Wednesday, December 25, 2019

MOBOTFLEXI: TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.

MOBOTFLEXI NI UMPAMA TEMAN SETIA, TREAT LAH IA DENGAN BAIK.


----------------
Minggu ni ada beberapa pengguna Mobotflexi menghantar mobotflexi mereka dengan beberapa isu.

Kelebihan mereka yang beli Mobotflexi dari team Mobotflexi @Aidaq adalah kerana kami berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Bukannya di luar negara!

Kalau ada masalah pun, mudah je nak dapatkan bantuan servis atau alatganti. Tak perlu tunggu lama dan pastinya jimat kos.

Biasanya bila pelanggan menghubungi team kami, kami akan cuba troubleshoot melalui telefon, wasap, video dulu.

Kalau tak boleh DIY juga, barulah kami suruh mereka hantar ke centre kami di Medan Mara.

Antara masalah yang kerap dihadapi adalah : Dalam kurungan ada jawapan ().
1. "Bila pulas throttle tak berapa nak pergi mobotflexi ni..."
✔️ Cuba check 2 tayar belakang, bila last pam angin 45psi?
✔️ Kalau angin kurang, motor mobotflexi ni terpaksa menarik berat beban badan dan barang menyebabkan throttle ni walaupun dipulas habis masih tak berapa boleh nak pergi.
✔️ Jadi kena pastikan tayar belakang cukup angin sebelum menggunakan Mobotflexi ini.
2. "Bateri penuh tapi tak boleh jalan. Tak ada power langsung... "
✔️ Check button kat bateri tu. Button tu di set ke 'O' atau 'I' ? Masa nak caj atau guna bateri pasti ia di set ke 'I' sahaja.
3. "Dah caj tapi berlaku trip pulak!"
✔️ Mesti caj bateri menggunakan wayer dan adapter yang kami bekalkan sahaja.
✔️ Jangan caj terus ke plug di dinding rumah sebab arus elektrik rumah adalah 240V sedangkan bateri Mobotflexi hanya 48V sahaja.
✔️ Penggunaan adapter akan 'step down power' rumah kediaman ke 48V.
✔️ Jangan guna wayer komputer atau wayer Rice cooker Walaupun ia nampak sama tapi tak serupa!

-------------------
Tolonglah beringat!
-------------------

Bayangkan kalau beli dari overseas, mau haru dibuatnya ...

nak kena post ke kilang kemudian tunggu berbulan baru dapat balik device dan kos pula boleh jadi berganda.

Silap hari bulan niat nak beli murah tapi kos lain-lain ni pula yang merugikan.

#mobotflexi prihatin

No comments:

Post a Comment