Tuesday, March 3, 2020

MOBOTFLEXI : PERKARA YANG SELALU PENGGUNA MOBOTFLEXI TERLEPAS PANDANG.

Antara perkara yang kami selalu ingatkan pengguna adalah untuk jaga tahap angin tayar belakang.

Pastikan angin tayar mencukupi sebelum menggunakan mobotflexi ye. 45psi.

Boleh pam di kedai/bengkel motor atau basikal. Kalau nak mudah boleh beli pam auto di kedai DIY atau di online store.

Jika angin berkurangan, berat pengguna dan muatan pula berlebihan maka ia akan memberi beban kepada motor didalam tayar hadapan dan ini boleh menjadi punca kerosakan pada motor.

Macam kereta juga, jika kita biarkan tayar kurang angin, penggunaan petrol juga akan bertambah. Ini merugikan kita untuk jangka panjang.

Walaupun mobotflexi ini tak gunakan petrol tapi jika berlaku kerosakan ia boleh menyusahkan dan mengganggu aktiviti harian.

Memandangkan mobotflexi direka untuk mudahkan pengguna dan jarang bermasalah maka kami hanya menyediakan pusat servis dan alatganti di Aidaq@mobotflexi Medan Mara Kuala Lumpur sahaja.


P/s : Jika mobotflexi tuan puan mengalami masalah dan perlukan alatganti, sila berhubung terus ke 0123589034 - Cik Ain / 0133004764 - En Alauddin untuk bantuan atau temujanji.


Team Mobotflexi sentiasa prihatin dengan keperluan pengguna.

No comments:

Post a Comment