Friday, November 8, 2019

INFO: STROK & LUMPUH SEBAHAGIAN BADAN

Ketika kita diuji dengan musibah, kita mungkin terlepas pandang banyak perkara, jadi bila ada info seperti ini simpan dan jika ada yang perlukannya kita share je.

Stroke atau lumpuh boleh terjadi tanpa tanda awal malah ada setengah kes ia pernah berlaku dalam tidur.

Mungkin perkongsian ini boleh membantu mereka kembali pulih seperti sedia kala.

#Mobotflexi prihatin

*NOTA : Klik pada gambar di bawah untuk pautan video.


Thursday, November 7, 2019

MOBOTFLEXI: DOA BUAT ANAK-ANAK SYURGA

Hari ni En Dzul suami isteri datang ke Aidaq @mobotflexi Medan Mara untuk cuba sendiri mobotflexi, sebelum ni beliau hanya dengar tentang mudahnya kawan maknya guna ke sana ke mari dan bila maknya selesa mereka terus buat keputusan beli seunit mobotflexi.

Lepas diskaun 24% dan dapat pelbagai aksesori berguna, Mobotflexi ni masih murah berbanding dengan kos rawatan hospital mak sebelum ini, katanya.

"Mak memang dah lama sakit lutut, dah inject gel pun tapi sakit tu datang juga. Nak operate bimbang pula dengan risiko lain yang mungkin ada since mak dah cecah 73 tahun ni..." begitulah prihatinnya pasangan ini kepada ibu mereka.

"Actually nak beli motorised wheelchair untuk mak tapi mak kata kawannya makcik Naemah yang dah guna mobotflexi ni jauh lebih mudah, ada tempat letak barang dan tak nampak macam orang sakit sangat, mak bukan tak boleh jalan langsung..."

#Kelebihan mobotflexi ni :
1. Boleh dilipat dan di masukkan dalam bonet kereta sekecil axia.
2. Ada bakul dan carrier depan belakang, mudah nak bawa barang masa beli barang dapur atau nak pi mengaji di surau.
3. Berat idealnya sekitar 2 kampit beras, masih consider tak terlalu berat untuk pembantu / grabber yang nak tolong angkat.
5. Bateri pun tak perlu dicaj setiap hari. Full bateri boleh digunakan sehingga 30km / 16jam perjalanan tapi tak kan nak guna berterusan pulak kan!
6. Boleh digunakan dalam hospital, shopping mall, airport, Kawasan kejiranan beriadah, pendek kata semua tempat Wheelchair boleh pergi mobotflexi ni pun boleh sampai.
7. Ada gear reverse. Motorsikal pun tak ada gear reverse.
8. Mobotflexi ini stabil. Didatangkan dengan 3 tayar besar dan 4 tayar pengimbang (kecil) tak mudah terbalik atau terjongket.

P/s : Jemput tuan puan datang ke Medan Mara untuk mencuba sendiri mobotflexi ini. Boleh call atau wasap ke 0126169034 untuk temujanji.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Wednesday, November 6, 2019

MOBOT FLEXI : URUSAN PENTING MEMBAWA MOBOTFLEXI MENAIKI PESAWAT

Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan semua :

  • peralatan, 
  • kelengkapan dan 
  • dokumen perjalanan 
telah ada dan disimpan dengan rapi dalam pemantauan kita.

Simpan dalam hand carry supaya bila kita perlukannya mudahlah kita ambil terutama ketika berurusan dengan pihak imigresen dan kastam nanti.

Ni Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin dan Pn Aida yang membawa 2 unit mobotflexi dalam misi umrah lepas.

-------------------

1. Maklumkan kepada travel agen yang kita membawa mobotflexi a. k. a scooter wheelchair (tiada bayaran tambahan dikenakan) untuk kegunaan sepanjang kita menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.
+ Serahkan dokumen berkaitan Mobotflexi dan aksesorinya kepada mutawif supaya mudah untuk didaftarkan.
+ Pastikan mobotflexi ini dibalut rapi dengan plastik (sila ke kaunter pembungkusan bagasi). Balut dengan extra care di bahagian klip hadapan. Kalau boleh tampal sticker fragile sekali untuk elakkan kerosakan dalam perjalanan nanti.
+ Keluarkan bateri 48V : 6Ah @ 288Wh. Balut dan masukkan dalam hand carry bag. Ini Airport Malaysia.
+ Jangan lupa bawa bawa adapter, charger dan soket international sekali, nanti dah sampai sana tak boleh caj pulak.
+ Bagi tujuan penerbangan pulang dari Jeddah Ke Kuala Lumpur, bateri hendaklah dibalut rapi dan dimasukkan ke dalam luggage (bersama bagasi pakaian lain).
+ Ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Airport Arab Saudi. Elakkan bertelagah dengan mereka. Bersabarlah.
+Sentiasa pastikan pasport dan boarding pas berada dalam hand beg anda.

2. Pastikan juga semua beg dalam perhatian kita. Elakkan dari meminta pertolongan jemaah yang tidak kita kenali bagi mengelakkan musibah kecuaian.

3. Simpan botol spray kosong untuk mudahkan berwuduk dalam pesawat dan sebaiknya bawa juga botol mineral kosong untuk mudahkan bersuci dalam tandas pesawat.

4. Minimakan barang yang perlu dibawa. Maksima berat yang dibenarkan ialah 30kg sahaja. Bagi yang membawa mobotflexi dan declare sebagai scooter wheelchair, tiada caj tambahan dikenakan.

p/s : Nanti saya sambung lagi ye.

Nak info lanjut dan tawaran diskaun Aidil Fitri mobotflexi untuk mak ayah?
Klik website kami di : www.mobotflexi.com


INFO: PERNAH ALAMI TANDA-TANDA BEGINI?

Usah ambik remeh, buatlah pemeriksaan segera.


Image may contain: text



Sunday, November 3, 2019

MOBOT FLEXI : MENUNAIKAN UMRAH MUNGKIN TIDAK DATANG BERKALI-KALI

Bila jemputan Allah tiba tentu sahaja kita mahu melakukannya dengan cukup sempurna dan dapat berziarah dengan selesa.

Hampir 90% urusan memerlukan kita berjalan.


Bagi yang mampu berjalan ambillah peluang ini, usah station di satu lokasi sahaja, pesan kebanyakkan ustaz supaya kita mendapat banyak manfaat.

Bagi yang sakit lutut, semput atau ada masalah kesihatan, menggunakan mobotflexi (2in1) escooter wheelchair adalah pilihan yang sangat membantu.

Bila disana nanti bersama mobotflexi, Insya Allah boleh terlupa rasa sakit yang ada malah akan rasa sangat bersyukur kerana anda berusaha membawa mobotflexi sendiri atau wheelchair bermotor.

Nak sewa wheelchair untuk tawaf dan saei pun boleh cuma bawa je duit lebih tapi itu untuk buat tawaf dan saei sahaja lah. Tak nak pi ziarah ke sedangkan kita dah sampai ke tanah para nabi?

Ada beberapa tempat yang wajar kita ziarahi untuk lengkapkan permusafiran kita ke tanah suci. Sebaiknya kita mesti pergi ziarah ye.

p/s : Klik video ini, kita hayati bersama.

TEMPAT YANG JARANG DIKETAHUI JEMAAH UMRAH

Wednesday, October 30, 2019

MOBOT FLEXI : PILIHAN TERBAIK

Bila isteri yang buat pilihan demi menjamin kesihatan dan keselamatan suaminya pasti itu yang terbaik.
Sweet je couple ni.
Walaupun Tuan Haji dah pencen tapi beliau sentiasa menyokong tugasan sibuk isterinya Pn Hadzarah yang begitu aktif menyebarkan manfaat dan kebaikan kepada pewakaf yang menempah dan membeli kit pengurusan jenazah yang boleh didapati di kaunter Pos Malaysia Seremban.
Lepas ni yang nak dapat kan #mobotflexi di area Seremban pun boleh dapatkan dari tuan haji (012-6941192) ye.
p/s : Mobotflexi pilihan terbaik dari semua model yang super baik untuk mereka yang prihatin terhadap kesan jangka panjang atas kesihatan insan tersayang.

Sunday, October 27, 2019

INFO : SKIM BANTUAN BAITULMAL

Mungkin ada antara saudara, kenalan dan jiran kita yang sedang memerlukan bantuan.
Tak dapat sumbang wang ringgit, tolong salurkan info ini untuk mudahkan mereka berusaha dapatkan bantuan saat mereka sedang diduga dengan kebuntuan.
Bukan untuk mengharap bantuan baitulmal selamanya tapi sekurang-kurangnya untuk meringankan bebanan disaat hidup dilanda kesukaran. Yang penting hidup mesti berusaha untuk keluar dari masalah.
--------
Tahukan anda...
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui sistem agihannya menawarkan kepada mereka yang layak menerima skim-sikm bantuan berikut :-
1. skim bantuan bulanan
2. skim bantuan Aidilfitri
3. skim takaful asnaf
4. skim bantuan menyelesaikan hutang (Al-Gharimin)
5. skim bantuan deposit sewa rumah / sewa rumah bulanan
6. skim bantuan baiki/bina/deposit sewa beli rumah
7. skim bantuan perubatan
8. skim bantuan perniagaan
9. skim bantuan pertanian
10. skim pembelian motosikal roda tiga OKU
11. skim bantuan deposit sewa beli teksi
12. skim bantuan deposit van / bas sekolah
13. skim bantuan perkahwinana
14. skim bantuan guaman syarie
15. skim bantuan kecemasan
16. skim bantuan tambang dan keperluan diri
17. skim bantuan musibah
18. skim bantuan Am Pelajaran IPT
19. skim bantuan persediaan IPT
20. skim bantuan biasiswa Baitulmal Insentif Khas ppelajar Cemerlang
21. skim bantuan galakan hafazan Al Quran
22. skim bantuan kolej antarabangsa PICOMS (PIUC)
23. skim bantuan Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
24. skim bantuan Am Persekolahan
25. skim bantuan pakaian sekolah dan peralatan persekolahan
26. skim bantuan yuran tuition
27. skim bantuan kepada agensi kebajikan dan instutusi pendidikan
28. skim bantuan Institut tahfiz (pusat tahfiz perlu berdaftar dengan majlis agama Islam)
p/s : siapa yang perasan info ini saya dapat dari mana?
#mobotflexi prihatin

Saturday, October 26, 2019

MOBOT FLEXI : KITA MUNGKIN TIDAK PERLUKANNYA HARI INI


Kita juga mungkin mampu bantu ibu ayah atau suami/isteri kita uruskan segala keperluan hidup mereka hari ini.

Kita mampu buat semua yang terbaik untuk mereka hari ini.

Tapi adakah kita pasti, esok kita masih mampu uruskan semuanya untuk mereka lagi?

Atau kita perlu bantu mereka hadapi hidup yang penuh dengan segala kemungkinan ini dengan berdikari semula mulai hari ini?

Pilihan terbaik terletak di detik hati kecil kita.

Singgah je ke AIDAQ dan cuba #Mobotflexi ni dulu baru tau sesuai ke tak...call 012-6169034 untuk temu janji.

INFO : SUKAN DI WAKTU MALAM

5 hari lalu seorang guru besar sekolah umur 38 tahun di Sabak Bernam pengsan dan meninggal di gelanggang badminton.

Semalam seorang lelaki di Gua Musang meninggal waktu bermain futsal. Kedua2 nya berlaku ketika bersukan waktu malam dan kedua2 nya akibat cardiac arrest.

Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction).

Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama2nya.

Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation.

Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali. Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada.

Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid.

Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.

Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bolasepak atau gym.

Jika anda jarang bersukan dan tiba2 bersukan terlalu aktif atau aggresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional.

Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.

Sebab itu perlunya sesiapapun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.

Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju.

Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.

Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. 

Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan ini lah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.

Cardiac arrest juga sering menyerang dibilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh.

Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.

Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung.

Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki utk biasakan dgn suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur2 dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.

Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi.

Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza.

Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sblm beraktiviti. Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan.

Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching utk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda.

Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing2 nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gym sedangkan badan ketika iti tak mampu.

Ingat, Cardiac Arrest datang tiba2. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.

Semoga bermanfaat utk semua - #Mobotflexi

Friday, October 25, 2019

MOBOTFLEXI : TITIK SYUKUR.

TITIK SYUKUR.

Apa perasaan anda bila suami balik bawa hadiah?

Hadiahnya sebuah mobotflexi!

Sewaktu tuan Osman singgah ke Najwa farmasi di Medan Mara, beliau nak belikan supplement harian isterinya tapi beliau ternampak salah satu bunting di farmasi milik Puan Hasiah di Medan Mara tentang mobotflexi.

Beliau segera scroll handhone ditangan.

"Eh,eh.. kat sini pun ada jual benda ni ye? Dah lama wife saya cari" Sambil menunjukkan gambar mobotflexi, gabungan escooter wheelchair kepada Pn Hasiah.

"Ada tuan, tuan boleh cuba dulu, saya boleh bawa tuan ke center kami di tingkat 1" sambil Pn Hasiah menunjukkan jalan ke lokasi premis prinsipal di #Aidaq Medan Medan Mara.

Setelah diberi penerangan dan tuan Osman mencuba sendiri Mobotflexi dan beliau yakin ini dapat memudahkan pergerakan isterinya yang mengalami masalah lutut, beliau minta kami sediakan seunit mobotflexi untuk dibawa pulang.

Proses pembelian pun memang mudah sebab kami juga menerima bayaran melalui kad kredit dan bagi yang berminat nak menggunakan duit KWSP dari akaun 2 juga tak ada masalah.

Semoga lebih ramai lagi suami-suami diluar sana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah asbab memberi perhatian dan kasih sayang luar biasa kepada isteri mereka terutama disaat si isteri sudah tidak secergas dulu.

Selepas diskaun 24%, Mobotflexi (gabungan escooter dan wheelchair) ini hanya RM6,535.00, harga yang masih boleh dimiliki berbanding motorised Wheelchair yang berharga sekitar RM7K ke RM14K.

Moga mereka suami isteri dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah, Aamiin.

#Mobotflexi mengembalikan kecerian keluarga.

Wednesday, October 23, 2019

MOBOT FLEXI : TEAM MOBOT FLEXI AKAN TERUS BERKHIDMAT.

HUKUM KARMA, kata atok.
Macam mana bagus pun produk kita, usah sekali-kali kondem produk orang.
Share je manfaat baik, bagus, kelebihan apa yang superb sangat tentang produk kita tu. Bagaimana produk kita boleh bantu selesaikan masalah penggunanya dan apa cara nak dapatkan Mobotflexi dengan minima kos?
#Pengalaman reverse hukum alam.
Aduhhh... senyum jelah walau hati rasa terkilan masa dengar sorang customer ni bagi tau tadi dia terserempak dengan seseorang yang memperlekehkan mobotflexi. Isunya cuma orang tu mencari device yang murah... yang lain seperti kualiti, service after sales dia mungkin tak kesah.
Yang kesiannya lagi banyak dia beri input negetif customer tu terus berusaha mencari kebenarannya dengan menghubungi team kami di IJN, resultnya :
1. Kami closed 2 unit Mobotflexi hari ni dengan tawaran 24% diskaun dari harga di farmasi.
2. Dapat sokongan dari Dr pakar Rehab HUKM pula untuk salah seorang pemohon biaya mobotflexi melalui Baitulmal. Semoga Allah mudahkan urusannya.
3. Boleh keluarkan duit KWSP jika layak.
Ada syarat minima yang mesti patuhi untuk memohon pengeluaran ini.
Alhamdulillah.