Monday, March 2, 2020

MOBOTFLEXI : BERDIKARI


Image may contain: one or more people and indoor
Antara perkara paling best adalah bila Cik Lin dapat uruskan hal-hal peribadi seperti nak keluarkan duit gaji dari mesin ATM tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Kalau dulu kena tunggu masa orang lain untuk bantu cik Lin bergerak sehingga adakalanya rasa bosan amat dengan situasi diri yang dah tak boleh berdikari seperti dulu. Bila dapat guna mobotflexi ini cik Lin rasa macam dapat sebuah kehidupan baru semula. Orang yang tak pernah sakit macam cik Lin memang tak akan faham sengsaranya jiwa bila kita terpaksa bergantung kepada masa orang lain sedangkan semua benda tu kita dah biasa buat sendiri. Gais... Jagalah kesihatan sebaiknya. Kita tak tahu masa bila penyakit akan menyerang. Macam cik Lin, elok je dari sihat boleh berlari kini cik Lin perlu bermobotflexi, itu pun nasib ada mobotflexi tak lah cik Lin perlu hidup dibelenggu kerusi roda seumur hidup. Harga RM6,535.00 ni bukanlah nilai yang boleh menggantikan kesihatan cik Lin tapi sekurang-kurangnya cik Lin tak perlu merisikokan anggota tubuh badan cik Lin yang lain setiap kali cik Lin bergerak. Sejak disahkan mengidap slip disc dan severe rhumethoid arthritis, cik Lin terpaksa menanggung sakit dari leher hingga ke hujung kaki. Sakit sangat... Hanya Allah sahaja yang tahu dugaannya. Paling tidak, bila guna mobotflexi setiap kali nak ke mana-mana, Cik Lin masih mampu bertahan dengan ubat yang sedia ada sahaja tanpa menambah dos pain killer setiap kali sakit mengganggu pergerakan cik Lin.


Ini prinsip Cik Lin - Life has to go on... with or without medical solution, I will survive!

#Mobotflexi, make me live again!


No comments:

Post a Comment