Saturday, October 5, 2019

MOBOTFLEXI : HADIAH DI PENGHUJUNG RAMADAN


Hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak dan menantu bawa dia cuba sendiri Mobotflexi di AIDAQ Medan Mara tadi.
"Makcik sekeluarga nak pi umrah September ni, rugi kalau tak dapat berulang alik ke masjid banyak kali, masa pergi dulu memang tak larat nak berjalan sangat..."
Saya faham kerisauan makcik Siti, ibu kepada En Daud semasa mencuba Mobotflexi tadi. Kebanyakan pengguna Mobotflexi yang menunaikan umrah sejak tahun lepas pun ada feel yang sama.
Kalau boleh nak ada 'me time dengan Allah' sebanyak-banyaknya tak nak terganggu dek masalah pergerakan yang kerap terbatas.
-------------------
Masa mula cuba Mobotflexi ni kekok lah sikit sebab belum biasa lagi tapi bila dah 10 minit enjoy je makcik ni pandu mobotflexi.
Dah mula nak guna gear 2 tapi untuk pengguna baru dengan berat dibawah 90kg, elok mahirkan dengan gear 1 dulu.
Masa nak naik bukit baru guna gear 2 atau 3 supaya mudah dan tak perlu minta bantuan orang lain untuk tolak semasa mendaki bukit.
"Senang je guna benda ni yea walaupun tangan makcik baru lepas operate tapi tak terasa sakit masa tarik brake ni..." itu komen makcik Siti selepas mencuba Mobotflexi tadi.
Buat anak dan menantu solehah ini, Allah sahajalah yang dapat memberi sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat dan rezeki yang melimpah ruah buat mereka asbab hadiah di penghujung Ramadan ini kepada keramat hidup mereka.
#Mobotflexi pelengkap kesihatan di usia emas.

No comments:

Post a Comment