Wednesday, September 11, 2019

MOBOTFLEXI : #1 PANDUAN UMRAH - KEMANISAN IBADAH ITU BERMULA DENGAN ILMU.


Ramai rakan dan keluarga team Mobot Malaysia sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini bagi mengambil pahala berlipat kali ganda yang Allah janjikan kepada mereka yang menunaikan umrah di bulan Ramadan. Alhamdulillah.
Beberapa minggu lepas semasa Cik Lin menunaikan umrah suhu sekitar 39° tapi semalam ada sahabat yang beritahu suhunya dah meningkat sekitar 44°.
Memang panas terik. Kulit jadi kering dan perit semasa berulang alik ke masjid dan ketika berziarah seperti ke bukit Uhud, Jabal Rahmah dan sebagainya.
Pergerakan pula perlu lebih pantas untuk mengejar waktu solat supaya masa yang beberapa hari itu dapat dimanfaatkan sepanuhnya.
Bayangkan masa di Malaysia suhu 37° pun kita dah mengeluh, berpeluh, merungut air cond tak cukup sejuklah... . Bayangkan jika suhu meningkat...
Sesungguhnya itulah secebis dari ujian dalam mencari redho Allah.
-------------------------
Jadi, sebelum berangkat pastikan kita :
-------------------------
1. Jaga makan minum dan kesihatan kita dengan baik.
2. Sediakan bekalan ubat yang biasa diambil secukupnya - pastikan kita adjust waktu makan ubat ikut waktu di Malaysia khususnya bagi mereka yang kena makan ubat tepat pada waktu. Kos ubat di sana sangat mahal.
Siapkan juga bekalan ubat batuk, demam, selesema termasuk minyak angin/urut. Jika kita sihat, sedekahkan kepada rakan jemaah yang sakit mudah-mudahan mendapat pahala sedekah.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membina stamina. Pergerakan sepanjang di sana memerlukan kita cergas dan yakin diri untuk full swing beribadah.
4. Hadiri majlis ilmu khususnya ilmu berkaitan menunaikan umrah kerana umrah pertama kita adalah umrah wajib.
Pastikan kita lakukan dengan tertib semua rukun umrah, jaga pantang larang semasa dalam ihram dan perkara dos & don't selepas tawaf wadaq. Do not take things for granted, pesan tuan guru.
Jaga kedudukan bahu kiri (ke kaabah) walaupun semasa menggunakan #mobotflexi. Adjust cara duduk supaya kedudukan bahu berada di kedudukan yang betul.
Lakukan ibadah dengan khusyuk dan yakin
5. Jaga tutur kata di mulut, di hati dan yang terlintas di fikiran setiap masa.
Bagi yang akan menunaikan ibadah umrah, saya syorkan belajarlah juga dari perkongsian umrah Ustaz ini supaya umrah kita menjadi lancar.

No comments:

Post a Comment