Wednesday, March 13, 2019

TIPS : SIMPAN/MENGANGKUT MOBOTFLEXI DALAM KENDERAAN.

Mobotflexi ini beratnya 20kg sahaja, lebih kurang berat 2 kampit beras (kalau dibawa travel tak dikenakan caj pun) manakala berat bateri pula 4.6kg.
.
Nak tahu macam mana nak masukkan mobotflexi ini ke dalam kereta, klik video dibawah ye. Semoga panduan ini membantu kerana dengan cara ini berat mobotflexi ini hanya tinggal lebih kurang 10kg sahaja.
.
Mobotflexi ini tak perlu diangkat dan tak perlukan ruang yang besar atau ramp untuk dibawa dalam kereta.
.
Cuba perhatikan video di bawah, bersama mobotflexi ini, pemandu masih boleh membawa 2 lagi penumpang dewasa dengan selesa ke destinasi mereka.
.
Nak lebih banyak tips?
Hubungi Mobot Advisor kami 012-616 9034.
#mobotflexi menggembirakan. Jom balik kampung!


Your Website Title







How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014


Saturday, March 9, 2019

MOBOTFLEXI: JUJURNYA, BUKAN SEMUA ORANG SESUAI GUNA MOBOTFLEXI.

Mobotflexi vs Mobit XTended


Bagi mereka yang tak sesuai guna Mobotflexi, kami syor gunakan Mobit Xtended. 

Ia demi keselesaan dan kesesuaian derita fizikal yang ditanggung oleh pengguna.

-------------------------------------------------
Mobotflexi vs Mobit XTended
-------------------------------------------------

Cik Lin dan Cik Setia Khadijah menggunakan kedua-duanya semasa membantu pengguna memilih alat bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kenapa dengan Cik Lin?

Cik Lin mengalami masalah rheumatoid artritis dan slip disc.

Cik Lin telah menjalani 3 kali pembedahan tulang belakang yang diklasifikasikan sebagai pembedahan 'major' yang pernah mencemaskan ahli keluarga semua manakala Cik D pula seorang yang sihat dengan diet yang teratur tanpa bergantung kepada ubatan kimia untuk maintain kesihatannya.

Anda bagaimana?
Dah buat yearly medical check up?


Andai takdir tidak menyebelahi kesihatan anda, usah bersedih. 
Jadikan mobotflexi sebagai pembantu setia anda. 
Itu yang cik link lakukan.


P/s : Nak cuba mobotflexi, jom ke Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (Isnin-Jumaat/9.30am - 5.00pm) bawalah insan yang anda sayangi untuk mencuba sendiri mobotflexi ini dan lihatlah senyuman ceria mereka semula.




Thursday, March 7, 2019

WAKAF : HOSPITAL WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA

KASIH Cyberjaya Specialist Centre


Ia merupakan hospital wakaf pertama di Malaysia.

Rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.

Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada di Malaysia ini.

Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai satu entiti yang berlandaskan patuh syariah dan bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.

Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan ahli perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.

Bukan sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan.

Ia menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.

Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.

Kita semua sedia maklum ..

Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada:

1. Golongan Asnaf

2. Mereka yang tidak berkemampuan

3. Pesakit ada kad JKM

4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)

5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)

Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua peralatan datang dalam konsep wakaf.

Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma?

Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.

Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana.

Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.

Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke account:

KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL

KASIH HOLDINGS SDN BHD

26601600017920 - RHB BANK.

( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share.


Friday, March 1, 2019

MOBOTFLEXI : TERIMA KASIH

TERIMA KASIH.

Terima kasih kepada semua yang berusaha dan telah menyokong usaha kami terutama kepada Doktor Pakar rehab, para terapis PPUM dan SOCSO yang sentiasa membantu semua pesakit dan pengguna Mobotflexi.

Bantuan kalian amat bermakna dalam memulihkan semangat para pesakit. Semoga Allah ganjarkan dengan sebanyak-banyak ganjaran pahala asbab profession kalian yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada agensi, pihak pembiaya dan penaja yang telah membantu dan memudahkan pengguna memiliki Mobotflexi.

Yang pasti usaha kalian serta staf yang terlibat sangat kami hargai kerana dengan bantuan itu, ia telah mengembalikan semangat yang hilang dalam diri pengguna untuk bangkit melawan ujian kesakitan yang mereka deritai.

Team Mobotflexi.


#Mobotflexi mengurangi kos perubatanmu.



MOBOTFLEXI : KHABAR BAIK


KHABAR BAIK !

1 lagi kelulusan bagi pemohon Mobotflexi melalui Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Usah fikir berapa harga mobotflexi ini tapi fikirkan berapa nilainya anggota tubuh ini jika terus-terusan menanggung kesakitan.

P/s : Semua pemohon ke #JKM, #baitulmal, Pusat #Zakat negeri layak dapat 24% diskaun dari harga pasaran (RM8,599) di farmasi berdekatan.

Tuesday, February 26, 2019

MOBOTFLEXI : TUA

TUA

Semua orang pasti akan rasai usia tua bila sampai masa tapi untuk rasa tua sebelum masanya jarang sekali berlaku.
Pengalaman ini dirasai oleh anak muda ini di karnival warga emas anjuran JKM dan Perbadanan Putrajaya menggunakan peralatan yang dicipta khas dalam projek kajian penuaan warganegara anjuran UPM baru-baru ini.
Semoga pengalaman ini memberi keinsafan dan bantulah warga tua di sekeliling anda untuk kembali berdiri dengan mengesyorkan mereka supaya menggunakan mobotflexi.


#minimakankesakitan

Sunday, February 24, 2019

MOBOTFLEXI : INOVASI BARU

InsyaAllah akan ada inovasi baru untuk mereka yang berat badan melebihi 160kg.

Kami faham bagaimana mereka mahu kembali berdikari seperti pengguna Mobotflexi yang lain namun setakat ini Mobotflexi hanya boleh menampung berat sehingga 150kg sahaja.
Mobit Xtended juga tidak begitu sesuai memandangkan saiz dan struktur kerusi roda yang digunakan kurang mesra Mobit Xtended walaupun Mobil Xtended boleh menarik beban sehingga 220kg.
Kami sangat utamakan keselamatan dan keselesaan pengguna sebelum menyerahkan produk kami kepada mereka.

Fokus kami lebih kepada memberi solusi dan membantu memilih device yang sesuai untuk mereka / pengguna kembali ceria dan berdikari.
Semoga ada solusi segera untuk sahabat kita ini -

Thursday, February 21, 2019

MOBOTFLEXI : KAMI MAHU MEREKA SENYUM & SENTIASA RASA DIHARGAI





Kami mahu mereka senyum dan sentiasa rasa dihargai.

Karnival pagi tadi berakhir dengan rasa lega sangat bila usaha team AIDAQ mensejahterakan warga emas kini diberi perhatian serius oleh pihak berwajib dan pihak perubatan.
Kepada warga emas khususnya pemegang kad OKU, peluang untuk menggunakan mobotflexi dalam aktiviti harian lebih cerah sekarang.
Permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Sabah dan Sarawak boleh dibuat secara terus tanpa perlu orang tengah.
Anda hanya perlu isi borang, lengkapkan syarat dan berikan justifikasi paling optima untuk gunakan mobotflexi dalam aktiviti harian seperti ke hospital, bekerja, membeli belah di pasar raya dan sebagainya tanpa perlu selalu bergantung kepada pembantu.
Selain itu, pihak Baitulmal juga menyediakan pembiayaan penuh kepada asnaf dan pemohon mobotflexi yang layak. Dalam tempoh 10 bulan lepas, 5 pemohon asnaf telah berjaya mendapat dan menggunakan mobotflexi masing-masing.

- ACTUALLY KEPADA YANG MEMERLUKAN, ADA BANYAK CARA UNTUK DAPATKAN MOBOTFLEXI INI DARI CARA TUNAI HINGGALAH KE CARA DIBIAYAI PENUH OLEH PIHAK BERWAJIB - kesungguhan anda menentukan segalanya.

- KESIHATAN ITU JAUH LEBIH MAHAL DARI APA YANG PERNAH KITA PERNAH MILIKI 
#mobotflexi dan #JKM mensejahterakan.

Wednesday, February 20, 2019

MOBOTFLEXI : PERSEDIAAN KITA

PERSEDIAAN KITA.
.

Menginjak usia saban tahun itu pasti tapi apa persediaan kita supaya kita kekal sihat atau paling tidak, kita masih bisa menikmati kehidupan paling berdikari dalam semua aktiviti.

.

Jom luangkan sedikit masa untuk sertai karnival anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan untuk mensejahterakan warga emas.
.
PROGRAM KARNIVAL WARGA EMAS 2019
------------------------------------------------------------
TARIKH : 21/02/2019 (KHAMIS)
MASA : 7.00 PAGI - 1 PETANG
TEMPAT: RUANG LEGAR, DEWAN SERI SIANTAN, JALAN P3 F, PERSINT 3, 62100 PUTRAJAYA.
.
PENGISIAN :
Sesi 1 - Persediaan di Hari Emas
Panel : Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Amanah Raya dan Persatuan Pesara.
.
Sesi 2 - Penuaan Sihat
Panel : KKM, KWSP dan PPj
.
Temui Team Mobot Malaysia untuk test ride #Mobotflexi nanti ye.

Friday, February 15, 2019

MOBOTFLEXI : SEMPOI JE ATUK NI!

SAMPOI JE ATUK NI!

"Ni macam basikal atuk zaman dulu cuma basikal atuk dulu guna kat luar rumah je tapi yang ini boleh bawa masuk dalam rumah, atuk suka! Nah ambil ni, atuk nak beli, ada bagi diskaun kan..?" Terkesima Mobot Advisor Syafa melihat gelagat atuk.
Semua Mobot Advisor AIDAQ telah dilatih untuk beri penerangan lengkap dulu sebelum menjual Mobotflexi. Kami tak ambil mudah macam jual basikal atau jual scooter kepada mereka yang memerlukan Mobotflexi.
Pesan prinsipal, jujurlah ketika berhadapan dengan pelanggan terangkan dengan jelas manfaat mobotflexi, spesifikasi, cara penggunaan dan penjagaan, harga, diskaun, alat ganti, servis, warranty, insuran kemalangan diri, aksesori termasuk kelemahannnya dan segala macam benda yang pelanggan patut tahu sebelum mereka invest sejumlah wang untuk beli Mobotflexi sebab bukan semua pelanggan sesuai guna Mobotflexi walaupun mereka mampu beli Mobotflexi ini.

Ada ke bakal pelanggan yang tak layak guna Mobotflexi?
Jawapannya : ADA.
Kategori yang macam mana tak sesuai guna Mobotflexi ni?

1. Pengidap parkinson

2. Lumpuh seluruh badan

3. Mental disorder

4. Masalah pinggang lembik / tak boleh tegak

5. Masalah penglihatan dan buta


Selain di atas setakat ini tak ada masalah.

Atuk ni mengalami masalah sakit lutut dan bila sakitnya menyerang atuk tak boleh banyak berjalan. Sakitnya... Tuhan saja yang tahu.
"Lutut atuk akan kurang sakit kalau kurang berjalan tapi atuk ni suka berjalan." Luah atuk sambil pegang lututnya yang mungkin tengah sakit sebelum beredar meninggalkan Mobot Advisor Syafa dan Mobot Advisor Ain di pintu AIDAQ .
P/S : Pakai t-shirt pagoda je atuk ni datang membeli belah kerana dia tahu

#Mobotflexi ni boleh menyelesaikan masalah.
http://www.wasap.my/60126169034 - Mobot Advisor

Tuesday, February 12, 2019

MOBOTFLEXI: TERIMA KASIH PUAN FAUZIAH ATAS PEMBELIAN MOBOTFLEXI


SAAT DIPERLUKAN.

Sokongan yang paling diperlukan adalah sokongan dari ahli keluarga bila seseorang itu disahkan berhadapan dengan ujian kesihatan.

Dan ... untuk anda, team Mobotflexi akan sentiasa ada untuk jadi sebahagian dari keluarga yang memudahkan pergerakan anda.

Datanglah ke AIDAQ dan bawalah pulang seunit Mobotflexi hari ini - 012-6169034