Showing posts with label #prihatin. Show all posts
Showing posts with label #prihatin. Show all posts

Thursday, May 20, 2021

DOA: Pelindung diri dari penyakit bahaya

 Assalamualaikum sahabat,


Latin:
"ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA 
MINAL BARASHI WAL JUNUUNI 
WAL JUDZAAMI WA MIN SAYYI -IL ASQOOMI"

Maksud:
"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta, dan penyakit-penyakiy yang buruk."

Sumber:
https://www.wattpad.com/749309639-kumpulan-doa-doa-mohon-dilindungi-dari-penyakit
https://www.youtube.com/watch?v=4t5EV3ymsck

Monday, April 13, 2020

MOBOT FLEXI: SERIUSLA!!

Betullah tu kalau kena caranya bayaran untuk mobot flexi ni tak sampai RM300 pun sebulan (tertakluk terma & syarat)
.
Ramai yang berminat sebenarnya nak miliki mobot flexi ni.. sama ada untuk kegunaan sendiri atau nak hadiahkan buat ibu ayah tercinta. Tapi ramai yang nak tanya harga pun tak berani.
.
Kami di Mobot Malaysia ada 10 CARA BAYARAN untuk membantu anda. Hubungi Mobot advisor kami untuk maklumat lanjut
www.wasap.my/60124648694/MF
.

#mobotfleximalaysia
#mobotmesraceria
#beriadahbersamaibuayah



Sunday, April 12, 2020

DOA: Urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Latinnya:
Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qouli

Artinya:
“Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka bisa mengerti perkataanku.”


Credit:
https://sholehuddin.com/doa-agar-dimudahkan-segala-urusan-oleh-allah swt/#Doa_Agar_Dimudahkan_Urusan_Oleh_ALLAH_SWT

ALERT! #STAYATHOME #HAPUSCOVID19


Thursday, March 26, 2020

INFO : Benarkah pesakit Diabetes yang tidak mengawal paras gula amat berisiko tinggi di Covid ini?

Kes kematian akibat #Covid-19 semakin hari semakin meningkat.
---------------

Lebih menyedihkan apabila ia melibatkan mereka yang berlatarbelakang penyakit kronik.
Benarkah pesakit Diabetes yang tidak mengawal paras gula amat berisiko tinggi di Covid ini?



Ketahui tips yang boleh anda lakukan:
Jumaat, 27 Mac 2020
3.30PM
FB Group Hidup Bahagia Tanpa Diabetes
http://bit.ly/hidupbahagiatanpadiabetes
#EskayvieCareForYou
#HidupBahagiaTanpaDiabetes

MOBOTFLEXI : STAY AT HOME


Wednesday, March 11, 2020

MOBOTFLEXI : LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Back to Basic.
-----------------------------------------------

Dalam kekalutan wabak covid-19, 9 perkara ini perlu diberi perhatian :


1. Sentiasa cuci tangan sebaiknya dengan sabun atau gunakan sanitizing wipes tissue.
2. Spray tombol / pemegang pintu dengan bahan nyahkuman.
3. Guna penutup mulut bila berada diluar.
4. Amalkan minum air suam dengan perahan lemon, boleh letakkan sedikit madu.
5. Bila badan rada dedor, batuk, sakit tekak, selsema segera ke klinik atau hospital. Lebih baik kita tahu tahap kesihatan kita sekarang dari menderita kemudian.
6. Jika kita dinasihatkan / dikuarantin usah ambil kesempatan pi shopping pula. Stay je kat rumah. Minimakan tetamu. Hargai kesihatan orang lain kerana mungkin antibodi mereka lebih lemah dari antibodi kita.
7. Cuba elak dari berada ditempat yang sesak dengan orang ramai. Kita tak pasti sejarah kesihatan orang sebelah yang tidak kita kenali dalam kesesakan itu.
8. Sentiasa kekalkan berwuduk. Cuci bersih semua make-up sebelum berwuduk. Ini mudahkan kita solat bila masuk waktu solat (hikmah).
9. Sentiasa berdoa agar kita, keluarga, saudara, jiran, rakan, pelanggan, pembekal, orang atasan, orang bawahan dan semua yang terlibat dengan kita dilindungi Allah dari segala musibah yang lebih teruk.


Cik Lin harap kepada yang kurang sihat segeralah dapatkan rawatan dan pastikan makan ubat dengan teratur ye.



#pencegahancovid19
#sihat
#Mobotflexi
#Wheelchair

Monday, March 9, 2020

MOBOTFLEXI : SEMANGAT GIGIH UNTUK KEMBALI PULIH!

Semoga mobotflexi ini sentiasa dapat membantu memudahkan pergerakan dan urusan Mr Chong.


Life has to go on.

Thursday, March 5, 2020

MOBOTFLEXI : KITA SEDANG DI UJI.

Ketika ini seluruh dunia sedang diuji dengan wabak penyakit berjangkit dan berbahaya Covid-19.

Semakin hari semakin meningkat statistik penghidapnya, yang dah dikata sembuh pun kembali mengalami simptom mudhorat berganda sehingga amat sukar mengawalnya.

Sahabat sentiasalah berhati-hati, ambil berat keadaan kesihatan sendiri dan ahli keluarga kita setiap masa.

Jika ada tanda-tanda yang membimbangkan sila segera ke klinik /hospital berdekatan.

Nyatakan dengan jujur jika kalian baru pulang dari percutian usah ambil mudah perkara begini, mungkin kejujuran kalian boleh bantu kurangkan risiko anda dan orang lain.

Amalkan doa ini setiap pagi pagi dan petang termasuk di semua tempat yang ramai orang.
Semoga kita dilindungi Allah swt dari segala musibah. Aamiin.


Tuesday, March 3, 2020

MOBOTFLEXI : PERKARA YANG SELALU PENGGUNA MOBOTFLEXI TERLEPAS PANDANG.

Antara perkara yang kami selalu ingatkan pengguna adalah untuk jaga tahap angin tayar belakang.

Pastikan angin tayar mencukupi sebelum menggunakan mobotflexi ye. 45psi.

Boleh pam di kedai/bengkel motor atau basikal. Kalau nak mudah boleh beli pam auto di kedai DIY atau di online store.

Jika angin berkurangan, berat pengguna dan muatan pula berlebihan maka ia akan memberi beban kepada motor didalam tayar hadapan dan ini boleh menjadi punca kerosakan pada motor.

Macam kereta juga, jika kita biarkan tayar kurang angin, penggunaan petrol juga akan bertambah. Ini merugikan kita untuk jangka panjang.

Walaupun mobotflexi ini tak gunakan petrol tapi jika berlaku kerosakan ia boleh menyusahkan dan mengganggu aktiviti harian.

Memandangkan mobotflexi direka untuk mudahkan pengguna dan jarang bermasalah maka kami hanya menyediakan pusat servis dan alatganti di Aidaq@mobotflexi Medan Mara Kuala Lumpur sahaja.


P/s : Jika mobotflexi tuan puan mengalami masalah dan perlukan alatganti, sila berhubung terus ke 0123589034 - Cik Ain / 0133004764 - En Alauddin untuk bantuan atau temujanji.


Team Mobotflexi sentiasa prihatin dengan keperluan pengguna.

Monday, March 2, 2020

INFO : TIP KESIHATAN SEMASA JEREBU

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yg terbakar.
Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yg terancam.

JANGAN lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel.
Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yg lebih merbahaya.


Oleh Prof. Dr Norhisham Wahab.


Sayangi keluarga anda. #Mobotflexi

Image result for kelapa limau nipis

(Sumber gambar : Internet)









MOBOTFLEXI : TAK CUKUP BUDGET!

"MACAM MANA NAK DAPATKAN MOBOTFLEXI NI? MAKCIK TAK CUKUP BUDGET!"

---------------

Sekarang, pembelian Mobotflexi boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut bagi memudahkan makcik/pakcik dapatkan mobotflexi ni.

10 CARA MUDAH UNTUK MEMILIKI MOBOTFLEXI :

  1. TUNAI
  2. DEBIT/KREDIT/ONLINE
  3. AKAUN 2 KWSP
  4. PERKESO
  5. BAITULMAL
  6. PUSAT ZAKAT SELANGOR
  7. AEON CREDIT
  8. GOLDBAR PUBLIC GOLD
  9. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
  10. KOPERASI BUMIRA MARA

MOBOTFLEXI : BAGAIMANA MOBOTFLEXI MUDAHKAN KEHIDUPAN?

Mobot Flexi 

Adalah gabungan eScooter & wheelchair (2 in 1).

Boleh digunakan dalam dan di luar:

  1. Rumah oleh mereka yang ada masalah pergerakan fizikal,
  2. Urusan di hospital, 
  3. Beriadah di taman, 
  4. Ke surau, 
  5. Mengerjakan umrah, 
  6. Dalam kawasan kolej, 
  7. Dalam kawasan pejabat, 
  8. Dalam kawasan pasaraya,
  9. Semasa bercuti.

Ia tidak selalu perlukan pembantu (seperti wheelchair) dan ini beri mereka keyakinan diri untuk kembali berdikari dan ceria semula.

Saturday, February 29, 2020

INFO : SUKAN DI WAKTU MALAM

5 hari lalu seorang guru besar sekolah umur 38 tahun di Sabak Bernam pengsan dan meninggal di gelanggang badminton.

Semalam seorang lelaki di Gua Musang meninggal waktu bermain futsal.

Kedua2 nya berlaku ketika bersukan waktu malam dan kedua2 nya akibat cardiac arrest.

Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya.

Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction).

Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya.

Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation.

Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.

Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada.

Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti.

Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid.

Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.

Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti.

Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bolasepak atau gym.

Jika anda jarang bersukan dan tiba2 bersukan terlalu aktif atau aggresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional.

Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.

Sebab itu perlunya sesiapapun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.

Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju.

Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.

Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest.

Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan ini lah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.

Cardiac arrest juga sering menyerang dibilik air.

Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh.

Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.

Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung.

Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan.

Mulakan dari kaki utk biasakan dgn suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur2 dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa.

Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.

Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi.

Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza.

Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sblm beraktiviti. Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan.

Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan.

Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching utk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda.

Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing2 nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gym sedangkan badan ketika iti tak mampu.

Ingat, Cardiac Arrest datang tiba2. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.

Semoga bermanfaat utk semua - #Mobotflexi





Sumber gambar : Internet

Sunday, January 12, 2020

INFO: MENGENALI STROKE

MENGENALI STROKE

Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami datang bersama isterinya, dan tiba2 si isteri tersandung dan jatuh.

Si isteri bangun semula dan meyakinkan semua org bahwa dia okey , hanya tersandung kaki sendiri kerana sepatu barunya. Si isteri dan suami tetap berada di dalam majlis sehingga tamat.

Pada pagi hari berikutnya, si suami memaklumkan kepada beberapa kenalan yg turut berada di dalam majlis pada malam sebelumnya yang isterinya telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi, sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Si isteri rupanya telah diserang stroke sewaktu di majlis tersebut.

Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal.

Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan

CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE

Mengingati dan memahami maksud S - TA - R :

Para doktor menyatakan orang terdekat dengan seeorang yang dikhuatiri menghadapi serangan stroke akan dpt mengenalpasti stroke telah berlaku dgn menanyakan 3 perkara kepada yang mudah.

Ingat 3 langkah "S-TA-R" (atau BINTANG) , iaitu :

1 - *S*: SMILE
Minta mangsa utk senyum.
Kalau pipi atau bibir senget atau miring, maka ada kelumpuhan saraf. Ini adalah satu tanda gejala stroke.

2 - *TA*: TALK
Minta mangsa utk berbicara ungkapan yang singkat, contohnya: Hari ini hari Selasa atau apa saja.
Kalau nada atau 'telo' jawapannya agak pelat atau kedengaran agak asing bunyinya, ini juga satu tanda gejala stroke.

3 - *R* : RAISE BOTH ARMS
Minta mangsa untuk mengangkat kedua-dua belah tangan.
Kalau tidak mampu mengangkat tangannya, bererti ada kelumpuhan saraf. Ini juga satu tanda gejala stroke.

Jika ada salah satu gangguan yang ditemui ketika melakukan 'S-TA-R' ini, segeralah mendapatkan rawatan dan ceritakan keadaan ini kepada petugas perubatan.

Cara lain untuk mengenali stroke adalah dengan meminta si mangsa menjulurkan lidahnya.
Jika "bengkok" dan menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda gejala stroke.

Jika anda dapat mengirimkan Info ini kepada 10 orang, mungkin paling tidak satu nyawa akan dapat diselamatkan, dengan izin Allah.

Kita tidak tahu bila ahli keluarga, rakan taulan atau orang di sekeliling kita yang mungkin terkena serangan stroke suatu hari nanti.

Jadikanlah ini satu pengetahuan semoga bermanfaat bagi kita bersama.






Wednesday, January 8, 2020

MOBOTFLEXI: NEKAD!

NEKAD.

"Abang dah survey banyak model sebelum ni cuma bila bersoal jawab dengan sales person in charge mereka lebih cenderung nak menjual dari nak memahami masalah saraf yang abang alami, sangat berbeza bila akak call team Mobotflexi, mereka tak desak pun akak buat deposit tapi mereka nasihat untuk akak bawa abang cuba dulu mobotflexi ni. Katanya belum tentu mobotflexi ni sesuai dengan abang atas faktor kesihatan abang" jelas kak Liza.

Bila kami tanya apa yang mendorong beliau, suami isteri dan adiknya turun ke Kuala Lumpur dari Kemaman, Terengganu untuk mencuba Mobotflexi ini.

"Penyakit abang bukan penyakit biasa, abang ada masalah saraf yang agak kronik dan kemungkinan besar tak punya jalan sembuh, jadi semua benda mesti di buat dengan cukup teliti untuk kurangkan risiko mudhorat"
----------
Jujurnya inilah cabaran dalam bisnes yang melibatkan seseorang yang mengalami masalah pergerakan fizikal (berpunca dari apa masalah sekali pun) samada kemalangan, semula jadi atau yang dalam proses pemulihan.

Kalau kejar sales, lebih baik jual basikal atau motorsikal bukan alat bantuan sokongan perubatan 2in1 escooter wheelchair seperti mobotflexi.

Ada ramai potensi customer yang kami nasihatkan untuk gunakan #wheelchair berbanding mobotflexi kerana keadaan mereka yang kurang stabil.

Sepanjang hampir 2 tahun beroperasi, kami telah dilatih untuk tidak berkompromi dengan isu kesihatan dan keselamatan pesakit walaupun pesakit bersungguh mahu kami poskan mobotflexi ini ke kediaman mereka.

Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan semangat berdikari dan keceriaan semula kepada mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal bukan merisikokan mereka.
Kami juga mahu ringankan beban ahli keluarga yang terdekat dalam urusan penjagaan pesakit sepanjang hari.

Antara pesakit yang tidak sesuai menggunakan #Mobotflexi :
1. Penghidap parkinson
2. Mental disorder
3. Masalah pinggang yang tidak boleh duduk tetap/betul
4. Rabun/buta
5. Pesakit bed ridden/lumpuh

Selain penghidap di atas boleh datang dan cuba dulu mobotflexi ini di Medan Mara Kuala Lumpur sebelum buat keputusan nak bawa balik seunit mobotflexi.

Cuba Mobotflexi ni PERCUMA je!

Nak penerangan lanjut?
Hubungi Cik Lin di 0193866889


Sunday, January 5, 2020

INFO: KANSER

Kami sangat prihatin dengan statistik ini.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan.
...............................................................
Rakyat semakin tidak sihat.

Statistik kanser pun makin tenat.

1. Peningkatan bilangan kes baharu dalam tempoh 2012 – 2016 iaitu 115,238 kes berbanding dengan 103,507 kes bagi tempoh 2007 – 2011 dengan kadar insiden sebanyak 86 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki dan 102 kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan.
2. Peratusan yang datang dah stage 3 & 4 semakin meningkat: 58.7 % (2007-2011) ke 63.7 % (2012–2016).
Rakyat Malaysia nampaknya semakin menerajui statistik yang menyedihkan.
Tolong, please.
Jalani gaya hidup sihat.
Kurangkan risiko dapat kanser.

Saturday, December 28, 2019

MOBOTFLEXI: DEMI MEREKA

DEMI MEREKA YANG SENASIB DENGAN CIK LIN.

Hari ni Cik Lin ke TNB uruskan hal-hal premis baru mobotflexi.

Cik Lin dan team Aidaq nak bagi bakal-bakal pengguna Mobotflexi selesa ketika berurusan dengan kami tapi tulah banyak pulak cabarannya.

Dari ramai orang yang menunggu di kaunter sampai lengang dah, urusan cik Lin masih juga belum selesai.

Moga apa yang cik Lin lalui ini dapat memberi manfaat lah kepada orang lain selepas cik Lin.

#Mobotflexi always with me!

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor