Thursday, December 5, 2019

CIK LIN : AKTIVITI RUTIN

Berulang alik ke hospital PPUM ni dah jadi sebahagian dari hidup Cik Lin sejak 4 tahun lalu. Kira dah macam rumah kedualah PPUM ni...
Bila kita diuji dengan cabaran berat yang menghilangkan upaya pergerakan kita, kita kena lebih banyak bersyukur dengan apa yang masih ada terutama alatan yang boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada orang lain.
Kadang-kadang boleh down dibuatnya tapi menyalahkan takdir, mencari salah orang lain, mengalah dengan keadaan dan merungut bukan jalan terbaik untuk teruskan kehidupan.
Setahun cik Lin gunakan mobotflexi sebelum berani berkongsi manfaat mobotflexi kepada orang lain.
Team cik Lin setuju untuk kami pasarkan secara terbuka supaya ramai yang boleh dapat manfaat mobotflexi ini.
Dalam masa yang sama semua dalam team Mobotflexi@Aidaq iaitu para Mobot Advisor turut dibimbing selok belok penggunaan dan penjagaan termasuk hal-hal penyelenggaraan mobotflexi ini maklumlah kami bukan orang teknikal tapi kami berusaha untuk membantu dan meringankan masalah pengguna Mobotflexi.
Walau bagaimana pun Technical Advisor (TA) Alauddin akan sentiasa memantau usaha kami ketika membantu pengguna Mobotflexi cuma bagi kes yang banyak teknikal, kami kena serahkan kepada TA Alauddin untuk selesaikan kerana ia melibatkan ciri-ciri keselamatan.
In sya Allah pertengahan tahun depan kami akan melatih beberapa kedai motor dan basikal bagi menyediakan servis Mobotflexi ini.
Cuma kami sangat berharap agar mereka akan lebih prihatin untuk buat servis mobotflexi ini.
Ia memerlukan jiwa sensitif kerana ia adalah untuk kegunaan orang sakit/uzur dan bukannya untuk lasak atau merempit jadi tak boleh ambil mudah. Bila tak boleh diselesaikan kena serahkan semula kepada TA pakar.
P/s : Mobotflexi ini bukan alat lasak seperti motor atau basikal, ia hanya pembantu yang bertujuan memudahkan mereka yang ada masalah pergerakan fizikal seperti sakit lutut, sakit saraf, selepas pembedahan, warga emas, OKU dan yang seangkatan dengannya.
Misi kami adalah berusaha membantu mereka yang memerlukan untuk kembali berdikari dan kurangkan hidup bergantung kepada orang lain. Itu sahaja.

Image may contain: 1 person, indoor

No comments:

Post a Comment