Wednesday, December 6, 2017

Yakin.

Cik lin yakin semua ini Allah jadikan ada hikmah di sebaliknya walaupun dah lebih kurang 3 minggu Cik Lin kurang sihat, ada rasa sakit sangat di bahagian belakang, pinggang dan lutut.

Setiap kali berjalan cik lin rasa nak menitiskan air mata,  kalau boleh cik lin nak baring je tapi apa akan jadi dengan kehidupan ini kalau cik lin pilih untuk baring, menangis dan meratap nasib sahaja?

Hidup mesti diteruskan.
Cik lin mesti kuat semangat dan kuatkan diri untuk melakukan hal rutin seperti ke hospital, pasaraya dan urusan peribadi yang lain.

Allah maha mengetahui tahap keupayaan cik lin, dihantarnya saudara dan kawan yang memahami. Di wujudkannya orang yang mencipta #MobotFlexi untuk mudahkan pergerakan orang yang bermasalah seperti cik lin. Syukur.

Cik lin bersyukur sangat, kehidupan ini masih ada ertinya.