Monday, June 12, 2017

Kelebihan eScooter Mobot

Cik lin dah jenguk dan cuba beberapa produk sebelum cik lin beli eScooter mobot ni.

Ada yang tayar 4 kecil, nampak macam stabil tapi ada beberapa kelemahannya. Disebabkan tayarnya yang agak kecil jadi cik lin kena adjust beberapa kali kalau nak naik ramp atau melepasi bonggol di jalan raya.

Kurang selesa sebab macam nak jatuh je. Kaki kanan cik lin ni tak berapa kuat, jadi mudah sangat tergelecek.... bimbang buat asbab penyakit lain pulak yang muncul.

Masa cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot ni cik lin terus ingat akan pesanan Datin :

1. Beli yang 3 roda besar, roda kecil ni payah nak keluar masuk lif atau bergerak di jalan yang ada ban.

2. manakala roda 4 menyukarkan untuk lalu di laluan sempit seperti di ramp PPUM antara food court dan Menara Utama dan Menara Selatan.

3. escooter ni lebih stabil berbanding yang lain terutama di bahagian tiang pemegang tempat duduknya. Ini sangat penting untuk kami yang mengalami sakit tulang belakang dan bersaiz besar badan ni.

Cik lin rasa tak berapa nak yakin dengan pemegang tempat duduk jenama lain, maklumlah tiangnya sebatang je, kot kot lah terlepas klip tentu tersungkur pulak cik lin nanti..huhuhu...

4. Cari yang handlenya panjang sikit. Kalau pendek, kita akan mudah lenguh di lengan dan kurang seimbang.

Jadi akhirnya cik lin buat keputusan untuk memiliki eScooter mobot Flexi dengan mengambilkira semua pesanan Datin tu.


eScooter mobot ni mudah diurus dan boleh dilipat-lipat untuk masuk dalam bonet kereta Iriz cik lin yang comel tu. Nak tarik jadikan tempat letak barang pun ok jugak.

Yang penting, ketika cik lin guna mobot ni tak rasa macam orang sakit berbading dengan duduk di kerusi roda dulu.


Pssstt... ada yang nak cuba eScooter mobot ni ke? Komen kat bawah yea.








No comments:

Post a Comment