Sunday, September 16, 2018

MOBOT FLEXI DI KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018

KARNIVAL JOB FAIR OKU 2018
-------------------
Assalamualaikum, sahabat blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi.
Cik Lin harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Aamiin.
.
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin di event MobotFlexi yang berlangsung pada 15hb Sept 2018 yang lepas bertempat di Kompleks Sukan Dato Keramat.
.
Alhamdulillah Cik Lin dapat join event team MobotFlexi, akhirnya.
.
Di event ini, banyak memberi ruang pengajaran yang tak terhingga kepada Cik Lin secara peribadi.
Berikut adalah petikan dipetik dari akaun rasmi Facebook @mobotflexi
.
---------------------------
Kini semakin ramai majikan yang membuka peluang pekerjaan kepada sahabat OKU yang berkebolehan menyertai team kakitangan syarikat mereka.
.
Hari ni saja 18 buah syarikat termasuk RHB Bank, Mydin, AEON, Coway, 7 eleven, Lorry 365, Prudential BSN dan beberapa syarikat lagi telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada OKU yang terdiri dari pemegang sijil, diploma, ijazah dan PHD.
Rasa lega bila melihat situasi ini. 
Segala usaha mengharmonikan negara bangsa semakin menyerlah apabila masyarakat bukan sahaja menunjukkan sikap prihatin malah sedia berkongsi peluang dengan mereka yang OKU.
--------------------
Ada ke majikan yang nak tahu kelebihan kepada syarikat mereka jika menggajikan OKU? 
--------------------
Hari ini merupakan hari penyuntik semangat kepada team Aidaq untuk terus berbakti. Kami bermula dengan simpati dan kita berkongsi simpati dengan para majikan kepada sahabat OKU yang memerlukan pekerjaan.
Kini Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO telah membuka laluan kepada team Aidaq untuk mengenengahkan manfaat mobotflexi kepada mereka yang memerlukan terutama dalam membantu sahabat OKU berdikari samada untuk keperluan peribadi mahupun untuk tujuan pekerjaan.
.
Mobotflexi menawarkan 24% diskaun bagi setiap pembelian dengan warranty dan perlindungan insurans kemalangan (terhad sehingga umur 72 tahun).
Kepada yang layak boleh mohon bantuan yang disediakan oleh Baitulmal Perkeso dan JKM tertakluk kepada terma dan syarat agensi.
Yang penting mesti ada surat pengesahan Doktor pakar tentang tahap kesihatan, kecacatan dan keperluan untuk anda gunakan mobotflexi.
.
Terima kasih yang tak terhingga kepada YB Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi yang sudi bersama meraikan majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja, agensi sokongan, Persatuan OKU dan warga emas yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program karnival job fair OKU 2018 ini.
.
------------------------------------------------------------------------------------------

Rumusannya : 
Cik Lin amat berbangga dengan pelajar-pelajar PLPP (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya) dan OKU yang lain yang gagah datang ke event tersebut samada dengan cikgu, keluarga mahupun sendiri kerana mereka nak tampung / belajar berdikari untuk keluarga yang telah bersusah payah untuk mereka. 
.
Oleh itu, bagi kita yang cukup sifat ini janganlah mengeluh untuk berjaya dan bandingkan diri anda dengan golongan OKU yang berjaya berdikari dan peroleh kejayaan yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment