Thursday, February 21, 2019

MOBOTFLEXI : KAMI MAHU MEREKA SENYUM & SENTIASA RASA DIHARGAI





Kami mahu mereka senyum dan sentiasa rasa dihargai.

Karnival pagi tadi berakhir dengan rasa lega sangat bila usaha team AIDAQ mensejahterakan warga emas kini diberi perhatian serius oleh pihak berwajib dan pihak perubatan.
Kepada warga emas khususnya pemegang kad OKU, peluang untuk menggunakan mobotflexi dalam aktiviti harian lebih cerah sekarang.
Permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Sabah dan Sarawak boleh dibuat secara terus tanpa perlu orang tengah.
Anda hanya perlu isi borang, lengkapkan syarat dan berikan justifikasi paling optima untuk gunakan mobotflexi dalam aktiviti harian seperti ke hospital, bekerja, membeli belah di pasar raya dan sebagainya tanpa perlu selalu bergantung kepada pembantu.
Selain itu, pihak Baitulmal juga menyediakan pembiayaan penuh kepada asnaf dan pemohon mobotflexi yang layak. Dalam tempoh 10 bulan lepas, 5 pemohon asnaf telah berjaya mendapat dan menggunakan mobotflexi masing-masing.

- ACTUALLY KEPADA YANG MEMERLUKAN, ADA BANYAK CARA UNTUK DAPATKAN MOBOTFLEXI INI DARI CARA TUNAI HINGGALAH KE CARA DIBIAYAI PENUH OLEH PIHAK BERWAJIB - kesungguhan anda menentukan segalanya.

- KESIHATAN ITU JAUH LEBIH MAHAL DARI APA YANG PERNAH KITA PERNAH MILIKI 
#mobotflexi dan #JKM mensejahterakan.

No comments:

Post a Comment