Thursday, January 31, 2019


NAK LEBIH SIHAT, SEGAR DAN CANTIK BILA BANGUN PAGI?

Cuba 7 tips ni.

1) MINUM SEGELAS LEMON

Air lemon boleh diamalkan menggantikan air masak yang mengekalkan hidrasi apabila diminum sebelum tidur. Amalkan setiap hari untuk kulit anjal berseri² setiap kali bangun pagi.

2) MANDI

Mandi sebelum tidur menjadikan badan bersih & selesa.

Tidur akan jadi lebih lena & nyenyak. Tidur yang berkualiti akan menjadikan kita lebih bertenaga bila bangun esok!

3) BERUS GIGI

Banyak kajian mengatakan, tidur tanpa menggosok gigi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah. Gosoklah, tidur pun akan jadi lebih selesa. ☺

4) TIDUR SECUKUPNYA

7 hingga 8 jam adalah masa tidur yang cukup. Tapi yang lebih penting sebenarnya ialah waktu tidur yang betul.

Pastikan kita tidur pada 11 malam hingga 3 pagi, itu pun sudah memadai.

5) CUCI SOLEKAN

Tidur dengan solekan boleh menyebabkan jerawat, gatal², kedutan & garisan halus. So, kena cuci muka dengan bersih sebelum tidur, barulah bangun nanti lebih segar & cantik.

6) SAPU PELEMBAP

Sapu losyen seluruh badan sebelum tidur. Kalau tak sempat sangat, cukuplah pakai pelembap muka & krim mata.

Tak pakai pelembap sebelum tidur boleh buat jadi kering, berkedut & ada garis² halus.

7) MEDITASI/MUHASABAH DIRI

Ini yang paling penting. Buang semua perasaan negatif, minta maaf & memaafkan sebelum tidur.

Lakukan juga zikir & doa sebelum tidur. Jiwa yang tenang akan menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun pagi nanti.

Jom mulakan sekarang untuk wajah cantik berseri² di pagi hari nanti.

No comments:

Post a Comment