Wednesday, September 26, 2018

MOBOT FLEXI DI MASJID AS SOBIRIN

Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman Cik Lin semuanya.

Harap semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
.
Cik Lin nak kongsikan event Mobot Flexi sebab Cik Lin baru dapat UPDATE dari team Mobot Flexi.
.
Team MobotFlexi akan berada berada di Masjid As Sobirin Lembah Keramat Hulu Klang. Maklumat event seperti dibawah:

Tarikh : 29/09/2018 (Sabtu )
Waktu : 9.00am-12.00pm
Event :  AGM Masjid 2018
.

Bagi siapa yang berkelapangan dan duduk dikawasan berdekatan, moh lah singgah datang dekat Masjid As Sobirin, mana tahu boleh jumpa dengan Cik Lin. 
.
Jumpa disana!!!

Monday, September 17, 2018

MOBOT FLEXI : "BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA"

"BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA" - EN GOBI, 
Presiden Pertubuhan Persatuan kelab golongan Orang Kelainan Upaya. (KG KU)

----------------------
Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman Cik Lin Selamat.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan kisah seseorang ataupun individu bernama Gobi.
Kisah ini dari petikan akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Selamat membaca!
-----------------------------------------------

25 tahun lalu En Gobi telah menjalani satu pembedahan kecil yang mengakibatkan saraf kedua belah kakinya menjadi lemah dan hilang upaya pergerakan normal. 
Pergerakan beliau menjadi sangat terhad dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak ke sana ke mari dan tidak pernah berjumpa dengan produk yang sesuai dengan pelbagai situasi seperti mobotflexi.
Selepas pembedahan yang seterusnya, beliau menaruh harapan akan ada sebuah keajaiban akan terjadi namun ia seperti suatu yang mustahil sehingga akhirnya beliau redha dengan takdir yang telah tertulis ke atas dirinya.
Berbekalkan semangat dan kasih sayang kepada orang lain yang senasib dengannya, beliau bangkit membantu orang lain.
Sehingga kini, beliau melalui persatuan dan kelabnya telah membantu hampir 200,000 golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas sejak 16 tahun lalu dengan pelbagai bentuk bantuan asalkan mereka tabah untuk terus menjalani kehidupan dengan minima rasa terkilan di hati.
Kagum sungguh kami dan seluruh team Mobotflexi dengan usaha murni En Gobi ini, sedangkan beliau sendiri pun perlukan bantuan namun beliau tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai alasan untuk tidak menolong orang lain.
Kini sebagai Presiden Kelab Golongan Orang Kurang Upaya (KG KU) beliau mahu lebih ramai OKU bangkit berdikari dan keluar dari kepompong ketakutan dan rasa malu kerana hilang daya upaya pergerakan termasuk menyertai aktiviti kemasyarakatan dan menjadi sebahagian dari penyumbang kepada ekonomi negara.
Biar kecil sumbangan itu tapi berhasil!
Beliau sanggup turun naik pejabat dan agensi kerajaan memperjuangkan nasib golongan kurang upaya ini agar terbela dan dilindungi dari perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Di Karnival Job Fair OKU 2018 ini beliau hadir untuk memberi sokongan dan nasihat kepada bakal-bakal pencari kerja dari kalangan OKU agar tabah dengan dugaan yang mereka sedang lalui tanpa rasa penyesalan.
Jiwanya penuh rasa keinsanan untuk melihat sinar bahagia disetiap wajah mereka yang kurang bernasib baik.
.
----------------------------------------------------

Itulah serba sedikit perkongsian dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Rumusannya, tak kira bangsa, kita tolonglah mereka yang memerlukan walaupun bukan dengan wang ringgit dan jangan sesekali kita pandang rendah pada mereka iaitu golongan OKU kerana azam mereka untuk berdikari lebih tinggi daripada kita, insan yang cukup sifat.
.
Saksikan video temuramah bersama En Gobi dengan team MobotFlexi dibawah ini: 



Sumber:
Akaun rasmi Facebook @mobotflexi


Sunday, September 16, 2018

MOBOT FLEXI DI KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018

KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018
-------------------
Assalamualaikum, sahabat blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi.
Cik Lin harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Aamiin.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin di event MobotFlexi yang berlangsung pada 15hb Sept 2018 yang lepas bertempat di Kompleks Sukan Dato Keramat.
.
Alhamdulillah Cik Lin dapat join event team MobotFlexi, akhirnya.
.
Di event ini, banyak memberi ruang pengajaran yang tak terhingga kepada Cik Lin secara peribadi.
Berikut adalah petikan dipetik dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi
.
---------------------------
Kini semakin ramai majikan yang membuka peluang pekerjaan kepada sahabat OKU yang berkebolehan menyertai team kakitangan syarikat mereka.
.
Hari ni saja 18 buah syarikat termasuk RHB Bank, Mydin, AEON, Coway, 7 eleven, Lorry 365, Prudential BSN dan beberapa syarikat lagi telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada OKU yang terdiri dari pemegang sijil, diploma, ijazah dan PHD.
Rasa lega bila melihat situasi ini. 
Segala usaha mengharmonikan negara bangsa semakin menyerlah apabila masyarakat bukan sahaja menunjukkan sikap prihatin malah sedia berkongsi peluang dengan mereka yang OKU.
--------------------
Ada ke majikan yang nak tahu kelebihan kepada syarikat mereka jika menggajikan OKU? 
--------------------
Hari ini merupakan hari penyuntik semangat kepada team Aidaq untuk terus berbakti. Kami bermula dengan simpati dan kita berkongsi simpati dengan para majikan kepada sahabat OKU yang memerlukan pekerjaan.
Kini Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO telah membuka laluan kepada team Aidaq untuk mengenengahkan manfaat mobotflexi kepada mereka yang memerlukan terutama dalam membantu sahabat OKU berdikari samada untuk keperluan peribadi mahupun untuk tujuan pekerjaan.
.
Mobotflexi menawarkan 24% diskaun bagi setiap pembelian dengan warranty dan perlindungan insurans kemalangan (terhad sehingga umur 72 tahun).
Kepada yang layak boleh mohon bantuan yang disediakan oleh Baitulmal Perkeso dan JKM tertakluk kepada terma dan syarat agensi.
Yang penting mesti ada surat pengesahan Doktor pakar tentang tahap kesihatan, kecacatan dan keperluan untuk anda gunakan mobotflexi.
.
Terima kasih yang tak terhingga kepada YB Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi yang sudi bersama meraikan majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja, agensi sokongan, Persatuan OKU dan warga emas yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program karnival job fair OKU 2018 ini.
.
------------------------------------------------------------------------------------------

Rumusannya : 
Cik Lin amat berbangga dengan pelajar-pelajar PLPP (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya) dan OKU yang lain yang gagah datang ke event tersebut samada dengan cikgu, keluarga mahupun sendiri kerana mereka nak tampung / belajar berdikari untuk keluarga yang telah bersusah payah untuk mereka. 
.
Oleh itu, bagi kita yang cukup sifat ini janganlah mengeluh untuk berjaya dan bandingkan diri anda dengan golongan OKU yang berjaya berdikari dan peroleh kejayaan yang tersendiri.

Thursday, September 6, 2018

MOBOTFLEXI: BANGKIT DAN BERUBAH BERSAMA MOBOTFLEXI



BANGKIT DAN BERUBAH BERSAMA MOBOT FLEXI
===========================================
.
.
Sakit bukan lagi penghalang! Pergerakan yang terbatas tidak lagi menyusahkan orang lain. Kini bebas bergerak bersama MOBOT FLEXI
.
.
"Kini segala urusan saya makin mudah dengan Mobot flexi" - Cik Lin Selamat, Kuala Lumpur.
.
.
"Pernah terfikir nak mudahkan rutin pergerakan ibu ayah atau keluarga tersayang? Kalau dulu mereka memang tak ada masalah nak ke sana ke mari cuma kini..."
.
.
Kami membantu memudahkan mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal kembali berdikari, ceria dan dapat menjalani aktiviti harian tanpa bergantung kepada pembantu atau kerusi roda lagi.
.
.
Antara pengguna yang mendapat manfaat Mobot Flexi ini adalah mereka yang :-
-----------------------------------
Kurang upaya fizikal,
Lemah akibat Stroke,
Polio
Masalah lutut/kaki/sendi/gout
Kecacatan akibat kemalangan / OKU
Mudahkan ibu ayah dan warga emas untuk ke masjid/ menunaikan umrah
Ahli keluarga atau pesakit yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital seperti fisioterapi dan sebagainya
.
.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi ke nombor telefon 012 - 3399034

Saturday, July 14, 2018

MOBOTFLEX-i: PEMBUKAAN BOOTH MOBOTFLEX-i DI IJN

MOBOT MALAYSIA AKAN BERADA DI INSTITUT JANTUNG NEGARA PADA 18 - 19 JULAI 2018 INI! 

Jom datang beramai-ramai untuk pandu uji Mobotflexi-i bermula 8.30pg-5ptg.

-----------------------------------------------------------------------------------

MOBOTFLEX-i NI APA YE? 

.
MobotFlex-i ini adalah gabungan escooter dan wheelchair (2 in 1) (Mobility Scooter) yang boleh digunakan di dalam dan luar rumah untuk urusan di hospital, beriadah di taman, ke surau, ketika mengerjakan umrah, haji dan beribadah, ke kolej, pejabatpasaraya atau memudahkan pergerakan ketika bercuti berbanding menggunakan kerusi roda biasa. 
.
Ia tidak perlukan pembantu (seperti wheelchair) dan ini memberi semangat baru untuk mereka kembali berdikari dan ceria semula
.

ANTARA KELEBIHAN MOBOTFLEX-i 

-----------------------------------------------------------
Bagi yang dah cuba Mobotflex-i ni, pasti jatuh hati. Mudah, cepat dan simple.
1. Boleh dilipat dan mudahalih untuk dimasukkan ke dalam kenderaan. Panjang 0.85m dan 0.52m ketinggian.
2. Memudahkan pergerakan di laluan sempit, pusingan 'U' dan mempunyai kemudahan mengundur (reverse).
+ Ia menggunakan 3 roda bersaiz : 200mm (depan) & 250mm (belakang).
+ Ia juga dilengkapi dengan bar & hon keselamatan, brake & lampu
3. Berat bersih : 20kg / Berat muatan maksimum : 150kg
4. Ia mudah dikendalikan dan stabil walaupun ketika membuat pusingan penuh.
5. Tidak menggunakan petrol (jimat kos) dan tiada lesen diperlukan.



Friday, June 22, 2018

KENAPA OPAH SEDIH SELEPAS MERIAHNYA SUASANA HARI RAYA...?

Seminggu sebelum raya, cuti sekolah dah mula.
.
Ramai jugalah mak ayah yang hantar anak-anak balik kampong untuk tolong atuk dengan opah buat
.
Dari opah tak pandai order langsir kat lazada, udah cekap opah tekan button itu ini…. hahaha…
.
Tapi tulah… pejam celik hari ni dah 3 hari raya, anak cucu yang ramai tadi dah berbondong-bondong meninggalkan atuk dengan opah untuk balik ke rumah masing-masing. 

.
Mulalah berkaca mata opah, asyik masuk abuk jelah... Atuk pulak control macho… “udah ler tu, bulan depan depan dema balik lagi lah…”
.
Tetibalah rasa sakit belakang, sakit tumit, sakit lutut pun makin kuat, tak berapa selera la nak makan, pendek kata macam ada yang tak kena je. Koyok pun dah tampal tapi macam tak kurang je sakitnya…
.
Faham…
Anak-anak faham cuma tuntutan kerja tu menyebabkan kena juga balik ke kota tempat mencari rezeki.
.
“… mak, bulan depan kita beli mobot flexi yang mak tengok dalam facebook tu ye, senang mak nak pi kedai ke, surau ke… nak masuk dalam kereta pun senang, abah boleh lipat dan masukkan dalam bonet kereta je, lebih kurang berat macam 2 kampit beras Jasmine yang mak selalu belanja kat Mydin tu…” 
.
"... Kalau mak nak tengok, klik link Shopee ni : http://nak.la/mflexi
persiapan raya.
 tapi bulan depan dah tak ada Diskaun Voucher RM536.00 tu lagi ler. .."
.
“… mak lupa pulak, apa bendanya MOBOT FLEXI tu?"
.
“… ooo Mobot Flexi tu gabungan skuter dan wheelchair (2 in 1), mak boleh gunakan dalam dan luar rumah masa nak pi jumpa Doktor kat hospital, jalan-jalan kat pasar sari, ke surau, Mydin ke atau kalau ada rezeki tahun depan mak nak pi umrah pun boleh bawa juga. Masa tu tak payah suruh abah tolak wheelchair mak lagi…. Ok kan mak?...”
.
Berbunga hati mak. 
Mak senyum.
Redha…
.
#Mobotflexi, ceriakan harimu
www.mobotmalaysia.com

Thursday, June 14, 2018

SALAM LEBARAN AIDILFITRI 1439H / 2018M

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Disini, Cik Lin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Salam Lebaran.





















source photo: Internet

Saturday, June 9, 2018

MOBOT FLEXI - INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA (BHGN 2)

Salam Ramadhan dan salam sejahtera buat semua kawan-kawan Blogger Cik Lin Selamat.

Haa...Mesti semua tertunggu-tunggu update dari Cik Lin kan, 

Update apa???

.
.
.
.
.
.
.
Update khasiat herba lah...

Selamat membaca.
----------------------------------------------------------------------------
INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA


KUNYIT HITAM
  • KEGUNAAN DAN KHASIAT
    • Merawat ketumbuhan pada sendi (tumor joint)
    • Merawat penyakit kusta
 --------------------------------------------------------
INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA
    PEGAGA
    • FUNGSI:
      • Umum – digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta kesuburan wanita
      • Daun – berfungs sebagai astrigensia dan tonikum
    • KEGUNAAN DAN KHASIAT
      • Mengurangkan tekanan darah tinggi
      • Menguatkan saluran darah dan kapilari
      • Merawat kejang, bengkak dan kebas kaki
      • Mencegah nyamuk
      • Melambatkan proses penuaan
      • Membuang bahan toksik dalam sistem tubuh badan
    • NEGARA LAIN YANG MENGAMALKAN PENGAMBILAN PEGAGA
      • Barat: tonik saraf – merehatkan dan menambahkan ingatan
      • India: digunakan dalam mengatasi masalah kulit
      • Timur: digunakan untuk mengatasi masalah kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.


    Sumber: Transformasi LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), Edisi 2 / 2017
    Sumber gambar: Internet , Wikipedia





    Wednesday, June 6, 2018

    MOBOT FLEXI - INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA (BHGN 1)


    Salam Ramadhan dan salam sejahtera buat semua kawan-kawan Blogger Cik Lin Selamat.

    Disini, Cik Lin mengambil kesempatan untuk berkongsi info berkenaan herba-herba yang terdapat dan senang untuk didapati di Malaysia untuk kebaikan kesihatan kita semua. 

    Selamat membaca.
    ----------------------------------------------------------------------------
    INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA
    • HEMPEDU BUMI
    KEGUNAAN DAN KHASIAT:

    • DAUN HEMPEDU BUMI : 
      • Dapat menurunkan darah tinggi,
      • Pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
      • Merawat antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak.
      • Merawat kencing manis,
      • Merawat gigitan serangga
    CARA KEGUNAAN:
      • Merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.
      • Menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannaya pada luka.               

    Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

    --------------------------------------------------------------
    INFO KHASIAT HERBA DI MALAYSIA
    SAMBUNG NYAWA
    KEGUNAAN DAN KHASIAT:
    Dapat mengurang dan merawat penyakit seperti dibawah:
    • Kolestrol,
    • Menurunkan tekanan darah tinggi,
    • Sembelit,
    • Kencing manis,
    • Kanser,
    • Masalah buah pinggang,
    • Ginjal,
    • Disentri,
    • Infeksi kerongkong,
    • Perdarahan,
    • Ketidakseimbangan datang haid
    CARA KEGUNAAN:
    • Dimakan mentah sebagai ulam
    • Batang tanaman sambung nyawa – dapat meredakan demam
    • Umbi sambung nyawa – dapat menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan serta patah tulang
    Sumber: Transformasi LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), Edisi 2 / 2017
    Sumber gambar: Internet , Wikipedia




    Tuesday, June 5, 2018

    PENGHUJUNG RAMADHAN, BANYAKKAN SEDEKAH.

    Saya panjangkan.
    SANGGUP GADAI TANAH UNTUK BANGUNKAN MASJID?
    --------------------------------------------------------------------------------
    Kompleks dan Masjid ini adalah impian abang saya almarhum Ustaz Murtadha Yusof.
    Ramai tak tahu, semasa hayat almarhum, almarhum bergolok gadai tanah beliau sendiri untuk projek ini.

    Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan, 4 bulan lalu.
    Kemalangan tersebut pernah mendapat liputan media.
    Saya berjanji dengan almarhum yang akan usaha untuk bangunkan projek ini insyaAllah.

    Dana yang diperlukan untuk pembagunan Fasa 1 projek ini adalah RM3.5 juta. InshaAllah, dengan dana sebanyak ini, akan disiapkan :
    #1. Sebuah masjid dengan kapasiti 1,000-1,500 orang dalam satu-satu masa.
    #2. Maahad tahfiz (sekarang 61 orang pelajar)
    #3. Pondok pengajian pelajar dan warga emas.(60 unit)

    Bayangkan, bila siap pusat ini, betapa bermanfaat untuk umat.
    Ia impian peninggalan almarhum Ustaz Murtadha Yusof.
    Kutipan baru dilancarkan 30 Mei baru-baru ini, Alhamdulillah dalam 24 jam pertama, kita dah berjaya kutip RM34,578.

    Jumlah penyumbang : 178 orang.
    Purata sumbangan : RM194/orang.
    Mustahil RM3.5 juta dalam 14 hari ?
    Kalau 1 share dapat tarik 10 orang penyumbang RM100/orang,
    3,500 share dah cukup. Jadi ia TIDAK MUSTAHIL.

    Kalau saya saja yang post, memang mustahil.
    Jadi saya sangat memerlukan RAMAI orang post.
    Jom sekurang-sekurangnya kita biarkan POST ini ada di timelines anda pun jadilah dengan SHARE kepada seramai mungkin.

    Semoga Allah murahkan rezeki dan panjang umur buat semua yang membantu kemaslahatan Kompleks Dakwah Darul Murtadha.
    KOMPLEKS DAKWAH DARUL MURTADHA ( MAYBANK )
    552059800910
    Alamat : LOT 11559 KG TELUK SG LAYAR 08000 SUNGAI PETANI KEDAH.
    Mohammad Yaakub Yusra
    014 6019090 ( office )
    013- 4215791

    Andai tidak mampu dgn sumbangan.
    Tolonglah bantu copy dan forward ke Group whatapps dan telegram ya.
    Atau bantu dengan SHARE di facebook masing2.
    Terkadang duit tidak datang dari poket kita tapi ASBAB kita bantu sebarkan maklumat.
    SEDIKIT TANDA INGAT, BANYAK TANDA ADA ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

    Monday, June 4, 2018

    MOBOT FLEXI - KEGEMBIRAAN BERSAMA!

    KONGSI KEGEMBIRAAN.
    .
    Selepas menjalani pembedahan di lutut kanan, kini lutut kirinya pula perlu dibedah tapi disebabkan beberapa kekangan Hajjah Mariam menangguhkan dulu niatnya.
    .
    Kebetulan hari yang sama di IJN, 
    team #MobotMalaysia sedang mempromosikan penggunaan Mobot flexi, manakala beliau mempunyai rawatan susulan di IJN. 
    .
    Jadi, apa lagi, Hajjah terus mencuba keselesaan menggunakan Mobot flexi, siap shopping buah anggur segar di kiosk berhadapan dengan booth kami lagi...
    .
    Yang pasti Hajjah yang ditemani suaminya sangat enjoy menggunakan Mobot flexi dan kebetulan Hajjah baru sahaja menyambut hari ulang tahun beliau.

    .
    Jadi, Hajjah  bercadang untuk menghadiahkan dirinya sebuah Mobot flexi.
    .
    Semoga Hajjah dikurniakan kesihatan yang lebih baik manakala lutut kiri Hajjah dapat lebih relax berbanding sebelum ada mobot flexi,.
    .
    #MobotMalaysia
    Membawa kebahagiaan.