-----------------------------------------------
Dalam kekalutan wabak covid-19, 9 perkara ini perlu diberi perhatian :
1. Sentiasa cuci tangan sebaiknya dengan sabun atau gunakan sanitizing wipes tissue.
2. Spray tombol / pemegang pintu dengan bahan nyahkuman.
3. Guna penutup mulut bila berada diluar.
4. Amalkan minum air suam dengan perahan lemon, boleh letakkan sedikit madu.
5. Bila badan rada dedor, batuk, sakit tekak, selsema segera ke klinik atau hospital. Lebih baik kita tahu tahap kesihatan kita sekarang dari menderita kemudian.
6. Jika kita dinasihatkan / dikuarantin usah ambil kesempatan pi shopping pula. Stay je kat rumah. Minimakan tetamu. Hargai kesihatan orang lain kerana mungkin antibodi mereka lebih lemah dari antibodi kita.
7. Cuba elak dari berada ditempat yang sesak dengan orang ramai. Kita tak pasti sejarah kesihatan orang sebelah yang tidak kita kenali dalam kesesakan itu.
8. Sentiasa kekalkan berwuduk. Cuci bersih semua make-up sebelum berwuduk. Ini mudahkan kita solat bila masuk waktu solat (hikmah).
9. Sentiasa berdoa agar kita, keluarga, saudara, jiran, rakan, pelanggan, pembekal, orang atasan, orang bawahan dan semua yang terlibat dengan kita dilindungi Allah dari segala musibah yang lebih teruk.
Cik Lin harap kepada yang kurang sihat segeralah dapatkan rawatan dan pastikan makan ubat dengan teratur ye.
#pencegahancovid19
#sihat
#Mobotflexi
#Wheelchair
No comments:
Post a Comment