Wednesday, September 18, 2019

INFO: GOUT & BUAH PINGGANG

Gout & buah pinggang
Sakit gout antara sakit yg paling teruk di dunia selain dari sakit gigi dan bersalin. Bagi mereka yg pernah merasainya pasti akan faham akan betapa deritanya bila sakit gout ini menimpa. Mahu rasa nak lempang semua disekeliling kita...!! ðŸ˜–😖
Zaman dahulu, gout ini adalah penyakit bangsawan kerana terdedah kepada makanan mewah dan berharga mahal seperti makanan laut, daging, alkohol dan kaviar (sejenis telur ikan yg sgt sgt mahal). Sehinggakan gout terkenal sbg penyakit orang kaya atau pun 'disease of the Kings' oleh raja2 mat salleh. Tetapi gout sebenarnya paling awal dilaporkan di Egypt kerana cara hidup dan pemakanan yg byk berasaskan daging dan alkohol ketika itu.
Gout disebabkan oleh lebihan urik asid dlm badan yg perlu dikumuhkan melalui buah pinggang. Urik asid ini terdapat byk dlm makanan yg seperti dinyatakan di atas atau makanan tinggi purine (lihat gambar). Lebihan urik asid ini akan membebankan buah pinggang normal dan boleh menjejaskan fungsi sedikit demi sedikit. Sekiranya lebihan urik asid ini tidak dpt ditapis keluar, ia akan membentuk kristal yg akan mendap di sendi sendi yg paling hujung seperti ibu jari kaki dan jari jari tangan. (Lihat gambar- rujukan internet). Sendi sendi lain juga boleh terlibat bergantung kepada keterukan penyakit. Akibat mendapan kristal ini, sendi tidak boleh berfungsi dgn baik dan menyebabkan sakit yg amat sgt terutamanya sekiranya urik asid terlalu byk, yang dikenali sebagai serangan gout akut. Biasanya apabila keadaan ini berlaku, hanya pil atau suntikan ubat tahan sakit sahaja yg mampu meredakannya. Namun, kesan ubat ini bersifat sementara dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat2 ini utk mengurangkan kesakitan yg tidak terperi.. ðŸ˜­ðŸ˜­
Urik asid perlu keluar... barulah lega penyakit ini. Tapi ia bukan satu proses mudah kerana semuanya perlu melalui tapisan di buah pinggang. ðŸ˜¥ðŸ˜¥ Malangnya kristal urik asid juga boleh mendap di buah pinggang dan menjadi batu yg akan merosotkan fungsi buah pinggang. ðŸ˜¥ Apatah lagi pengambilan ubat tahan sakit dgn kerap juga akan merosakkan buah pinggang ... ðŸ˜±ðŸ˜±
Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, bila fungsi buah pinggang merosot, urik asid tidak dpt ditapis keluar dari tubuh dgn baik dan akan terus berlebihan dlm badan. Kesudahannya proses ini berulang dan yg deritanya pesakit juga... ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ Kerana inilah ramai pesakit buah pinggang akan kena gout bila mencecah tahap CKD 3 ke 5. Dan kebanyakan pesakit gout juga dikhuatiri akan menjadi pesakit buah pinggang kronik. ðŸ˜¥
Jadi kesimpulannya, jagalah makanan anda. Kurangkan pengambilan daging yg tinggi kandungan purine, terutamanya sekiranya ada ahli keluarga yg memang ada penyakit gout ini. Sekarang ni anda tak perlu menjadi raja atau kaya utk mendapat sakit org kaya ini. Semua org boleh kalau tak jaga kesihatan dan makanan/ diet dgn baik. Minum air yg berpatutan dgn tubuh anda (normal sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) dan sentiasa berbincang dgn pakar yg bertauliah sekiranya anda kemusykilan ttg kesihatan. Jangan tanya penjual produk sampah atau doktor yg bukan doktor kesihatan. Nanti tak pasal2 dapat gout dan sakit buah pinggang. ðŸ¤—🤗
Anda sahaja yg dpt mengubah kehidupan anda. Pilih jalan yg bijak utk hidup sihat dan berkat. ðŸ¥°ðŸ¥°
Dr Fadh
Pakar Perunding Buah Pinggang

*Petikan dari group FB : MYBUAHPINGGANG

Sunday, September 15, 2019

INFO : JOM KITA SELIT MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W DALAM MENU BERBUKA PUASA KITA SEKELUARGA.


1. Barli – Bagus untuk demam
jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata
rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak
ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari
syurga. Boleh mengubati
buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah
anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan
perut
5. Madu – Ia adalah makanan
segala makanan, minuman
segala minuman, ubat
segala ubat. Mengubati cirit
birit jika dibancuh dengan
air panas, membuka selera,
menguatkan perut,
membuang kahak. Elok
diminum waktu pagi
dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) –
Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan
gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan
dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu
baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan
belakang, memperbaiki
otak, memperbaharui
pandangan mata,
membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk
mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan
kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan,
merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan
tubuh dari syaitan & bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan, jangan
diteguk, mudah mendapat
sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."
Semoga Bermanfaat

Saturday, September 14, 2019

MOBOTFLEXI : KAWAN KARIB CIK LIN SELAMAT

Kalau kereta kita jaga dengan baik, Mobotflexi ni pun kita kena jaga dengan baik juga.


Tambahan pula mobotflexi ni kita bawa bukan sahaja untuk ziarah ke sana ke sini tapi kita bawa keluar masuk rumah, pejabat, hospital, masjid (pendek kata semua tempat kita boleh guna mobotflexi).

Bila kita bawa Mobotflexi ni menaiki pesawat, biasanya petugas airport tak sempat nak care mobotflexi ni macam kita care mobotflexi kita, setakat senget sana sini tu kira biasalah.

Sebab itu setiap kali lepas landing, cik lin pasti check tahap kesihatan mobotflexi ni.

Hari ni hari medical check up untuk mobotflexi sejak balik dari tanah suci Mekah.

Kalau nak hantar servis pun boleh tapi itu kena buat appointment dengan Tuan Alauddin Razali yang pakar dalam penyelenggaraan mobotflexi ni.



Wednesday, September 11, 2019

MOBOTFLEXI : #1 PANDUAN UMRAH - KEMANISAN IBADAH ITU BERMULA DENGAN ILMU.


Ramai rakan dan keluarga team Mobot Malaysia sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini bagi mengambil pahala berlipat kali ganda yang Allah janjikan kepada mereka yang menunaikan umrah di bulan Ramadan. Alhamdulillah.
Beberapa minggu lepas semasa Cik Lin menunaikan umrah suhu sekitar 39° tapi semalam ada sahabat yang beritahu suhunya dah meningkat sekitar 44°.
Memang panas terik. Kulit jadi kering dan perit semasa berulang alik ke masjid dan ketika berziarah seperti ke bukit Uhud, Jabal Rahmah dan sebagainya.
Pergerakan pula perlu lebih pantas untuk mengejar waktu solat supaya masa yang beberapa hari itu dapat dimanfaatkan sepanuhnya.
Bayangkan masa di Malaysia suhu 37° pun kita dah mengeluh, berpeluh, merungut air cond tak cukup sejuklah... . Bayangkan jika suhu meningkat...
Sesungguhnya itulah secebis dari ujian dalam mencari redho Allah.
-------------------------
Jadi, sebelum berangkat pastikan kita :
-------------------------
1. Jaga makan minum dan kesihatan kita dengan baik.
2. Sediakan bekalan ubat yang biasa diambil secukupnya - pastikan kita adjust waktu makan ubat ikut waktu di Malaysia khususnya bagi mereka yang kena makan ubat tepat pada waktu. Kos ubat di sana sangat mahal.
Siapkan juga bekalan ubat batuk, demam, selesema termasuk minyak angin/urut. Jika kita sihat, sedekahkan kepada rakan jemaah yang sakit mudah-mudahan mendapat pahala sedekah.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membina stamina. Pergerakan sepanjang di sana memerlukan kita cergas dan yakin diri untuk full swing beribadah.
4. Hadiri majlis ilmu khususnya ilmu berkaitan menunaikan umrah kerana umrah pertama kita adalah umrah wajib.
Pastikan kita lakukan dengan tertib semua rukun umrah, jaga pantang larang semasa dalam ihram dan perkara dos & don't selepas tawaf wadaq. Do not take things for granted, pesan tuan guru.
Jaga kedudukan bahu kiri (ke kaabah) walaupun semasa menggunakan #mobotflexi. Adjust cara duduk supaya kedudukan bahu berada di kedudukan yang betul.
Lakukan ibadah dengan khusyuk dan yakin
5. Jaga tutur kata di mulut, di hati dan yang terlintas di fikiran setiap masa.
Bagi yang akan menunaikan ibadah umrah, saya syorkan belajarlah juga dari perkongsian umrah Ustaz ini supaya umrah kita menjadi lancar.

Sunday, September 8, 2019

MOBOTFLEXI : CIK LIN BALIK DARI UMRAH

Dah seminggu Cik lin balik dari Umrah.
------------------------
Macam tak percaya, akhirnya penantian untuk pergi menunaikan Umrah sehingga selesai walaupun dengan seribu kepayahan namun dah pun berjaya malah mungkin jauh lebih mudah berbanding dengan orang lain yang senasib dengan Cik lin.
Hari ni Cik lin dah back to rutin harian di Kuala Lumpur dan semoga perubahan baik ini terus kekal berterusan.
Banyak yang Cik Lin nak cerita terutama untuk panduan pengguna mobotflexi yang merancang untuk menunaikan Umrah dan haji bersama mobotflexi masing-masing nanti. Kiranya macam Do & Don't lah...
--------------------
Antara tips yang cik lin nak kongsi :
--------------------
1. Persediaan sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah.
2. Semasa di Airport Kuala Lumpur, Malaysia dan Jeddah, Arab Saudi.
3. Pergerakan semasa berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta berziarah ketika di Madinah dan di Mekah. Rugi kalau tak ikut atur cara yang telah disediakan oleh pihak travel agen.
4. Teknik menunaikan tawaf dan saei.
5. Tips nak solat di saf pertama dalam Masjidil Haram dan masjid Nabawi.
6. Tips nak masuk dan solat di Raudhah.
7. Tips membeli dan belah. Ada beza urusniaga di Madinah dan di Mekah.
8. Tips kesihatan dan perubatan.
Setakat itu dulu...
Sepanjang Cik Lin di sana tak putus-putus Cik lin doakan semoga semua pengguna mobotflexi yang beragama Islam akan dapat menunaikan ibadah umrah dan haji dengan lebih mudah.
Cik lin juga doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan segera kepada semua yang sedang sakit dan diberi pertolongan Allah pada setiap saat yang diperlukan.
Salam sayang dari cik lin dan seluruh team Mobotflexi Malaysia kepada semua yang menyokong dan mengikuti Page Mobotflexi ni / +60193866889

Ini umrah ke 2 - miqat di Tannaim .
Pergerakan kena pantas, kalau tidak kita akan menyebabkan jemaah lain terlewat mengerjakan ibadah.

Berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tak perlu bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menolak kerusi roda.

Cik lin boleh urus sendiri jadual harian ketika di Mekah ,

Saturday, September 7, 2019

INFO : PERKONGSIAN DARIPADA USTAZ DATO HJ SHAMSURI HJ AHMAD

Sedikit perkongsian.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
~ Ustaz Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad
#Mobotflexi

Thursday, September 5, 2019

Wednesday, September 4, 2019

MOBOTFLEXI : BANTUAN BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Satu kepuasan bila usaha dijamin Allah dengan hasil yang cukup berbaloi.
Terima kasih kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan yang merealisasikan hasrat En Abdullah untuk memiliki sebuah Mobotflexi.
Beliau datang berkerusi roda yang perlu dibantu anak, kini pulang dengan mobotflexi yang serba serbi multipurpose yang dapat mudahkan pergerakannya.
P/s : Sebelum merungut, tiada bantuan untuk OKU, elok selidik dulu apa yang perlu diperbaiki, kalau orang lain boleh dapat bantuan (sebab dia layak) kenapa anda yang layak tak usaha dapatkan mobotflexi melalui Baitulmal juga?

mobotflexi_bantuan_baitulmal

mobotflexi_bantuan_baitulmal

Sunday, September 1, 2019

TIPS : PERKONGSIAN DARIPADA YB DR DAROYAH ALWI - BAGI SIAPA SELALU BANGUN TIDUR UNTUK BUANG AIR.


Amalan Tiga kali (1/2)
Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.
Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.
Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?
Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.
Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:
Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.
Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.
Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.
2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Kongsikan untuk orang yang kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.
#mobotflexi

Kpd Nadia : Mohon carikan gambar yang bersesuaian dengan posting.


Saturday, August 31, 2019

MOBOTFLEXI : DATANG BERKERUSI RODA, PULANG DENGAN MOBOTFLEXI!


Datang berKERUSI RODA dibantu kawan, pulang dengan MOBOTFLEXI berdikari sendiri dengan penuh sinar harapan!
-----------------
Terima kasih kepada Pusat Zakat Selangor yang prihatin dan amat memahami keperluan saudara Azlan untuk menggunakan mobotflexi menggantikan kerusi roda sedia ada bagi memudahkan pergerakan harian dan perniagaannya.
"Kecacatan bukan satu alasan untuk tidak berniaga dan berjaya" - Saudara Azlan.
P/s : Rujuk komen pertama untuk maklumat permohonan mendapatkan Mobotflexi melalui Pusat Zakat atau hubungi Mobotflexi Advisor Arifin 011 3906 1817 sekarang.



Wednesday, August 28, 2019

MOBOTFLEXI : "MACAM MANA NAK DAPAT BANTUAN DARI AGENSI KERAJAAN UNTUK MILIKI MOBOTFLEXI INI?"


Ini antara soalan paling biasa bakal pengguna MOBOTFLEXI kepada team Mobotflexi@AIDAQ.
Klik je link di bawah ni (atau copy dan paste je di browser google). Baca, sediakan dokumen dan terus mohon ke agensi yang menyediakan biaya / bantuan.
Kalau harga Mobotflexi@AIDAQ ini within budget, elok beli tunai je di Medan Mara, Kuala Lumpur.
Selepas semua SOP diikuti, bawalah pulang Mobotflexi anda dengan penuh semangat berdikari supaya hari-hari mendatang jadi lebih bermakna dan menceriakan.
Pengalaman mereka yang dah beli dan guna mobotflexi, memang berbaloi-baloi bila mobotflexi ada disisi terutama saat diperlukan.
---------------------------------------------------
8 CARA MEMILIKI Mobotflexi
---------------------------------------------------
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=502355013578303&id=214198402393967
--------------------
Cara 1 - Belian Tunai
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=505540089926462&id=214198402393967
Cara 8 - Belian melalui transaksi Goldbar Publicgold
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=505989699881501&id=214198402393967
Dapatkan info lanjut di WhatsApp kami sekarang :
📌 http://www.wasap.my/60126169034/nakMobot
NAK Tawaran Harga 24% DISKAUN dari harga di farmasi anda?
Klik link ini segera sementara stok masih ada :
📌http://www.mobotmalaysia.com/store/p1/MobotFlexi.html