Monday, September 17, 2018

MOBOT FLEXI : "BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA"

"BUKAN UNTUK SAYA TAPI UNTUK MEREKA YANG PERLUKANNYA" - EN GOBI, 
Presiden Pertubuhan Persatuan kelab golongan Orang Kelainan Upaya. (KG KU)

----------------------
Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman Cik Lin Selamat.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan kisah seseorang ataupun individu bernama Gobi.
Kisah ini dari petikan akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Selamat membaca!
-----------------------------------------------

25 tahun lalu En Gobi telah menjalani satu pembedahan kecil yang mengakibatkan saraf kedua belah kakinya menjadi lemah dan hilang upaya pergerakan normal. 
Pergerakan beliau menjadi sangat terhad dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak ke sana ke mari dan tidak pernah berjumpa dengan produk yang sesuai dengan pelbagai situasi seperti mobotflexi.
Selepas pembedahan yang seterusnya, beliau menaruh harapan akan ada sebuah keajaiban akan terjadi namun ia seperti suatu yang mustahil sehingga akhirnya beliau redha dengan takdir yang telah tertulis ke atas dirinya.
Berbekalkan semangat dan kasih sayang kepada orang lain yang senasib dengannya, beliau bangkit membantu orang lain.
Sehingga kini, beliau melalui persatuan dan kelabnya telah membantu hampir 200,000 golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas sejak 16 tahun lalu dengan pelbagai bentuk bantuan asalkan mereka tabah untuk terus menjalani kehidupan dengan minima rasa terkilan di hati.
Kagum sungguh kami dan seluruh team Mobotflexi dengan usaha murni En Gobi ini, sedangkan beliau sendiri pun perlukan bantuan namun beliau tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai alasan untuk tidak menolong orang lain.
Kini sebagai Presiden Kelab Golongan Orang Kurang Upaya (KG KU) beliau mahu lebih ramai OKU bangkit berdikari dan keluar dari kepompong ketakutan dan rasa malu kerana hilang daya upaya pergerakan termasuk menyertai aktiviti kemasyarakatan dan menjadi sebahagian dari penyumbang kepada ekonomi negara.
Biar kecil sumbangan itu tapi berhasil!
Beliau sanggup turun naik pejabat dan agensi kerajaan memperjuangkan nasib golongan kurang upaya ini agar terbela dan dilindungi dari perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Di Karnival Job Fair OKU 2018 ini beliau hadir untuk memberi sokongan dan nasihat kepada bakal-bakal pencari kerja dari kalangan OKU agar tabah dengan dugaan yang mereka sedang lalui tanpa rasa penyesalan.
Jiwanya penuh rasa keinsanan untuk melihat sinar bahagia disetiap wajah mereka yang kurang bernasib baik.
.
----------------------------------------------------

Itulah serba sedikit perkongsian dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi.
.
Rumusannya, tak kira bangsa, kita tolonglah mereka yang memerlukan walaupun bukan dengan wang ringgit dan jangan sesekali kita pandang rendah pada mereka iaitu golongan OKU kerana azam mereka untuk berdikari lebih tinggi daripada kita, insan yang cukup sifat.
.
Saksikan video temuramah bersama En Gobi dengan team MobotFlexi dibawah ini: 



Sumber:
Akaun rasmi Facebook @mobotflexi


No comments:

Post a Comment