Sunday, June 11, 2017

Misi pencarian eScooter Mobot

Bila cik lin tahu yang cik lin perlu teruskan kehidupan dengan kesakitan ini selamanya macam yang Dr Anwar tu kata, cik lin perlu fikirkan sesuatu.


Yelah hidup mesti diteruskan. Macamana pun kena juga cari jalan untuk mudahkan segala pergerakan harian. Masa ni cik lin teringat kat Datin yang guna escooter mobot tu yang cik lin temui di AEON Setiawangsa.


Pesannya pun cik lin masih ingat maklumlah dia berpesan dari pengalaman dan dia tak mahu cik lin rugi jika tersilap pilih eScooter ni tambahan pula harganya agak premium. Cik lin pulak dah bersara, jadi perbelanjaan mesti dikawal rapi.

Antara pesanan pentingnya yang cik lin ingat adalah :

1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak dijalan yang ada ban.
2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ramp PPUM.
3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang ni.
4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh di lengan dan kurang seimbang.
Setelah mencuba beberapa jenama eScooter di Kuala Lumpur, Selangor dan Penang, cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot Flexi dengan mengambilkira semua pesanan Datin tu.

eScooter mobot ni mudah di
urus dan boleh dilipat-lipat untuk masuk dalam bonet kereta Iriz cik lin yang comel tu. Nak tarik jadikan tempat letak barang pun ok jugak. 





Sekarang cik lin dah boleh urus pergerakan sendiri, kalau tak ada pembantu pun InshaAllah cik lin boleh bawa mobot ke hospital atau pi shopping sendiri.

Enjoy!
Terlupa seketika yang cik lin ni sakit sebab seronok naik mobot ni tambahan pula bila orang bertanya cik lin rasa happy nak share kisah cik lin yang dah gunakan mobot. mungkin juga orang lain akan rasa happy macam cik lin walaupun sentiasa pada level kesakitan yang maksimum.

No comments:

Post a Comment