Monday, January 21, 2019

MOBOTFLEXI: KENAPA KAMI SYORKAN MOBOTFLEXI ?

Kami mahu lebih ramai insan yang sedang diuji kesakitan anggota fizikal kembali ceria, dapat uruskan rutin harian sendiri dengan minima bantuan dari orang sekeliling dan yang paling penting mereka dapat rasa bersemangat semula untuk teruskan kehidupan, bukan murung sepanjang masa.
Ada cerita di sebalik semua itu.

Kami tak sanggup lihat kesakitan Cik Lin Selamat setiap kali dia nak bergerak walaupun setelah menjalani 3 pembedahan tulang belakang keadaannya masih tak banyak berubah.

Kami faham pembedahan bukan jaminan mutlak Cik Lin akan sembuh walaupun semua doktor pakar perubatan PPUM telah berusaha sedaya upaya merawat penyakit cik lin.

Semua itu ditangan Allah namun sebagai hambaNYA kita tak boleh berputus asa. Life has to go on. Cik lin mesti kuat dan tabah.

Kami pula mesti menyokong kebangkitannya sebab itu kami berusaha carikan pelbagai alternatif dalam negara mahupun di luar negara, dari yang model berbentuk kerusi roda, bertongkat, ber-walking frame, berscooter elektrik 4 tayar dan macam-macam bentuk alat bantuan pergerakan kami dah cuba namun yang satu ni dapat mudahkan cik Lin bergerak sendiri tanpa perlu banyak bantuan dan paling minima beri kesan kesakitan kepadanya.

Setelah hampir setahun menggunakan Mobotflexi (alat bantuan gabungan escooter dan wheelchair) ini dan ramai pula yang mahu mendapatkannya, kami mula membuat lebih banyak kajian dan dapatkan pelbagai pandangan termasuk pandangan dari beberapa doktor pakar yang merawat Cik Lin tentang kesan menggunakan mobotflexi ini.

Alhamdulillah sokongan dari doktor pakar rehab dan terapis sangat mengujakan kami ditambah pula pada awal pembabitan kami sebagai pembekal Mobotflexi ini pihak IJN juga memberi sokongan kepada kami untuk mengesyorkan manfaat mobotflexi dan membantu pesakit yang sedang dalam proses pemulihan menggunakan Mobotflexi.

Maka itulah kami sangat fokus dalam mengesyorkan Mobotflexi kepada mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal akibat kecacatan atau kemalangan termasuk kepada warga emas.

Kami harap Mobotflexi ini juga dapat membantu anda yang memerlukan.
Hubungi Mobot advisor kami untuk maklumat lanjut sebab BUKAN SEMUA pesakit boleh menggunakan Mobotflexi - 019 386 6889.

P/s : Kami sediakan Mobot Advisor untuk menjawab segala soalan yang kerap bermain-main di minda anda.

No comments:

Post a Comment