Thursday, December 12, 2019

MOBOTFLEXI: PENGAJARAN

Bila kita tidak tahu atau kurang mahir, usah sesekali cuba baiki terutama yang melibatkan arus elektrik.

Kisah seorang makenik yang cuba modified mobotflexi, katanya nak bagi power, berakhir dengan seluruh rangkaian pesawat hangat mobotflexi ni jem.
Tak boleh berfungsi langsung.


Sudahnya kena bawa mengadap Technical Advisor (TA) Alauddin sehingga ada alat (asalnya tak rosak pun) perlu diganti dan wayer yang tersalah pasang tu perlu dibaik pulih.

Walaupun sekadar bateri 48V katanya tak akan meletup tapi kena faham #mobotflexi ini adalah pengganti wheelchair, kegunaannya adalah untuk mereka yang ada masalah pergerakan fizikal (atau mungkin ada 2, 3 jenis penyakit dalaman lain yang menyukarkan pergerakan).

Kita tak boleh mengandaikan mereka ini sentiasa stabil jadi penggunaan alat bantuan mestilah sentiasa dalam keadaan yang betul, baik dan selamat. Kena lebih berhati-hati.

Never take risk on other people's life.

Demi keselamatan, mereka sangat bergantung kepada kepakaran kita, jadi jangan ambil mudah bila waktu nak baik pulih atau nak tukar alat ganti terutama yang melibatkan controller, motor, structure, bateri dan adapter - mesti hubungi team Aidaq@mobotflexi semula untuk khidmat bantuan.

Kami akan bantu semak kerosakan awal samada melalui call, wasap atau video dan tunjukkan cara baik pulihnya.

Jika tak boleh, kami akan buatkan appointment dengan TA untuk buat pemeriksaan rapi.

Jika perlu, kami akan nasihat mengikut keperluan semasa pengguna, ada juga kes isu mudah kami syorkan pengguna dapatkan alat aksesori di MR DIY je untuk jimat kos.

Yang lain seperti lampu, tayar, brake dan benda lain yang bukan major boleh je pergi ke kedai basikal atau kedai motor berhampiran kerana mereka memang biasa membaikpulih bahagian ini kerana fungsi asas nya tak jauh beza dengan Mobotflexi.

#Mobotflexi ease your life.


Image may contain: one or more people, people sitting, motorcycle and outdoor

1 comment: