Sunday, December 29, 2019

MOBOT FLEXI : "DUIT KITA BOLEH CARI TAPI KESIHATAN KITA TAK BOLEH BELI"

"DUIT KITA BOLEH CARI TAPI KESIHATAN, KITA TAK BOLEH BELI" - UNCLE JIMMY


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor
Uncle Jimmy disahkan menghidap diabetis sejak usia 20an lagi tapi beliau kurang ambil berat sehinggalah pada usia 40an kaki kirinya tak boleh diselamatkan dan perlu dipotong sehingga ke paras bawah lutut.

Tak cukup dengan itu, sebahagian tapak kaki kanannya pula perlu dipotong dan semua jari kakinya tak boleh diselamatkan lagi. Kini selang sehari, isterinya perlu membawanya ke hospital untuk dressing kaki kanan yang baru dibedah.

Rentetan dari diabetis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis yang dihidapinya, beliau mengalami masalah penglihatan dan kedua-dua buah pinggang beliau pula gagal berfungsi sehingga perlu menjalani dialisis setiap minggu.

Setelah setahun, beliau mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan buah pinggang di US dengan kos yang beratus ribu ringgit.

Beliau juga mengalami masalah jantung dan beberapa masalah kesihatan lain yang memerlukan penjagaan rapi.

Syukur uncle Jimmy ni memiliki seorang isteri yang sangat penyabar, baik, prihatin, cantik dan manis bila tersenyum malah sentiasa bersamanya sepanjang susah senang dalam kehidupan.

Kini Mobotflexi akan jadi teman barunya.

Uncle Jimmy nak kurangkan kebergantungan nya kepada si isteri supaya mereka boleh buat apa sahaja bersama semula tanpa hanya memandang setiap kesukaran si isteri menguruskannya setiap hari.

#Mobotflexi mengeratkan #cinta hingga hujung nyawa -




No comments:

Post a Comment