Saturday, June 10, 2017

Rindunya nak pi shopping sendiri!

Dah agak lama tak pi shopping mall sendiri.

Nak pergi sendiri memang agak payah kerana kekangan pergerakan yang ada.
Bila ada yang dapat luangkan masa bawa saya ke mall barulah dapat peluang ke mall membeli belah.

Itupun tak boleh nak beli banyak barang, mana tidaknya kalau dah beli nanti nak jimbit pun saya tak mampu. Nak sangkut beg plastik kat kerusi roda, senget pulak lah kerusi roda ni nanti, silap haribulan boleh terbalik di buatnya!
Masa kat mall tu saya terjumpa Datin ni menggunakan escooter. Nampak mudah sangat. Dia boleh bergerak sendiri tanpa perlu disorong oleh suaminya.
Masa tu saya pun terfikir nak guna escooter juga cuma tak tahu nak beli kat mana. Saya beranikan diri bertanya, Alhamdulillah responnya sangat membantu. Banyak jugalah tips yang diberinya kalau saya nak beli escooter ni.
Antara pesannya :
--------------------------
1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak dijalan yang ada ban.
2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ram PPUM.
3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang ni.
4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh dan tak seimbang.
Beliau ada 2 unit, satu dibeli di Taiwan dan 1 lagi dibeli di Penang (syarikat Penang ni yang import dari China) cuma harganya ya ampunnnnn....
Tapi bila difikir kebaikannya, harga tu jatuh no 2 compared dengan kepayahan menggunakan kerusi roda tambahan pula saya perlu bergantung dengan kehadiran orang lain untuk menyorong kerusi roda saya.
Saya tak mahu dihujung usia saya menjadi beban kepada orang disekeliling saya. saya mahu berdikari.

Kesakitan bukan alasan untuk merintih dan mereput lama.
Cik Lin Ruslina Selamat
Survivor

No comments:

Post a Comment