Sunday, September 8, 2019

MOBOTFLEXI : CIK LIN BALIK DARI UMRAH

Dah seminggu Cik lin balik dari Umrah.
------------------------
Macam tak percaya, akhirnya penantian untuk pergi menunaikan Umrah sehingga selesai walaupun dengan seribu kepayahan namun dah pun berjaya malah mungkin jauh lebih mudah berbanding dengan orang lain yang senasib dengan Cik lin.
Hari ni Cik lin dah back to rutin harian di Kuala Lumpur dan semoga perubahan baik ini terus kekal berterusan.
Banyak yang Cik Lin nak cerita terutama untuk panduan pengguna mobotflexi yang merancang untuk menunaikan Umrah dan haji bersama mobotflexi masing-masing nanti. Kiranya macam Do & Don't lah...
--------------------
Antara tips yang cik lin nak kongsi :
--------------------
1. Persediaan sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah.
2. Semasa di Airport Kuala Lumpur, Malaysia dan Jeddah, Arab Saudi.
3. Pergerakan semasa berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta berziarah ketika di Madinah dan di Mekah. Rugi kalau tak ikut atur cara yang telah disediakan oleh pihak travel agen.
4. Teknik menunaikan tawaf dan saei.
5. Tips nak solat di saf pertama dalam Masjidil Haram dan masjid Nabawi.
6. Tips nak masuk dan solat di Raudhah.
7. Tips membeli dan belah. Ada beza urusniaga di Madinah dan di Mekah.
8. Tips kesihatan dan perubatan.
Setakat itu dulu...
Sepanjang Cik Lin di sana tak putus-putus Cik lin doakan semoga semua pengguna mobotflexi yang beragama Islam akan dapat menunaikan ibadah umrah dan haji dengan lebih mudah.
Cik lin juga doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan segera kepada semua yang sedang sakit dan diberi pertolongan Allah pada setiap saat yang diperlukan.
Salam sayang dari cik lin dan seluruh team Mobotflexi Malaysia kepada semua yang menyokong dan mengikuti Page Mobotflexi ni / +60193866889

Ini umrah ke 2 - miqat di Tannaim .
Pergerakan kena pantas, kalau tidak kita akan menyebabkan jemaah lain terlewat mengerjakan ibadah.

Berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tak perlu bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menolak kerusi roda.

Cik lin boleh urus sendiri jadual harian ketika di Mekah ,

No comments:

Post a Comment