Thursday, March 5, 2020

MOBOTFLEXI : KITA SEDANG DI UJI.

Ketika ini seluruh dunia sedang diuji dengan wabak penyakit berjangkit dan berbahaya Covid-19.

Semakin hari semakin meningkat statistik penghidapnya, yang dah dikata sembuh pun kembali mengalami simptom mudhorat berganda sehingga amat sukar mengawalnya.

Sahabat sentiasalah berhati-hati, ambil berat keadaan kesihatan sendiri dan ahli keluarga kita setiap masa.

Jika ada tanda-tanda yang membimbangkan sila segera ke klinik /hospital berdekatan.

Nyatakan dengan jujur jika kalian baru pulang dari percutian usah ambil mudah perkara begini, mungkin kejujuran kalian boleh bantu kurangkan risiko anda dan orang lain.

Amalkan doa ini setiap pagi pagi dan petang termasuk di semua tempat yang ramai orang.
Semoga kita dilindungi Allah swt dari segala musibah. Aamiin.


No comments:

Post a Comment