Tuesday, October 22, 2019

MOBOTFLEXI : INSPIRASI

Cikgu Jamal,

Beliau adalah antara pengguna yang memanfaatkan mobotflexi dalam aktiviti rutin hariannya.

Kami pun tumpang happy setiap kali cikgu Jamal sudi berkongsi aktivitinya dengan kami maklumlah ramai pengguna yang jadi bersemangat melihat kesungguhan cikgu Jamal melawan cabaran hidupnya.

Cikgu Jamal bukan OKU dari lahir jadi bila diuji dengan kehilangan anggota kaki kiri beberapa tahun lalu, ianya tentu sesuatu yang sangat mendukacitakan bukan beliau sahaja yang terkesan namun seluruh keluarga juga merasa kemurungannya.

Namun hidup mesti diteruskan.
Kesat air mata sendiri. Kesat air mata anak isteri, bangkit dan jalan terus!

Cikgu Jamal sangat positif.

Itu semangat yang disebarluaskannya kepada saudara, rakan dan kenalan dalam dan luar negara facebook ini, moga menjadi inspirasi juga kepada kalian yang sedang diuji hari ini.

#Mobotflexi, my best friend.

Sharing is caring.
P/s : Kami jemput tuan puan untuk cuba & dapatkan Mobotflexi ini di #Aidaq Service Corporation Sdn. Bhd. Medan Mara, Kuala Lumpur. (Sebelah Pertama Komplek je), No. Tel: 0123399034


Sunday, October 20, 2019

MOBOT FLEXI : HOSPITAL REHABILITASI CHERAS

Terima kasih Allah beri kami peluang berkongsi pengalaman dan manfaat mobotflexi sekali lagi kepada pakar perubatan dan kakitangan HRC.
.
Hampir setiap hari kami bertemu pesakit, warga emas dan OKU yang bercerita tentang kesukaran untuk bergerak disebabkan masalah anggota fizikal mereka yang lemah namun masih terpaksa menggunakan kerusi roda walaupun kesan penggunaan kerusi roda yang berterusan menjadikan mereka perlu bergantung kepada orang lain dan adakalanya menyakitkan lengan, bahu dan menambah tekanan ke atas tulang belakang..
.
Apa yang boleh kami sarankan, cubalah mobotflexi ni dulu dan hubungi Mobot Advisor anda dan dapatkan panduan bagaimana nak dapatkan Mobotflexi ini secara percuma atau klik link wasap ini - http://wasap.my/+60126169034/carabantuanMobotflexi
P/s Kami jemput tuan puan untuk cuba dan dapatkan Mobotflexi ini di AIDAQ Medan Mara, Kuala Lumpur. (Isnin-Jumaat /9.30am - 6.00pm)
Lokasi : Aidaq Service Corporation Sdn. Bhd.
Tingkat 1, Medan Mara, No. Lot 2. 22A, Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
0123399034 https://maps.app.goo.gl/oUemSriDtHuztjKk9


Saturday, October 19, 2019

INFO : KUMPULAN WANG PERSARAAN (KWAP) - PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN.

Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara-Pesara Perkhidmatan AWAM. 

Rujuk Borang : JPA.BP.UBAT. B04.

Kemudahan bagi pesara yang membuat rawatan di Hospital. Dokumen2 berikut hendaklah di Photostat serta dilampirkan :
1. Surat 'Arahan Doktor' contoh rujuk ke IJN
2. Slip kehadiran
3. Kad Pesara.
4. KP Isteri.
5. KP Pesara.
6. Resit Tol
7. Penginapan - Sertakan Resit Hotel jika melebihi 25Km.

Jika kurang boleh tuntut Elaun Perjalanan sahaja.

Jika perlu penerangan lanjut Telefon Nombor dibawah dan borang boleh dimuat-turun dilaman web :
https://www.kwap.gov.my

8. Borang Lengkap hantar kpd Alamat:-

Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Aras 1, Sky Tech Tower 2.
MKN Embassy Techzone
Jln Teknokrat 2,
Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor.
No.Tel: 03-88878777

Mesej Kebajikan untuk Pesara Kerajaan.
Sampaikan dan panjangkan kepada Pesara atau Bakal Pesara.

Maklumat ini sebagai amal bakti kita bagi menolong sesama insan tidak mengira apa bangsa & agama.
Sila share info ini segera kepada keluarga dan sahabat handai yang mungkin sedang memerlukan.

Wednesday, October 16, 2019

BERBAHAGIALAH MEREKA YANG DIUJI DENGAN MUSIBAH

Kata Ustaz, "Dunia ini isinya adalah ujian"
Ujian kehidupan itu sentiasa ada. Setiap orang akan merasainya sesuai dengan nilai kesanggupannya.
Yang memberi kita ujian adalah ALLAH. DIA yang memilih kita untuk dihadapkan sesuatu ujian dan DIA Maha tahu ujian itu terbaik buat kita.
Kata ustaz lagi, "Ujian berupa musibah itu seperti ubat. Meski pun pahit tetapi harus diminum. Sekiranya tidak, kita tak memperolehi 'kesembuhan.' "
Ada orang diuji dengan kehilangan ahli keluarganya, ada orang lain pula ditimpa ujian kehilangan harta bendanya. Ada pula yang diselubungi dengan kesusahan2 dan penderitaan lainnya
Selalu terjadi, Ibadah yang terlahir tatkala diuji dengan musibah itu selalunya luarbiasa.
Ada orang dililit hutang sehingga dia berdoa sesungguh-sungguhnya kepada ALLAH namun hutangnya masih belum juga terlunasi. Kerana ALLAH Maha Tahu, barangkali andai terlalu cepat hutangnya terlangsai dia akan berhenti berdoa. malah boleh jadi dia berhenti melazimi amal2 solehnya.
Ada pula mungkin yang bertambah-tambah pula hutangnya sehingga dia berada dalam situasi tersepit. tetapi dari situlah dia mula mengenal erti tawakal apabila dia merasakan tiada siapa yang mampu meringankan beban nasibnya kecuali ALLAH.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (Hadis riwayat. Al-Bukhari)
Disebut pula dalam hadis berikutnya Rasulullah bersabda,
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada hamba-Nya, Allah akan segerakan balasan (berbentuk ujian) untuknya di dunia. Dan apabila Allah menginginkan keburukan kepada hamba-Nya, Allah akan menahan azab baginya akibat dosanya (di dunia), sampai Allah membalasnya (dengan sempurna) pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Al Hakim dari Anas bin Malik)
Ujian2 itu juga menjadi sebab ALLAH mengangkat darjat seseorang hamba.
Siapa antara kita yang tahu pahalanya sudah banyak? Kita ini sudahlah baca al-Qurannya jarang2, lisan tidak basah dengan zikrullah, solat malam kita pun entahkan laksana entahkan tidak, jika buat pun masih dalam keadaan mengantuk, sedekah masih berat nak dihulurkan, berbakti kepada orang tua juga tak bersungguh, perhatian kepada ahli keluarga dan masyarakat juga tak seberapa.
Amal kita memang teramat sedikit lalu bagaimana hendak diangkat darjat kita? Demikian itulah didatangkan ujian berupa musibah kerana ketika menghadapinya mahu tidak mahu kita akan berusaha mempertingkatkan ibadah penuh kesabaran sehingga ALLAH berkenan mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
Makanya yang sedang diuji dan masih diuji yakinlah kebaikan masih bersamanya selama ia bersabar.
Wallahu'alam

Saturday, October 12, 2019

INFO: AMBULANS PERCUMA!

Kes Kecemasan di Sekitar:
Wangsa Maju;
Setiawangsa;
Ampang
Masa: 7:00 pagi hingga 7:00 malam
Hari: Isnin hingga Sabtu sahaja.
Ambulans Insaf Malaysia memberikan perkhidmatan secara PERCUMA bagi MVA-Motor Vehicle Accident (Kemalangan Jalanraya) dan Lain-lain Kecemasan di kawasan Setiawangsa, Wangsa Maju dan Ampang.
Kami juga membekalkan Perkhidmatan ke Hospital secara PERCUMA bagi gologan yang Kurang Berkemampuan di Sekitar Klang Valley (Lembah Klang).
Tuan2 & Puan2 juga boleh Sebarkan makluman dan nombor ini kepada kenalan2 yang tinggal di Sekitar Kawasan Setiawangsa, Wangsa Maju dan Ampang untuk kegunaan panggilan Kecemasan atau Perkhidmatan Lain.
Hubungi kami di : 018-2461999 (call/whatsapp)
011-10161999 (whatsapp sahaja)
Sumber:

Wednesday, October 9, 2019

MOBOTFLEXI : #3 PANDUAN ZIARAH - CANTIKNYA MASJID NABAWI.


Rugikan kalau dah sampai ke sana tapi tak dapat nak pi ziarah tempat-tempat bersejarah kerana tak larat nak berjalan jauh, takkan asyik nak pinjam kerusi roda pihak masjid je. Ramai lagi jemaah dari seluruh negara yang uzur nak guna.
Kalau setakat nak bergerak dalam masjid dengan kerusi roda pinjam yang diwakafkan, ok lah tapi kalau nak pi berziarah pun nak pinjam yang masjid punya memang seganlah...
Masa ni mobotflexi memang sangat-sangat membantu. Bukan masa ziarah je tapi masa nak berulang alik dari hotel ke masjid pun mobotflexi ini sangat memudahkan.
Ini antara jadual ziarah yang dah disusun oleh murawif Retaj Elsafwa Travel semasa di #Madinah.
- Ziarah makam Rasulullah SAW dan para sahabat
- Beribadah di Raudhah
- Ziarah perkuburan Baqi' di mana lebih 10,000 para syuhada yang dikebumikan di sana.
- Masjid Quba' dan telaga nabi
- Jabal Uhud
- Masjid Qiblatain
- Masjid Tujuh
- Pasar Kurma (shopping dan makan sampai kenyang!)
Jadual di #Mekah :
- on the way ke Mekah singgah miqat di masjid Bir Ali untuk berniat menunaikan umrah
- Menunaikan ibadah umrah di Baitullah. Jemaah yang menggunakan mobotflexi naik ke tingkat 1 untuk menunaikan tawaf, saei dan bertahalul
- Ziarah di Jabal Nur
- Lakukan tawaf sunat berulang kali setiap kali ada masa dan ruang
- Ambil peluang untuk buat umrah kedua dengan bermiqat di Ja'aranah
- Ambil peluang untuk buat umrah ketiga dengan bermiqat di Tannaim
- Ziarah seluruh masjidil haram dan kawasan sekitarnya
- Tawaf Wida' sebelum meninggalkan kota Mekah
- Melawat bandar Jeddah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
#Kalau tengok jadual atur cara yang padat ni, rasa-rasanya sanggup ke nak ketinggalan tat kala jemaah lain menikmati indahnya ibadah dan ziarah.... hanya kerana kita tak larat nak berjalan jauh atau lama atau sakit?
#Mobotflexi dah bantu Cik Lin dan ramai jemaah umrah dan haji 2018 - 2019 mengatasi masalah pergerakan fizikal mereka. Anda bukan yang pertama kali nak guna mobotflexi di Madinah dan Mekah.
------------------
Sebelum menunaikan umrah, Mastura Mohamed dah pesan, kalau nak membeli belah, belilah masa di Madinah selepas beriktikaf di masjid atau on the way balik ke hotel bukan masa nak pergi masjid ye!
Semua barang yang dibeli boleh di letakkan di carrier belakang #mobotflexi ni, tak payah nak jinjit beg plastik ke hulu ke hilir. .
Bila di Mekah pula fokus sepenuhnya untuk ibadah je, jangan buang masa. Pulun betul-betul, nilai 1 solat di Masjid nabi bersamaan 1000 manakala 1 solat di masjidil haram bersamaan 100,000!
LIFE IS BEAUTIFUL IN MADINAH & MEKAH :
Solat, ngaji, ziarah, makan, tidur - aktiviti yang penuh ibadah dan kesyukuran saja yang kita lakukan ketika di sana.
Allahuakbar, terima kasih atas jemputan MU wahai Allah.

Monday, October 7, 2019

MOBOTFLEXI: NAK CARI PENGGANTI WHEELCHAIR UNTUK MAK AYAH DAN JIMATKAN TENAGA MASA PERGI HOLIDAY NANTI?

Kadang-kadang mak ayah kita ni tak nak ikut pi holiday bukan sebab apa.. mereka tak nak susahkan anak cucu untuk tolak wheelchair nanti je tapi jauh disudut hati memang nak sangat jalan-jalan dengan anak cucu tambahan pula pada usia emas ni berada bersama keluargalah yang paling 
membahagiakan.
.
Tapi kalau ada alat macam skuter dan dalam masa sama selesa macam wheelchair lagilah bagus tak perlu anak cucu menolak wheelchair setiap masa.
.
Lebih seronok kalau mak ayah dapat berdikari dan pandu sendiri. Tu yang bila tengok mobotflexi yang ada ciri-ciri dan gabungan scooter dan wheelchair (2 in 1) memang berbunga hati dibuatnya..
.
Mobot Flexi ini adalah foldable mobility scooter. Ia adalah gabungan yang digunakan di dalam dan di luar rumah untuk urusan di hospital, beriadah di taman, ke surau, umrah, kolej, pejabat, pasaraya, berniaga dan sangat mudah digunakan ketika bercuti.
.
Nak tahu bagaimana Mobot Flexi ini membantu?
Tengok video di bawah ini yea.
Atau terus WhatsApp ke :
https://mobotfleximalaysia.wasap.my/- Kuala Lumpur dan dapatkan Tawaran Harga DISKAUN Sekarang - klik link ini : https://www.mobotmalaysia.com/mobotflexi.html
.
Nak beli secara ansuran?
Terkini Mobot Flexi boleh didapati di online store LAZADA dengan diskaun penjimatan 24% dan ada kemudahan ansuran @ RM544.58 sebulan selama 12 bulan. Klik link ini untuk tempahan online : http://nak.la/Lazada
.
p/s : HARGA TAWARAN :
------------------------------
Tuan boleh dapatkan harga tawaran diskaun sehingga 24% penjimatan bagi setiap pembelian Mobot Flexi.
SEKARANG dengan diskaun 24% seunit Mobot Flexi (2in1 - scooter wheelchair) hanya RM6,535.00 (USD$1,593.00) sahaja . Harga jualan di farmasi : RM8,599.00 (USD$2,097.00).
.
Pembelian ini boleh dibuat secara tunai, kad kredit dan mendapat pelepasan cukai. (untuk belian melalui bantuan agensi - sila hubungi/wasap 012-6169034)
-----------------------------
📌Mobot Flexi ini adalah gabungan escooter dan wheelchair (2 in 1).
Jika anda membeli scooter (RM5,000) - Anda hanya boleh gunakan diluar rumah sahaja dan TAK BOLEH dibawa dalam bangunan hospital atau shopping mall manakala jika anda beli motorised wheelchair (RM7,000 ke RM9,000) pula, anda akan sentiasa kelihatan seperti orang sakit.
.
Total kos yang anda perlu keluarkan adalah sekitar RM14,000. Banyak RM tuuu...
.
Tapi jika anda membeli Mobotflexi yang merupakan gabungan keduanya dan anda dapat hadiahkan ibu ayah hanya dengan investment RM6,535 sahaja.
.
Boleh dibawa dalam hospital, shopping mall, taman dan sebagainya. Pasti enjoy. (Jangan lupa tuntutan hadiah akseseori istimewa bernilai RM350 untuk anda bawa balik bersama Mobotflexi ke rumah nanti!)
.
Jom ke AIDAQ Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk cuba sendiri Mobotflexi ini atau buat je temujanji dengan Mobot Advisor kami : 012-616 9034 hari ini.
.
Hubungi Mobot Advisor kami : https://mobotfleximalaysia.wasap.my/ hari ini.

















Sunday, October 6, 2019

MOBOTFLEXI : TAK TERNILAI DENGAN KATA-KATA.

Apa yang paling bermakna bagi seorang ayah adalah bila dia dapat sediakan keperluan untuk keluarganya terutama bila menjelang hari raya.
Nak cari baju, kasut, tudung, pin tudung, kuih, kek, langsir, alas meja raya dan yang selalu dinanti-nanti sampul yang ada isi duit raya.
Ini antara check list setiap kali raya.
Yang ada anak perempuan remaja, list ini akan lebih bertambah. Maksudnya, masa, bajet dan senyumnya kena lebih sikit lagi...
Ayah jarang tunjukkan apa yang ada dalam hatinya. Dia lebih suka tunjukkan ceria walau dilubuk hati terasa payah dan penat nak bergerak namun untuk keluarga itu semua letak tepi.
Yang penting wajah-wajah insan kesayangannya dapat perhatian.
Penghargaan kami di team Mobotflexi Malaysia : Terima Kasih En Izham sudi luangkan masanya berkongsi foto bershopping bersama/untuk keluarga bersama Mobotflexi.

Saturday, October 5, 2019

MOBOTFLEXI : HADIAH DI PENGHUJUNG RAMADAN


Hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak dan menantu bawa dia cuba sendiri Mobotflexi di AIDAQ Medan Mara tadi.
"Makcik sekeluarga nak pi umrah September ni, rugi kalau tak dapat berulang alik ke masjid banyak kali, masa pergi dulu memang tak larat nak berjalan sangat..."
Saya faham kerisauan makcik Siti, ibu kepada En Daud semasa mencuba Mobotflexi tadi. Kebanyakan pengguna Mobotflexi yang menunaikan umrah sejak tahun lepas pun ada feel yang sama.
Kalau boleh nak ada 'me time dengan Allah' sebanyak-banyaknya tak nak terganggu dek masalah pergerakan yang kerap terbatas.
-------------------
Masa mula cuba Mobotflexi ni kekok lah sikit sebab belum biasa lagi tapi bila dah 10 minit enjoy je makcik ni pandu mobotflexi.
Dah mula nak guna gear 2 tapi untuk pengguna baru dengan berat dibawah 90kg, elok mahirkan dengan gear 1 dulu.
Masa nak naik bukit baru guna gear 2 atau 3 supaya mudah dan tak perlu minta bantuan orang lain untuk tolak semasa mendaki bukit.
"Senang je guna benda ni yea walaupun tangan makcik baru lepas operate tapi tak terasa sakit masa tarik brake ni..." itu komen makcik Siti selepas mencuba Mobotflexi tadi.
Buat anak dan menantu solehah ini, Allah sahajalah yang dapat memberi sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat dan rezeki yang melimpah ruah buat mereka asbab hadiah di penghujung Ramadan ini kepada keramat hidup mereka.
#Mobotflexi pelengkap kesihatan di usia emas.

Wednesday, October 2, 2019

MOBOTFLEXI : "PENGORBANAN MAK BELUM BOLEH DISAMAKAN DENGAN APA YANG KAMI BOLEH BAGI..."


Lagi kisah anak dan menantu yang belikan mobotflexi sebagai hadiah istimewa untuk bonda tersayang.
"Tak sanggup tengok mak menahan kesakitan bila banyak berjalan, jadi kami decide nak hadiahkan mak mobotflexi ini"
"Actually kami dah survey, dalam lazada dan shoppe pun ada jual mobotflexi ni cuma kami pentingkan kredibiliti syarikat, servis dan alat ganti."
"Lagi pun kami nak tahu tips cara guna dan jaga mobotflexi ni untuk mudahkan mak nanti"
Buat anak dan menantu solehah ini, Allah sahajalah yang dapat memberi sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat dan rezeki yang melimpah ruah buat mereka asbab hadiahkan sesuatu yang bakal menyenangkan ibunda yang telah berjasa melahir dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.
-------------------
Syukur, Alhamdulillah Allah beri kami peluang sediakan produk alternatif menggantikan kerusi roda kepada mereka yang memerlukan #Mobotflexi
www.mobotflexi.com