesima Mobot Advisor Syafa melihat gelagat atuk.
Semua Mobot Advisor AIDAQ telah dilatih untuk beri penerangan lengkap dulu sebelum menjual Mobotflexi. Kami tak ambil mudah macam jual basikal atau jual scooter kepada mereka yang memerlukan Mobotflexi.
Pesan prinsipal, jujurlah ketika berhadapan dengan pelanggan terangkan dengan jelas manfaat mobotflexi, spesifikasi, cara penggunaan dan penjagaan, harga, diskaun, alat ganti, servis, warranty, insuran kemalangan diri, aksesori termasuk kelemahannnya dan segala macam benda yang pelanggan patut tahu sebelum mereka invest sejumlah wang untuk beli Mobotflexi sebab bukan semua pelanggan sesuai guna Mobotflexi walaupun mereka mampu beli Mobotflexi ini.

Ada ke bakal pelanggan yang tak layak guna Mobotflexi?
Jawapannya : ADA.
Kategori yang macam mana tak sesuai guna Mobotflexi ni?

1. Pengidap parkinson

2. Lumpuh seluruh badan

3. Mental disorder

4. Masalah pinggang lembik / tak boleh tegak

5. Masalah penglihatan dan buta


Selain di atas setakat ini tak ada masalah.

Atuk ni mengalami masalah sakit lutut dan bila sakitnya menyerang atuk tak boleh banyak berjalan. Sakitnya... Tuhan saja yang tahu.
"Lutut atuk akan kurang sakit kalau kurang berjalan tapi atuk ni suka berjalan." Luah atuk sambil pegang lututnya yang mungkin tengah sakit sebelum beredar meninggalkan Mobot Advisor Syafa dan Mobot Advisor Ain di pintu AIDAQ .
P/S : Pakai t-shirt pagoda je atuk ni datang membeli belah kerana dia tahu

#Mobotflexi ni boleh menyelesaikan masalah.
http://www.wasap.my/60126169034 - Mobot Advisor

Tuesday, February 12, 2019

MOBOTFLEXI: TERIMA KASIH PUAN FAUZIAH ATAS PEMBELIAN MOBOTFLEXI


SAAT DIPERLUKAN.

Sokongan yang paling diperlukan adalah sokongan dari ahli keluarga bila seseorang itu disahkan berhadapan dengan ujian kesihatan.

Dan ... untuk anda, team Mobotflexi akan sentiasa ada untuk jadi sebahagian dari keluarga yang memudahkan pergerakan anda.

Datanglah ke AIDAQ dan bawalah pulang seunit Mobotflexi hari ini - 012-6169034

MOBOTFLEXI : NILAI SIHAT TUBUH BADAN TIADA TANDINGANNYA

Bila kita berpeluang untuk nikmati keamanan, usahakan lah supaya kita sentiasa saling menjaga keharmonian.
Bila kita berpeluang untuk beriadah, usahakanlah walau hanya beberapa minit. Tak boleh pergi tempat yang canggih, pi lah kat tasik berdekatan
Hari ni saya temui tasik Taman Danau Kota, hanya beberapa minit dari LRT Wangsa Maju. Sesuai untuk seisi keluarga menghabiskan pagi hujung minggu.
Yang masih boleh berjalan, jom berjalan
Yang tak larat dah nak jalan akibat sakit sakit lutut ke sendi atau semput, naik je Mobotflexi
Yang penting riadah tetap riadah
Sedut udara segar, lagi pun percuma je udara Allah ni tapi sangat mahal harganya bila kita dah tak mampu nak menyedut udara akibat penyakit.


Hargai kesihatan.

Friday, February 8, 2019


JAGA 10 PERKARA INI.

Salah satu yang mudah untuk kita mulakan.

Ayuh kita ziarah saudara dan sahabat kita terutama mereka yang dulu selalu bersama kita cuma kini mereka sedang diuji kesakitan makanya kehadiran kita pasti menggembirakan.
Tak dapat ziarah, call, wasap atau kirimkan salam selalu kepada mereka kerana malaikat pun akan selalu doakan kesejahteraan buat kita dan mereka andai ini sedekah jariah kita untuk mereka.

klik link dibawah untuk video

Wednesday, February 6, 2019

MOBOTFLEXI: PERLUKAN ESCOOTER WHEELCHAIR YANG MUDAH LIPAT DAN MESRA PESAWAT PENERBANGAN?

PERLUKAN ESCOOTER WHEELCHAIR YANG MUDAH LIPAT DAN MESRA PESAWAT PENERBANGAN?

Jika anda seorang yang kerap bertugas ke luar negara atau melancung tetapi menghadapi masalah berdiri dan berjalan untuk jangka masa yang panjang, penggunaan skuter mobiliti adalah salah satu cadangan yang cool untuk dipertimbangkan, mudahkan pergerakan sambil kurangkan tekanan ke atas anggota fizikal anda yang sakit.
-------------------
Untuk dapatkan sebuah skuter mobiliti, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian.
Antaranya adalah jenis dan kapasiti bateri yang digunakan, sifat mudahalih, stabil, berat, saiz dan rangka yang digunakan supaya anda boleh kendalikannya dengan mudah walaupun tanpa pembantu.

Anda pasti mahukan sesuatu yang mudah diurus sendiri dengan berat ideal yang minima sekitar 20kg – 25kg dengan kelajuan sehingga 25km/j yang boleh di kawal dan perjalanan per cas sekitar 15km – 30km, bateri 48V, boleh menaiki ramp dan mudah untuk membuat pusingan diruangan yang sempit.

Actually anda juga perlu pertimbangkan khidmat dan servis selepas jualan oleh pembekal anda termasuk jaminan selain bantuan online jika skuter mobiliti anda menghadapi masalah ketika di luar negara.

Macam kereta juga, ia perlu di servis, ditukar alatganti bila tiba masanya atau mungkin juga anda mahu minta pandangan dari Mobot Advisor kami yang terlatih supaya anda lebih tenang sepanjang perjalanan atau percutian nanti.

Jadi untuk anda yang kerap menaiki pesawat, kami syorkan anda untuk memiliki mobotflexi (2in1) escooter wheelchair kerana ramai pengguna Mobotflexi sangat enjoy melancung dan bertugas di negara orang malah ketika beribadah di tanah suci juga sangat mudah dengan mobotflexi.
------------------
Anda perlukan maklumat lanjut untuk tempahan? Hubungi/wasap Mobot Advisor kami di http://www.wasap.my/60126169034/MobotC dan dapatkan tawaran diskaun istimewa dan hadiah menarik bagi 5 unit Mobotflexi terhad bulan ini.

P/S : Rujuk ruangan komen untuk syarat membawa mobotflexi dalam pesawat penerbangan.

P/S : Mobotflexi ini dibekalkan oleh AIDAQ Services Corp. Sdn Bhd (632488-V) Medan #Mara, Kuala Lumpur untuk mudahkan mereka kembali berdikari walaupun kini mereka mengalami masalah pergerakan fizikal.


Image may contain: text

Thursday, January 31, 2019


NAK LEBIH SIHAT, SEGAR DAN CANTIK BILA BANGUN PAGI?

Cuba 7 tips ni.

1) MINUM SEGELAS LEMON

Air lemon boleh diamalkan menggantikan air masak yang mengekalkan hidrasi apabila diminum sebelum tidur. Amalkan setiap hari untuk kulit anjal berseri² setiap kali bangun pagi.

2) MANDI

Mandi sebelum tidur menjadikan badan bersih & selesa.

Tidur akan jadi lebih lena & nyenyak. Tidur yang berkualiti akan menjadikan kita lebih bertenaga bila bangun esok!

3) BERUS GIGI

Banyak kajian mengatakan, tidur tanpa menggosok gigi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah. Gosoklah, tidur pun akan jadi lebih selesa. ☺

4) TIDUR SECUKUPNYA

7 hingga 8 jam adalah masa tidur yang cukup. Tapi yang lebih penting sebenarnya ialah waktu tidur yang betul.

Pastikan kita tidur pada 11 malam hingga 3 pagi, itu pun sudah memadai.

5) CUCI SOLEKAN

Tidur dengan solekan boleh menyebabkan jerawat, gatal², kedutan & garisan halus. So, kena cuci muka dengan bersih sebelum tidur, barulah bangun nanti lebih segar & cantik.

6) SAPU PELEMBAP

Sapu losyen seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak sempat sangat, cukuplah pakai pelembap muka & krim mata.

Tak pakai pelembap sebelum tidur boleh buat jadi kering, berkedut & ada garis² halus.

7) MEDITASI/MUHASABAH DIRI

Ini yang paling penting. Buang semua perasaan negatif, minta maaf & memaafkan sebelum tidur.

Lakukan juga zikir & doa sebelum tidur. Jiwa yang tenang akan menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun pagi nanti.

Jom mulakan sekarang untuk wajah cantik berseri² di pagi hari nanti.

Monday, January 28, 2019

MOBOTFLEXI : TIPS


SIMPAN/MENGANGKUT MOBOTFLEXI DALAM KENDERAAN.
.
Mobotflexi ini beratnya 20kg sahaja, lebih kurang berat 2 kampit beras (kalau dibawa travel tak dikenakan caj pun) manakala berat bateri pula 4.6kg.
.

Nak tahu macam mana nak masukkan mobotflexi ini ke dalam kereta, klik video dibawah ye. Semoga panduan ini membantu kerana dengan cara ini berat mobotflexi ini hanya tinggal lebih kurang 10kg sahaja.
.
Mobotflexi ini tak perlu diangkat dan tak perlukan ruang yang besar atau ramp untuk dibawa dalam kereta.
.
Cuba perhatikan video di bawah, bersama mobotflexi ini, pemandu masih boleh membawa 2 lagi penumpang dewasa dengan selesa ke destinasi mereka.
.
#mobotflexi menggembirakan. Jom balik kampung!

Thursday, January 24, 2019

MOBOTFLEXI: CARA MENGUNA DAN MENJAGA MOBOTFLEXI !

Dah ada Mobotflexi ni kenalah jaga dengan baik ye.

Ia umpama sahabat karib anda, umpama anggota kaki yang dulunya sangat pantas bergerak ke sana ke mari tapi disebabkan penyakit atau kemalangan, pergerakan anda dah terbatas makanya Mobotflexilah jadi pengganti.
--------------
1. Pastikan juga angin untuk tayar belakang sentiasa mencukupi terutama jika berat pengguna melebihi 80kg supaya motornya tak perlu menarik beban yang berlebihan setiap kali anda mahu menggunakan mobotflexi.

Pam kedua-dua belah tayar belakang sekitar 40-45 psi sahaja.

Nak pam macam mana?
Pergilah ke kedai basikal, kedai motor atau ke petrol station. Pam angin tayar Mobotflexi ni kat situ. Tak boleh buat sendiri, mintalah bantuan bangla atau petugas di situ. Mereka pasti akan membantu dengan senyuman.

Kalau nak lebih senang, beli pam kat kedai Mr DIY atau beli online di go shop atau wow shop. Jangan shopping benda lain pulak ye!

2. Bersihkan celah-celah brake dari kekotoran seperti habuk, batu kecil, tanah dan sebagainya dengan berus gigi yang tak digunakan lagi. Senang nak adjust di ruangan kecil. Kekotoran ini boleh menjejaskan Mobotflexi semasa membrake.

3. Bersihkan Mobotflexi ini dengan kain/span lembab. Jangan simbah dengan air dan pastikan bateri sentiasa dalam jagaan kering.

Nak lebih banyak tips penjagaan Mobotflexi? 
Hubungi mobot advisor anda di 012-616 9034

MOBOTFLEXI : SIAPA PENGGUNANYA?


Jujurnya, bukan semua orang sesuai guna Mobotflexi.