Tuesday, June 13, 2017

Hidup mesti diteruskan...

Sejak status cik lin ni jadi kurang upaya fizikal, cik lin tak nafikan ada masanya sukar membohongi hati, sedih, down dan rasa rendah diri cuma cik lin tak nak ikutkan sangat perasaan yang haru biru ni.


Semalam cik lin sengaja jalan-jalan kat Tasik Titiwangsa, ambik feel macam masa cik lin sihat dulu. Actually dulu cik lin selalu main badminton di stadium Tasik Titiwangsa tu dengan kawan-kawan pejabat. 

Masa tu cik lin bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Habis je kerja kami terus beriadah. Penat bekerja hilang bila peluh mencurah-curah membasahi bumi.

Cuma sekarang cik lin dah tak boleh buat macam tu lagi, bukan je disebabkan pergerakan cik lin yang dah makin terbatas tapi sebab kawan-kawan pun dah berterabur di seluruh negara.

Ada yang ikut suami, ada yang dah balik kampong bila pencen dan tak kurang juga yang dah tak larat nak jalan sebab sakit lutut... faktor usia namun bila kami bersua selalunya terlupa sakit-sakit yang ada tu.


Seperti biasa cik lin gunakan khidmat eScooter Mobot, mudahlah cik lin nak ke sana ke mari tak payah bergantung kepada anak buah atau siapa yang available. Feel free semula.



Lepas tu cik lin ke Station LRT.

Memang pada mulanya agak kekok sebab dah banyak sangat perubahan kat station tu namun cik lin bersangka baik, semua itu adalah untuk kemudahan masa depan!



No comments:

Post a Comment