Pegaga @
Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal
belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa.
Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang
bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan
kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba
tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan
minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada
pemulihan.
Dengan
keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian
secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk
dijadikan ubat anti kanser.
Selain itu
terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa
yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai
daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment