Monday, March 2, 2020

INFO - THROWBACK - HARI KOMUNITI JKM WPKL


Image may contain: text

Hari ni di Desa Rejang KL diadakan hari informasi kepada penduduk setempat.
Antara booth yang menarik perhatian saya adalah booth sukarelawan keselamatan.


Ramai yang tak tahu rupanya kita boleh berdaftar secara online ke portal Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk maklumkan jenayah setempat, kes penderaan, buli, pencabulan, kemalangan, pecah rumah, keselamatan ibu apa yang tua / OKU / warga emas yang tinggal sendirian atau jika kita nak meninggalkan kediaman elok dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dengan berdaftar sebagai VSP member, kita boleh hantarkan gambar atau video jenayah terus ke pihak polis. Anggota polis akan membuat rondaan dan siasatan ke tempat kejadiaan dengan lebih kerap.

Identiti ahli VSP tidak akan didedahkan, jadi usah bimbang untuk membantu pihak polis membenteras jenayah.
Mungkin dengan cara ini, kita mampu menyelamatkan nyawa.

Hargai keselamatan & kesihatan - Team #Mobotflexi.

No comments:

Post a Comment