Saturday, December 21, 2019

MOBOT FLEXI : KERJASAMA

KERJASAMA.




Mr Gobi Hari adalah Presiden Persatuan & Kelab Orang Kurang Upaya, Warga Emas dan Ibu Tunggal atau lebih dikenali sebagai Persatuan KG KU.

Dalam kehidupannya lebih 10 tahun kebelakangan ini beliau telah abadikan hidupnya secara aktif untuk memperjuang dan membantu nasib insan-insan golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam kategori B40 terutama dikalangan mereka yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal.

Secara peribadi, kami, team MobotFlexi, sangat mengagumi beliau kerana beliau sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran namun jiwanya sentiasa basah merah menyala untuk membantu orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ada kalanya beliau turun naik jabatan dan agensi, berulang alik bertemu ketua kampung dan daerah semata-mata untuk bantu insan lain dapat bantuan sara hidup malah pihak University Malaya pernah mengiktiraf usaha-usahanya yang berterusan itu.

Falsafahnya simple.

Untuk menikmati hidup yang bermakna, kita harus selalu menolong orang lain dan ini menjadi pendorong kepada team kami di Aidaq untuk lebih tabah membantu insan lain yang memerlukan.

Pertemuan kali ini adalah untuk membincangkan bagaimana kami boleh bekerjasama mendapatkan biaya kepada OKU dan warga emas yang perlukan mobotflexi.

Sebagai seorang yang berkerusi roda, Mr Gobi sangat memahami keperluan mereka yang ada masalah pergerakan fizikal terutama bagi yang tiada ahli keluarga atau pembantu.

Penggunaan mobotflexi ini dapat mengurangkan kebergantungan insan OKU dan warga emas kepada ahli keluarga atau orang sekeliling cuma memang bukan semua mereka yang mahukan mobotflexi ini sesuai menggunakan mobotflexi dalam aktiviti harian mereka sebab itu kami jemput mereka datang ke premis kami di Aidaq Medan Mara untuk mencuba Mobotflexi ini dulu sebelum membuat keputusan membelinya.

Berbincanglah dengan Mobot Advisor kami dahulu supaya kami dapat bantu keperluan anda.

Bagi yang perlukan bantuan, kami dah sediakan 10 cara bayaran yang dapat memudahkan anda memiliki Mobotflexi hari ini.

#Mobotflexi, teman setiamu.


No comments:

Post a Comment