Wednesday, January 8, 2020

MOBOTFLEXI: NEKAD!

NEKAD.

"Abang dah survey banyak model sebelum ni cuma bila bersoal jawab dengan sales person in charge mereka lebih cenderung nak menjual dari nak memahami masalah saraf yang abang alami, sangat berbeza bila akak call team Mobotflexi, mereka tak desak pun akak buat deposit tapi mereka nasihat untuk akak bawa abang cuba dulu mobotflexi ni. Katanya belum tentu mobotflexi ni sesuai dengan abang atas faktor kesihatan abang" jelas kak Liza.

Bila kami tanya apa yang mendorong beliau, suami isteri dan adiknya turun ke Kuala Lumpur dari Kemaman, Terengganu untuk mencuba Mobotflexi ini.

"Penyakit abang bukan penyakit biasa, abang ada masalah saraf yang agak kronik dan kemungkinan besar tak punya jalan sembuh, jadi semua benda mesti di buat dengan cukup teliti untuk kurangkan risiko mudhorat"
----------
Jujurnya inilah cabaran dalam bisnes yang melibatkan seseorang yang mengalami masalah pergerakan fizikal (berpunca dari apa masalah sekali pun) samada kemalangan, semula jadi atau yang dalam proses pemulihan.

Kalau kejar sales, lebih baik jual basikal atau motorsikal bukan alat bantuan sokongan perubatan 2in1 escooter wheelchair seperti mobotflexi.

Ada ramai potensi customer yang kami nasihatkan untuk gunakan #wheelchair berbanding mobotflexi kerana keadaan mereka yang kurang stabil.

Sepanjang hampir 2 tahun beroperasi, kami telah dilatih untuk tidak berkompromi dengan isu kesihatan dan keselamatan pesakit walaupun pesakit bersungguh mahu kami poskan mobotflexi ini ke kediaman mereka.

Keutamaan kami adalah untuk mewujudkan semangat berdikari dan keceriaan semula kepada mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal bukan merisikokan mereka.
Kami juga mahu ringankan beban ahli keluarga yang terdekat dalam urusan penjagaan pesakit sepanjang hari.

Antara pesakit yang tidak sesuai menggunakan #Mobotflexi :
1. Penghidap parkinson
2. Mental disorder
3. Masalah pinggang yang tidak boleh duduk tetap/betul
4. Rabun/buta
5. Pesakit bed ridden/lumpuh

Selain penghidap di atas boleh datang dan cuba dulu mobotflexi ini di Medan Mara Kuala Lumpur sebelum buat keputusan nak bawa balik seunit mobotflexi.

Cuba Mobotflexi ni PERCUMA je!

Nak penerangan lanjut?
Hubungi Cik Lin di 0193866889


No comments:

Post a Comment