Saturday, January 19, 2019

SABAR ITU INDAH.


Seunit lagi Mobotflexi akan berpindah tuan dengan bantuan biaya dari Baitulmal MAIWP. Terima kasih kepada semua staf Baitulmal yang terlibat.
Tahniah kepada Puan Noraini yang bersungguh-sungguh berusaha menyediakan setiap dokumen yang diperlukan tanpa rungutan demi membolehkan suaminya memiliki dan menggunakan mobotflexi.
Beliau mahu suaminya kembali ceria. Itu misinya. Noktah.
Yang banyak komplen dan tak sanggup melengkapkan dokumentasi akan tetap menghitung hari tanpa perubahan dalam hidup kerana pegawai perlukan dokumentasi untuk mengurus dan meluluskan permohonan yang dibuat. Semuanya akan diaudit nanti.
Nak sembuh tapi tak nak makan ubat.
Nak mudah bergerak dan tak menyusahkan keluarga tapi tak nak usaha dapatkan mobotflexi.
Apa yang boleh kami buat?
Kami hanya boleh doakan kesembuhan segera buat anda samada anda memiliki mobotflexi atau tidak. Itu ikhtiar kami, team #Mobotflexi.


P/S : Pembelian mobotflexi ini mendapat 24% diskaun dari harga di farmasi RM8,599. Selepas diskaun harga mobotflexi ini RM6,535, kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Baitulmal. Kos anda hanya perlu sediakan dokumen je!

No comments:

Post a Comment