Wednesday, September 18, 2019

INFO: GOUT & BUAH PINGGANG

Gout & buah pinggang
Sakit gout antara sakit yg paling teruk di dunia selain dari sakit gigi dan bersalin. Bagi mereka yg pernah merasainya pasti akan faham akan betapa deritanya bila sakit gout ini menimpa. Mahu rasa nak lempang semua disekeliling kita...!! ðŸ˜–😖
Zaman dahulu, gout ini adalah penyakit bangsawan kerana terdedah kepada makanan mewah dan berharga mahal seperti makanan laut, daging, alkohol dan kaviar (sejenis telur ikan yg sgt sgt mahal). Sehinggakan gout terkenal sbg penyakit orang kaya atau pun 'disease of the Kings' oleh raja2 mat salleh. Tetapi gout sebenarnya paling awal dilaporkan di Egypt kerana cara hidup dan pemakanan yg byk berasaskan daging dan alkohol ketika itu.
Gout disebabkan oleh lebihan urik asid dlm badan yg perlu dikumuhkan melalui buah pinggang. Urik asid ini terdapat byk dlm makanan yg seperti dinyatakan di atas atau makanan tinggi purine (lihat gambar). Lebihan urik asid ini akan membebankan buah pinggang normal dan boleh menjejaskan fungsi sedikit demi sedikit. Sekiranya lebihan urik asid ini tidak dpt ditapis keluar, ia akan membentuk kristal yg akan mendap di sendi sendi yg paling hujung seperti ibu jari kaki dan jari jari tangan. (Lihat gambar- rujukan internet). Sendi sendi lain juga boleh terlibat bergantung kepada keterukan penyakit. Akibat mendapan kristal ini, sendi tidak boleh berfungsi dgn baik dan menyebabkan sakit yg amat sgt terutamanya sekiranya urik asid terlalu byk, yang dikenali sebagai serangan gout akut. Biasanya apabila keadaan ini berlaku, hanya pil atau suntikan ubat tahan sakit sahaja yg mampu meredakannya. Namun, kesan ubat ini bersifat sementara dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat2 ini utk mengurangkan kesakitan yg tidak terperi.. ðŸ˜­ðŸ˜­
Urik asid perlu keluar... barulah lega penyakit ini. Tapi ia bukan satu proses mudah kerana semuanya perlu melalui tapisan di buah pinggang. ðŸ˜¥ðŸ˜¥ Malangnya kristal urik asid juga boleh mendap di buah pinggang dan menjadi batu yg akan merosotkan fungsi buah pinggang. ðŸ˜¥ Apatah lagi pengambilan ubat tahan sakit dgn kerap juga akan merosakkan buah pinggang ... ðŸ˜±ðŸ˜±
Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, bila fungsi buah pinggang merosot, urik asid tidak dpt ditapis keluar dari tubuh dgn baik dan akan terus berlebihan dlm badan. Kesudahannya proses ini berulang dan yg deritanya pesakit juga... ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ Kerana inilah ramai pesakit buah pinggang akan kena gout bila mencecah tahap CKD 3 ke 5. Dan kebanyakan pesakit gout juga dikhuatiri akan menjadi pesakit buah pinggang kronik. ðŸ˜¥
Jadi kesimpulannya, jagalah makanan anda. Kurangkan pengambilan daging yg tinggi kandungan purine, terutamanya sekiranya ada ahli keluarga yg memang ada penyakit gout ini. Sekarang ni anda tak perlu menjadi raja atau kaya utk mendapat sakit org kaya ini. Semua org boleh kalau tak jaga kesihatan dan makanan/ diet dgn baik. Minum air yg berpatutan dgn tubuh anda (normal sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) dan sentiasa berbincang dgn pakar yg bertauliah sekiranya anda kemusykilan ttg kesihatan. Jangan tanya penjual produk sampah atau doktor yg bukan doktor kesihatan. Nanti tak pasal2 dapat gout dan sakit buah pinggang. ðŸ¤—🤗
Anda sahaja yg dpt mengubah kehidupan anda. Pilih jalan yg bijak utk hidup sihat dan berkat. ðŸ¥°ðŸ¥°
Dr Fadh
Pakar Perunding Buah Pinggang

*Petikan dari group FB : MYBUAHPINGGANG

No comments:

Post a Comment